SPH 47

3.7K 156 13
                                    

Assalamualaikum abang sayang handsome macho.

Masa abang baca ni, mesti Haura dah takde depan mata abang kan. Maafkan Haura, abang. Haura yang rancang semuanya. Sebab Haura nak abang ada pengganti Haura bila Haura dah takde. Haura sakit, abang. Haura tak mampu nak bersama abang lebih lama. Sebab tu Haura buat macam ni.

Masa mama suruh abang hantar baju pengantin  Darweena, Haura ada. Haura dengar apa yang mama cakap. Dan masa tu, Haura dapat rasanya abang akan masuk ke dalam rumah Darweena sebab loceng rumah Darweena rosak. Haura tahu dari Aril.

Jadi Haura call JAIS. Supaya abang dapat kahwin dengan Darweena. Bukan niat Haura nak buat abang macam ni. Tapi Haura terdesak nak cari pengganti Haura untuk abang. Darweena adalah orang yang terbaik untuk abang.

Pada awalnya Haura hanya nak abang ditukarkan dengan Aril pada hari akad nikah nanti. Tapi Haura terlalu terdesak sampai Haura buat macam ni dekat abang. Maafkan Haura.

Bila abang dah lafazkan akad ke atas, Haura. Haura dah berjanji akan setia bersama abang dan menyayangi abang. Haura bahagia hidup dengan abang. Tapi Haura tak dapat nak bersama abang lebih lama.

Terima kasih, abang untuk segalanya. Halalkan makan minum Haura selama Haura jadi isteri, abang. Haura minta maaf kalau ada salah silap Haura. InsyaAllah kita jumpa di sana nanti.

Abang jaga Darweena baik-baik ya. Dia dah jadi isteri abang. Wajib untuk abang lakukan tanggunggjawab abang terhadap dia. Bahagiakan dia macam mana abang bahagiakan Haura. Abang masih cintakan dia kan. Macam dulu. Dan Haura yakin. Darweena pun masih sayangkan abang.

Akhir kata, walaupun Haura takde depan mata abang, Haura tetap akan perhatikan abang dari jauh. Ada masa nanti, lawatlah Haura. Sebelah kubur umi Haura.

Haura sayang abang. Cintakan abang selamanya. Terima kasih sebab pernah jadi sebahagian dari Haura dan bahagia kan Haura.

Dan untuk Darweena, jaga abang Ariz baik-baik. Walau macam mana pun awak dan dia kahwin, dia tetap suami awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Bahagia kan dia selamanya.

Love,
Haura Aryana

Ariz memandu keretanya ke arah tempat yang Darweena tidak tahu di mana. Darweena memandang Ariz.

"Kita nak pergi mana ni Ariz?" tanya Darweena.

Ariz membalas Darweena sekilas lalu memberikan senyuman nipis. Dia terus memandu kereta ke destinasinya.

Apabila tiba, dia menghentikan keretanya.

"Jom." ajak Ariz.

"Kubur? Kita nak lawat siapa?" soal Darweena pelik.

Ariz ada keluarga yang telah meninggal dunia ke?

Dia mengikut langkah Ariz yang berjalan di hadapannya sambil membawa tikar dan jug berisi air bunga. Dia pula membawa dua yassin.

Tiba di hadapan satu kubur, Ariz menghamparkan tikar. Menyuruh Darweena duduk di atasnya.

Darweena melihat nama yang tertulis pada batu nisan itu. Dia menekup mulutnya kerana terkejut.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang