Hari ini berjalan lain seperti hari biasa. Darweena menggenggam tangannya kuat. Rasa macam nak campak je seketul Tengku Ariz Zeyyan dalam periuk untuk dibuat sup.
"Darwleeng, yang ni nak letak dalam apa?"
"Darwleeng, awak nak dengar saya nyanyi tak?"
"Darwleeng. Nak rasa boleh? Awak suapkan."
Harap kesabarannya tinggi saja dia tak lakukan apa-apa tindakan. Nak nak pula si Ariz ni anak pemilik hotel. Kalau bukan, dah lama dia buat sesuatu bagi Ariz takut nak dekat dengannya.
"Darwleeng." Ariz memanggil.
Darweena menoleh ke Ariz yang bersandar pada peti ais. Dia mengangkat keningnya. Lelaki ni tak nampak ke dia tengah sibuk. Sepanjang Ariz ada, kerjanya macam jalan tak jalan je. Nasib baik ada pembantu chef yang membantu.
"Lepas awak habis kerja kita pergi makan."
"Tak nak. Saya nak balik penat." tolak Darweena.
"Alah jom lah. First date kita. Ni salah satu cara saya nak pikat awak."
Darweena mengeluh.
"Ok fine."
"Yes." Ariz melompat kegirangan. Macam kanak-kanak ribena je.
"Hmm." itu sahaja yang dibalas oleh Darweena. Malas nak layan lebih-lebih. Makin menggila Ariz nanti.
"Oklah. Saya nak kena jumpa papa dekat bilik dia. Tak dapat nak tolong awak masak." kata Ariz lembut.
'Kau bukan tolong masak. Kau tolong merosakkan ada lah.'
"Nanti saya datang tolong awak lagi. Malam nanti jangan lupa tau. Saya tunggu awak dekat lobi."
'Tak payah datang lagi pun takpe. Semak je.'
Darweena diam melakukan kerjanya. Malas nak layan perangai Ariz yang manja terlebih. Fikir comel ke?
Erm. Comel kot sikit.
Setelah Ariz keluar dari dapur itu. Darweena menghembus nafas lega. Rasa macam salur nafasnya yang tersekat kembali normal. Aura Tengku Ariz Zeyyan punya pasal.
"Haih Aween. Hembus nafas lega ke?" Kak Wana yang sedang menyiang ikan berkata.
"Ye lah kak. Sesak lah duduk dengan Tengku tu. Penat Aween nak layan. Kalah budak kecil." omel Darweena.
"Takpe lah. Nanti dah ada anak. Senang sikit nak jaga. Dah biasa jaga baby besar." Uncle Rafiq nenyampuk.
"Jangan merepek lah. Lambat lagi Aween nak kahwin. 10 tahun lagi agaknya."
"Eh. Anak dara tua dah tu."
"Aween cakap je 10 tahun lagi. Tengok-tengok bulan depan dia kahwin." Fina datang menghampiri sambil membawa bekas yang berisi sayur.
"Betul." Uncle Rafiq menyokong.
"Dah lah. Jangan nak merepek. Banyak lagi benda nak kena buat. Nanti lambat pula siap." Darweena kembali bekerja.
"Eleh. Dia nak siap awal. Boleh balik awal, dapat dating awal dengan Tengku."
"Takdenya Kak Wana."
Uncle Rafiq, Kak Wana dan Fina ketawa.
🌼🌼🌼🌼🌼
Pukul 9.30 malam, Darweena masuk ke bilik persalinan. Sudah tiba waktu untuk pulang. Penat tidak terkata. Balik nanti mesti terbongkang.
Selesai saja tukar baju, dia keluar. Namun baru setapak, dia teringat sesuatu. Dinner dengan Ariz.
Damn.

ANDA SEDANG MEMBACA
Only You [C]
RomanceTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...