SPH 30

3K 168 26
                                    

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Majlis pertunangan Darweena dan Aril berlangsung dengan jayanya.

Di kawasan rumah agam milik Tengku Zaheen dan Tengku Dhiya dibanjiri oleh saudara-saudara dari jauh mahupun dekat datang untuk memeriahkan majlis tersebut.

Tanpa disangka Ariz, besar juga rumah keluarga Darweena. Malah lebih besar dari rumah keluarganya sendiri.

Ariz dari jauh memandang Darweena dan Aril yang asyik berbual di gazebo rumah Darweena. Lagaknya seperti dah lama kenal.

Terbit sedikit rasa cemburu di hati Ariz. Mana mungkin dia lupakan cintanya pada Darweena dalam masa setahun.

Ketika pertemuan pertama di London. Hampir dia tidak mengecam Darweena. Sungguh berbeza gadis itu setelah setahun berlalu.

"Abang."

Ariz menoleh memandang isterinya yang manis berbaju kurung moden berjalan menghampirinya. Ariz mengukir senyuman.

"Ya."

"Abang dah makan ke?"

"Dah tadi dengan paksu, maksu, maklong. Semua lah." jawab Ariz.

"Bagus lah tu."

Kemudian mata Haura tertancap pada Darweena dan Aril yang sedang bergelak tawa. Kedua-duanya nampak padan.

"Tengok apa tu?" tanya Ariz kepada Haura.

"Aril dengan Aween. Nampak padan je diorang berdua. Bagai pinang dibelah dua." jawab Haura tanpa mengalih pandangannya.

Ariz turut memandang ke arah yang sama.

"Aween cantik. Aril handsome. Macam mana lah rupa anak diorang nanti."

"Ehem." Ariz berdehem. Sebelah kening diangkat memandang Haura.

"Tapi abang lagi handsome." Haura tersengih.

"Sayang pun lagi cantik." Ariz mengusap pipi gebu Haura.

Mereka berdua bertatapan mata lama. Orang sekeliling yang memandang dihiraukan. Tak malu betul.

"Eh eh. Nak bersweet balik rumah lah Ariz." satu suara yang menyampuk.

Ariz dan Haura tersedar. Terus mereka menoleh. Paksu Ariz, Tengku Idlan tercegat di tepi mereka.

"Eh paksu." Ariz menggosok tengkuknya. Segan dengan ketelanjurannya di tempat orang ramai.

Haura pula sudah merah-merah pipinya. Ni semua salah Ariz. Kalau tak kerana dia, Haura tak kan terpukau sebegitu.

Tengku Idlan ketawa.

"Dah. Paksu pergi dulu. Nak sweet balik rumah ya."

"Ya paksu."

🌼🌼🌼🌼🌼

"Biul terus budak tu eh dapat dekat kau." Darweena ketawa sampai menekan-nekan perutnya yang senak. Sesekali menyeka air matanya yang keluar.

"Hoi. Cover lah sikit. Kau tu perempuan." tegur Aril.

"Kau lah. Siapa suruh buat lawak."

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang