SPH 41

3.5K 179 19
                                    

Kaki melangkah masuk ke lobi hotel sambil membawa bekas makanan bertingkat. Seperti yang dikatakan pagi tadi, Darweena menghantar makanan tengah hari untuk Ariz.

Dia memberikan senyuman kepada receptionist di kaunter kemudian terus berlalu ke lif.

Sampai di tingkat 20 iaitu di mana terletaknya tempat pengurusan hotel ini. Darweena menuju ke bilik Ariz.

Dia menyapa setiausaha Ariz yang duduk melakukan kerjanya.

"Hai. Tengku Ariz ada?"

"Tengku takde. Baru tadi dia keluar."

"Dia pergi mana?" tanya Darweena pelik.

Kalau ikutkan ini bukan waktu lunch. Lagi 30 minit. Takkan Ariz keluar lunch awal sangat.

"Saya pun tak tahu. Erm. Cik ada apa ya nak jumpa beliau. Kalau hal penting, kita boleh buat appointment untuk cik berjumpa dengan beliau."

"It's ok. Saya Tengku Darweena, wife dia. Saya nak hantar makanan tengah hari dekat dia."

Setiausaha Ariz seperti terkejut. Langsung dia menunduk di hadapan Darweena. Darweena melihat pelik.

"Saya minta maaf Tengku. Saya tak tahu Tengku ni wife Tengku Ariz."

"Eh takpe. Benda kecil je."

Darweena ketawa.

"Jadi boleh saya masuk. Saya nak letak bekal ni."

"Silakan Tengku."

Darweena masuk ke dalam bilik Ariz tanpa menunggu setiausaha itu membuka pintu bilik Ariz.

Darweena memandang je bilik Ariz. Ini kali kedua dia masuk ke bilik. Kali pertama adalah ketika dia dan Ariz masih berbaik semasa dia bekerja di sini.

Itupun kerana Ariz mengada suruh dia menghantar makanan kepadanya.

Darweena mengukir senyuman nipis. Rindu pula dia pada Ariz yang ceria dulu. Dia melangkah keluar dari bilik Ariz setelah selesai kerjanya.

Dia memberikan senyuman kepada setiausaha Ariz sebelum berlalu ke lif untuk turun ke bawah.

Darweena membuka pintu kereta Honda Civic putihnya yang baru dibeli lalu memboloskan diri di dalamnya.

Dia memandu menuju ke rumah Maya kerana dia yang akan mengambil Maya. Memandangkan Maya dah sarat, jadi dia tak boleh memandu lagi.

Teringat Maya yang sampai nangis-nangis meminta kebenaran Dafi untuk membenarkannya keluar.

Nak tak nak Dafi terpaksa lepaskan walaupun risaunya menggunung tinggi terhadap Maya. Kalau bersalin masa tengah jalan-jalan nanti macam mana? Hermm.

🌼🌼🌼🌼🌼

Langkah kaki diatur keluar dari gedung yang menjual pelbagai jenis barangan bayi. Tersenyum riang wajah Darweena dan Maya ketika membeli belah.

"Thanks tau weh, belanja semua benda ni." ucap Maya penuh terharu. Eceh.

"Takde hal lah. Anak kau, anak buah aku. Lagipun tak banyak ni."

"Tak banyak kau kata? Banyak ni. Dari kedai situ masuk ke kedai sini lepas tu ke kedai sana. Mahal-mahal pula tu." bidas Maya.

Darweena ketawa kecil.

"Alah, bukan selalu. Nanti kalau aku pregnant, kau lah belanja aku." ujar Darweena.

"Lah minta bagi balik lah ni."

"Eh tak tak. Aku gurau je. Lambat lagi lah aku dengan Ariz." wajah Darweena menjadi sayu.

"Kau dengan dia still tak ok ke?" tanya Maya.

"Entah lah. Dia macam tak nak maafkan aku je. Pasal yang setahun lepas. Pasal... Haura. And... Dia tak sayangkan aku macam dulu."

"Aku tak rasa macam tu lah Weena." ujar Maya.

"Maksud kau?"

Darweena dan Maya duduk sebentar di bangku yang disediakan.

"Entah lah. Yang maaf tu, aku tak tahulah. Tapi kalau tak sayang tu, aku rasa tak mungkin. Kau tengok lah diri kau sendiri. Setahun lebih kau tak jumpa dia, and still kau tak boleh move on dengan dia. And kau tak rasa ke maybe dia pun sama macam kau?"

Kata-kata Maya membuatkan Darweena terdiam memikirkannya. Ada betul juga tu. Darweena menghela nafas panjang.

"Jom lah kita pergi makan. Lapar ni. Kau larat lagi ke nak jalan?" kata Darweena.

"Ok lagi ni. Kalau lenguh nanti aku minta Dafi urut." balas Maya.

Darweena dan Maya melepaskan tawa. Habislah Dafi nanti.

"Jom."

"Jom."

Mereka berdua turun ke tingkat paling bawah untuk mencari restoran.

"Weena, Weena. Makan dekat sini." panggil Maya apabila mereka tiba di hadapan sebuah restoran.

"Ok jom." Darweena ingin melangkah masuk, namun apabila terlihat Maya yang seolah-olah terdiam, terus tidak jadi melangkah.

"Kau kenapa weh? Tiba-tiba je berhenti." tanya Darweena pelik.

Maya memandang Darweena dengan seribu satu perasaan.

"Aaa... Takde apa lah. Makan dekat tempat lain jom. Aku tiba-tiba craving nasi ayam lah."

"Lah. Kat sini pun ada nasi ayam."

"Tak nak yang dekat sini. Nak yang chicken rice shop punya. Nasi ayam diorang sedap."

"Ermm. Ye lah jom."

Mereka berdua beriringan melangkah pergi. Dalam diam, Maya menghembus nafas lega kerana Darweena tidak nampak kelibat Ariz bersama seorang perempuan lain.

Agaknya apa lah yang akan jadi kalau dia nampak Ariz dan perempuan itu tadi. Dah la sedang seronok berbual sambil bergelak tawa.

"Weena."

"Ya."

"Lepas makan, kita balik. Aku dah tak larat ni." Maya tersengih-sengih.

"Ok ok. Harap-harap lah Dafi tak bebel dekat aku."

"Don't worry. Dia bebel kat kau, aku bebel dekat dia balik."

Darweena ketawa

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang