Jangan lupa vote SPHSCA 3 tau. Bukan apa takut ada yang terlepas.
Seminggu berlalu dengan pantas. Aysara telah pun menjadi tunang Aril. Lagi beberapa hari, dia akan menjadi isteri Aril, lelaki yang akan menjadi syurganya nanti.
Sepanjang perkenalan mereka, Aril tidak berhenti menyakat Aysara. Suka melihat wajah Aysara ketika marah. Nampak comel.
"Ish. Mana Aril ni? Janji Melayu betul lah. Kata pukul 3 ini dah pun 3.15." Aysara merungut apabila kelibat Aril tidak kelihatan.
Kata nak dating pukul 3 tapi tak sampai-sampai lagi. Aysara mendengus. Dia bangun dari bangku yang didudukinya lalu berjalan-jalan di sekitar ground floor mall di mana dia berada.
Tiba-tiba matanya ternampak satu kelibat yang sangat dikenalinya. Eh bukan satu, tapi 3.
"Aril."
Air mata Aysara mula bergenang. Bibirnya diketap. Tak sangka Aril sanggup menipunya. Dia memandang figura itu yang berjalan di sebelah seorang wanita sambil memimpin tangan seorang kanak-kanak perempuan.
"Tak guna Aril. Kenapa bila aku dah mula cintakan kau, kau buat aku macam ni. Kau tipu aku." kata Aysara perlahan sekadar dia yang mendengarnya.
Kaki melangkah laju untuk keluar dari mall tersebut. Beberapa langkah untuk ke pintu keluar, dia disapa oleh Aril yang baru saja sampai.
"Sara, I'm sorry. Mama I minta tolong beli barang tadi."
Langkah Aysara terus terhenti. Dia menjeling Aril lalu melangkah melepasi Aril. Baru beberapa langkah, Aril menahan tangannya.
"Kenapa dengan you ni? Kenapa you menangis?" tanya Aril kalut.
"Lepaslah. Pergj lah dekat isteri you tu." balas Aysara.
"Isteri? I mana isteri. Tunang ada lah iaitu you."
"You tak payah nak tipu I lagi lah Aril. I nampak you dengan perempuan lain lepas tu you pegang seorang budak perempuan."
"What?"
"Apa what what? Sudah lah Aril. Kita putus." Aysara sekali lagi ingin melangkah pergi, namun Aril menahan.
"I baru sampai lah. How can you nampak I dengan perempuan lain? Atau you salah nampak."
"I salah nampak?" jari telunjuk Aysara menunjuk ke arah dirinya.
Aril mengangguk. Tangan Aysara naik menolak sedikit bahu Aril.
"Aril, I tak buta lagi lah. I nampak jelas you dengan perempuan lain. You tipu I." air mata Aysara yang ditahan sejak tadi airnya menitis.
"Aysara, I dah cakap I baru sampai kan. I mana ada perempuan lain selain you." balas Aril tegas.
Dia sendiri tak faham kenapa Aysara tiba-tiba menuduhnya sebegitu. Sedangkan dia baru sampai.
"Eh kenapa ni?" satu suara lelaki menegur.
Aril dan Aysara terus menoleh. Aysara tergamam apabila melihat lelaki dan wanita bersama kanak-kanak yang dilihatnya tadi. Dia memandang Aril dan lelaki itu silih berganti.
"Awak Aysara kan? Tunang Aril?" tanya wanita itu.
Aysara tidak menjawab. Aril memandang Aysara sebelum tawa kecil terlepas dari mulutnya.
"Apahal tunang kau ni nangis bro? Kau buat apa dekat dia?" tanya lelaki yang berwajag sama dengannya.
Tak lain tak bukan, Ariz bersama Darweena dan anak sulung mereka Dyan Adriana.
"Takde lah. Ada salah faham sikit." jawab Aril.
Ariz memandang pelik.
"Sara, ni Ariz. Kembar I dan wife and anak sulung dia Darweena and Dyan."
ANDA SEDANG MEMBACA
Only You [C]
Romance[Saya tulis cerita ni masa tingkatan 4. Jadi kalau jumpa banyak kekurangan atau kepelikan harap dimaafkan] Tengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulanga...
![Only You [C]](https://img.wattpad.com/cover/267642542-64-k927715.jpg)