SPH 16

2.1K 146 4
                                    

Darweena tersenyum lebar di hadapan sebuah rumah banglo yang tesergam indah itu. Tak sabar rasanya nak tengok wajah-wajah yang amat dirindui.

Lampu-lampu yang sudah terpadam membuatkan Darweena tahu penghuni rumah itu sudah pun tidur.

Lampu-lampu yang sudah terpadam membuatkan Darweena tahu penghuni rumah itu sudah pun tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Darweena mengeluarkan telefonnya. Kalau waktu Dareel saja yang boleh diharapkan. Nombor Dareel didail.

Suara serak-serak basah Dareel kedengaran di hujung talian.

"Reel. Sorry akak ganggu kau."

"Apasal."

"Tolong buka pintu rumah. Aku ada depan pintu rumah ni."

"What?"

"Ya cepat si..."

KLAK

Pintu rumah tiba-tiba terbuka dari dalam. Terjegul wajah Dareel dengan muka mengantuk. Sebelah tangannya memegang mug yang berisi air. Telefon pula dikepit antara telinga dan bahu.

Darweena menutup talian. Dia menolak pintu lebih luas. Kasutnya dibuka. Beg bagasi diangkat lalu memasuki rumah itu.

Yeah walaupun orang barat ni diorang masuk dalam rumah, pakai kasut, keluarga Darweena masih lagi mengikut cara melayu iaitu tidak memakai kasut di dalam rumah.

Kalau tetamu datang, mereka sediakan kasut untuk mereka pakai ketika di dalam rumah mereka. Sama juga makan. Keluarga Darweena hanya akan guna sudu dan garfu ketika tetamu ada sahaja.

"Bila kau sampai?" tanya Dareel.

"Baru je. Dari Heathrow aku naik teksi datang sini."

"Ouh. Naik ah. Beg kau biar aku angkat."

"Thanks." Darweena menggosok-gosok kepala adiknya.

"Aipp. Kau letak cawan ni dekat dapur. Aku naik hantar beg kau."

"Ya." Darweena mengambil mug dari tangan Dareel lalu menuju ke dapur. Mug itu dibasuh dan diletakkan semula pada tempatnya.

Dia kemudian naik ke biliknya yang sudah lama ditinggalkan. Tubuh dihempas di atas katil empuk miliknya selepas Dareel keluar dari biliknya. Rindu betul dengan biliknya ini.

Dari kecil dia tinggal di London

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dari kecil dia tinggal di London. Masa umur 16, dia diarahkan tinggal di Malaysia bersama datuk dan neneknya untuk mengambil SPM. Sama lah Darneela dan Dareel pun.

Bezanya, dia selepas SPM mengambil diploma dan ijazah di Malaysia manakala Darneela dan Dareel pula pulang ke London selepas mengambil keputusan SPM dan menyambung pelajaran di sini.

Selepas dia mula bekerja, datuk dan neneknya meninggal dalam kebakaran rumah mereka. Jadi Darweena membeli rumah yang baru dan tinggal berseorangan selepas keluarganya pulang ke London semula.

Darweena menguap. Tubuhnya terasa penat apabila berada terlalu lama dalam kapal terbang. Matanya kian memberat dan akhirnya terlena.

🌼🌼🌼🌼🌼

Pagi menjelma. Dareel turun ke dapur seperti biasa untuk bersarapan sebelum ke kolej. Di meja makan, semuanya telah disediakan.

"Morning." ucap Dareel kepada papanya, Tengku Zaheen dan kakaknya, Tengku Darneela.

"Morning. Ada kelas pagi ke?" tanya Tengku Zaheen.

"Haah. Hari ni Areel pergi sendiri lah. Hantar kak Neela sekali."

"Takpe. Neela biar papa hantar. Takut Areel lewat nanti." kata Tengku Zaheen."

Dareel mengangguk tanda setuju.

"Kak Aween tak turun lagi ke?" tanya Dareel.

"Kak Aween?" Darneela memandang adiknya itu. Hampir saja tersedak apabila mendengar nama itu.

"Ye lah. Semalam kan dia balik? Areel buka pintu dekat dia."

"Ye ke?" sampuk mama mereka, Tengku Dhiya.

Tengku Dhiya berjalan ke tangga. Destinasinya iaitu satu. Bilik anak sulungnya. Baru saja ingin melangkah naik, dia ternampak kelibat Darweena turun dari tangga.

"Aween."

"Mama."

Cepat-cepat Darweena turun dari tangga untuk menghampiri mamanya. Tengku Dhiya  memeluk erat tubuh genit anak sulungnya.

"Ya Allah. Anak mama dekat sini.  Kenapa balik tak bagitahu?" Tengku Dhiya memegang kedua-dua belah pipi anaknya itu.

"Surprise." Darweena menayangkan sebaris giginya yang tersusun. Air matanya bergelinangan.

"Aween rindu mama." Darweena memeluk ibunya. Tangisan masih ditahan.

"Mama pun rindu Aween. Meh lah kita makan semua dah dekat meja."

Darweena mengangguk-angguk. Dia mengikut langkah ibunya ke meja makan.

"Papa." Darweena menghampiri papanya. Tangan papa disalam lalu tubuh itu dipeluk erat.

"Hey. Tak cakap pun nak balik ye." Tengky Zaheen mencium dahi anaknya itu.

"Saja nak suprise. Aween pun bukan cadang nak balik tapi entah hati ni rasa nak balik." Darweena melabuhkan duduknya di sebelah Darneela.

"Hai kak aween." sapa Darneela.

"Hai. Kau sihat?"

"Sihat je. Kau?"

"Same."

Darweena mencapai sekeping roti bakar lalu dimasukkan ke dalam mulut. Dia memandang kesemua ahli keluarganya. Lama rasanya tidak berkumpul macam ni.

"Ni Aween balik ni, kerja macam mana? Ambil cuti?" soal Tengku Dhiya.

"Tak. Aween berhenti kerja terus."

"Berhenti? Sayangnya. Bukan senang nak jadi chef dekat hotel terkenal." kata Tengku Zaheen.

"Takpe lah. Aween ingat nak duduk sini terus. Dengan mama, papa dan adik-adik."

"Jadi Aween nak buat apa dekat sini nanti? Takkan nak tanam anggur je."

"Aween tak fikir lagi. Tunggu lah nanti. Bagi Aween rehat-rehat dulu. Jalan-jalan satu London ni dulu. Lepas tu baru fikir."

"Ye lah. Hal kewangan Aween dekat sini papa uruskan ya. Setiap bulan papa masukkan duit. Macam selalu lah."

"Ok papa. Tak payah kerja pun takpe Aween ni. Tiap-tiap bulan papa masuk duit."

"Aipp mana boleh. Takkan tiap-tiap bulan nak harap duit papa je." ujar mama.

"Aween gurau je lah." Darweena ketawa kecil.

"Areel pergi dulu lah. Nanti lewat." Dareel bangun dari kerusinya. Tangan mama, papa dan kakak-kakaknya disalam.

"Bye Reel. Jaga diri." pesan Darweena.

Adik-adiknya kini telah meningkat dewasa. Teringat masa kecil-kecil dulu. Dia suka membuli mereka. Pada masa yang sama, dia lah yang paling protective tentang mereka.

Pernah sekali Darneela dibuli di sekolah. Dia yang datang membantu. Sekali herdik je, terus si pembuli tak berani kacau Darneela lagi.

Rindu betul pada zaman kanak-kanak dulu.

Siapa je tak rindu zaman kanak-kanak dulu. Zaman yang cuma tahu nak main je. Bila dah besar ni... Haihh.

Only You [C]Where stories live. Discover now