Darweena mengambil angin segar di luar rumahnya. Permandangan hijau dan sedikit berkabus memberikan ketenangan kepada sesiapa yang melihat.
Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 8 pagi. Awal lagi. Hari ni dia masuk kerja lambat iaitu pada pukul 10 pagi. Saja nak sihatkan diri dengan membuat aktiviti sihat.
Aktiviti apa tu?
Tanam pokok je.
Pokok bunga mawar yang baru ditanamnya disiram dengan air. Tersenyum dia memandang bunga mawar sekuntum itu. Nak tunggu daun lain bercambah dan menghasilkan bunga lagi.
"Membesar dengan baik." kata Darweena kemudian dia menghidu bau bunga mawar itu.
Wangi.
Bunga mawar ialah bunga kegemaran Darweena. Kalau boleh suatu hari nanti dia nak ada satu taman bunga mawar dengan pelbagai warna. Buat masa sekarang ni, dia masih belum boleh kerana sibuk bekerja.
Setelah itu dia bangun. Tangan dibasuh di paip dan kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya. Tempat tidurnya di atas dihampiri. Tuala dicapai lalu kembali turun untuk membersihkan dirinya.
Setelah mandi dan bersiap, dia mencapai kunci kereta lalu keluar. Pintu rumah dikunci sebelum masuk ke dalam keretanya.
Darweena memberhentikan keretanya di sebuah kedai makan. Sarapan lah dulu sebelum ke kerja. Tambah tenaga.
"Haih Aween. Chef pun makan dekat kedai ke?" tegur seorang wanita yang merupakan pemilik kedai makan itu. Dia adalah salah seorang kenalan Darweena.
"Ye lah. Asyik makan masakan sendiri je. Nak lah juga makan masakan orang lain. Lagipun Aween rindu dengan masakan Kak Irah." balas Darweena.
Mereka berdua ketawa.
"Ada-ada je lah Aween ni. Nak makan apa ni?"
"Macam biasa lah."
"Aina. Bawa mocha dengan nasi lemak ikan bilis. Meja 9."
"Okey." sahut pekerjanya yang bernama Aina.
"Macam mana kerja?" tanya Kak Irah kepada Darweena.
"Ok je kak. Penat sikit lah. Kerja dari pagi sampai malam. Siapkan tempahan. Kena buat laju-laju." jawab Darweena.
"Takpe lah. Dalam dunia ni takde kerja yang senang. Semua susah. Semua ada cabaran."
"Betul. Tapi semua tu lah yang bawa sesuatu yang baik dekat kita kalau kita bersabar dan lalui segalanya dengan tenang. Jangan cepat putus asa."
"Kak Irah dulu pun mula dari bawah. Alhamdulillah dapat buka kedai makan sendiri. Walaupun biasa-biasa je tapi ada lah juga orang menyinggah."
Darweena mengangguk-angguk. Seketika kemudian mocha dan nasi lemak yang dipesannya sampai. Apa lagi? Makanlah.
"Mama dengan papa Aween macam mana? Sihat?"
"Sihat je kak. Entah lah Aween nak balik sana. Tapi tu lah belum kesampaian lagi. Banyak kerja nak kena buat."
"Takpe lah. Zaman sekarang dah ada gadget. Boleh call boleh skype tanya khabar."
"Tu lah."
"Nanti ada lah rezeki Aween nak balik sana. Hah, makanlah. Kak Irah ada kerja sikit."
"Ok kak."
Kak Irah berlalu ke dapur. Manakala Darweena mula mengisi perutnya dengan nasi lemak buatan kak Irah. Sedap seperti selalu.
Setelah makan, dan sampai di tempat kerja, Darweena terus ke bilik persalinan. Manusia di dapur yang memandangnya tidak dihiraukan. Nanti je lah dia menyapa semua.
Selesai menukar pakaian, dia keluar ke dapur. Macam tadi semuanya memandang dirinya. Berkerut dahi Darweena. Sebelum ni dia tak pernah lewat ke? Lagipun dia minta.
"Ada apa semua pandang Aween ni? Ada apa-apa ke dekat Aween?" Darweena berbisik kepada uncle Rafiq.
"Takde lah. Macam biasa lah Tengku Ariz masuk dapur cari Aween tapi Aween takde. Broken dia."
"Lepas tu apa jadi?"
Darweena tersengih nakal. Broken eh. Padan muka. Menggedik sangat.
"Wana cakap lah Aween masuk lambat. Lepas tu dia terus keluar. Masam muka dia."
Tawa Darweena terlepas. Kesian Tengku seorang tu. Nampaknya dia kena pujuk lah nanti. Hai lah Ariz.
"Seronok gelakkan saya."
Panjang umur.
Pendek akal.
Darweena berpusing ke arah pintu dapur. Dia mengemam bibir menahan tawa melihat Ariz yang mencekak pinggangnya. Sebiji macam budak-budak.
"Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak masuk lambat hari ni?"
"Ermm. Perlu ke? Saya dah bagitahu ketua chef dan ketua chef sampaikan kepada Tengku Izam."
"Saya bakal suami awak, awak kena bagitahu saya."
"Bila masa saya setuju nak jadi isteri awak?"
"Saya tak perlukan persetujuan awak. Yang pasti kita akan kahwin."
"Nope. Kita takkan kahwin."
Berbalah pula Darweena dan Ariz ni. Yang lain sudah terbiasa dengan situasi itu membiarkan sahaja. Tak tahu nak komen dah.
Readers je lah komen.
"Aween."
"Ya." Aween yang sedang menggoreng spaghetti itu memandang Ariz sekilas.
"Dah hampir dua minggu saya cuba pikat awak. Awak tak terpikat ke?".
"Tak langsung."
"Habis tu saya nak buat macam mana lagi untuk awak terpikat dengan saya yang hensem kalah kpop idol ni?"
Darweena ketawa. Ariz dibandingkan dengan kpop idol? Hahaha. Mungkin lah Ariz lagi hensem tapi tak mampu nak lawan kepopularan kpop idol.
Siapa setuju?
"Awak jangan berangan lah dapat kalahkan diorang. Diorang lagi popular dari awak."
"Sampai hati cakap macam tu. Awak sepatutnya bela saya. Bukannya kpop idol yang entah apa-apa tu." Ariz mencantumkan jari telunjuknya.
"Dah lah awak ni. Macam budak-budak je. Saya nak sambung kerja, jadi awak dialu-alukan pergi. Jangan ganggu saya."
"Kalau saya ganggu juga?"
"Saya rebus awak jadi sup."
"Berani ke?" sinis Ariz.
"Yup."
"Ok lah saya tak kacau. Nak tengok je."
Darweena menjeling Ariz. Ariz ketawa melihat jelingan Darweena. Comel.
"Aween."
"Ya."
"Kalau kucing sukakan ikan, saya suka apa?" soal Ariz.
Darweena ketawa. Pickupline lah ni.
"Entah."
"Alah. Tak nak lah jawab entah. Jawab benda lain."
"Ermm. London." jawab Darweena.
"Salah. Saya suka awak." Ariz tersengih.
Rakan dapur lain juga tersenyum. Terhibur dengan gelagat Darweena dan Ariz. Kecuali... Adam.
"Merepek lah awak ni."
Mereka berdua ketawa.
'Takde peluang lah aku nak dekat dengan Darweena. Takpe lah. Mungkin bukan milik aku. Ada lah jodoh sendiri nanti.'

ANDA SEDANG MEMBACA
Only You [C]
RomansTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...