Jangan lah marah sebab Ariz kahwin dengan Haura. Dah jodoh diorang. Terima takdir dengan hati terbuka. Ada yng lebih baik untuk Darweena nanti.
Tudung selendang pleated yang dililit dikepala dikemasnya kedudukannya. Sempat dia berposing di hadapan cermin.
Pada hari ini, Darweena menutup restorannya. Niatnya ingin membeli belah bersama Nur dan Hani di Oxford Street. Asyik bekerja je. Nak lah juga cuti.
Dia kemudian keluar dari biliknya menuju ke ruang bawah. Sampai di meja makan, kelihatan 2 pekerjanya ada di sana. Nur dan Hani.
"Morning." ucap Darweena lalu duduk di kerusi.
"Morning Aween."
"Morning bos."
"Ha makanlah Nur, Hani. Buat je macam rumah sendiri." kata Tengku Dhiya.
"Terima kasih Tengku." ucap mereka berdua.
Darweena diam. Dia mencedok mi goreng mamak masakan mamanya ke dalam pinggan. Masakan mama memang tak pernah mengecewakan.
"Ni nak pergi mana?" tanya Tengku Zaheen.
"Oxford Street. Nak jalan-jalan shopping." jawab Darweena.
"Papa, mama, Areel dan Neela nak kirim apa-apa ke?" sambungnya.
"Takde."
Selepas sahaja makan, mereka terus keluar mendapatkan double decker menuju ke Oxford Street di mana terdapat gedung-gedung menjual pelbagai jenis barangan.
"Awak berdua pergi lah mana-mana. Nanti kita jumpa dekat sini balik. Saya nak masuk sana."
"Ok bos."
Darweena memasuki sebuah kedai yang menjual barangan kulit seperti beg tangan, kasut kulit dan sebagainya.
Hampir 2 jam dia membeli belah, dia menunggu Nur dan Hana di tempat mereka berpecah tadi.
Darweena memandang suasana hiruk. pikuk di Oxford Street ini. Hari minggu memang agak ramai di sini.
Kemudian matanya tertancap pada seseorang. Juga seorang perempuan menghampiri sambil membawa aiskrim. Dia terpaku.
'Ariz.' bisik hati Darweena.
Memang tak salah lagi Ariz. Dan perempuan yang menghampirnya itu... Adakah itu Tengku Haura Aryana.
Gadis cantik bertudung itu bergelak tawa bersama-sama Ariz. Seperti pasangan bahagia.
Jantung Darweena berdegup kencang. Dia sangat berharap dia salah nampak.
Mata Darweena terus terusan memandang ke pasangan itu sehingga tidak sedar yang Nur dan Hani sudah berada di sebelahnya.
"Bos."
Darweena tersedar. Dia memandang mereka berdua.
"Ah ye."
"Kitorang dah siap. Lama ke bos tunggu?" kata Nur.
"Tak. Tak lama pun. Jom lah. Nak pergi mana lepas ni?" balas Darweena.
"Saya nak pergi market Thai. Beli barang barang dapur sikit."
"Ok jom."
Mereka berdua berjalan kaki sahaja. Semasa berjalan, fikiran Darweena memikirkan tentang kemunculan semula Ariz setelah setahun tidak berjumpa.
Tak banyak perubahan yang dia lihat pada Ariz. Ariz seorang yang sentiasa kemas dan penampilannya jelas menunjukkan dia adalah seorang yang berkarisma.
Darweena memejam mata rapat untuk menghilangkan bayangan Ariz dalam fikirannya. Tanpa sedar dia terlajak.
PONN
Darweena membuka mata.
"Bos."
Kakinya bagai terkaku tidak mampu bergerak apabila sebuah kereta yang menghampirinya. Mata dipejam merelakan apa yang akan berlaku seterusnya.
Tiba-tiba tubuhnya terasa ditarik masuk ke dalam pelukan seseorang. Darweena kejung di tempatnya. Kakinya menggeletar.
"Nak lintas jalan, jangan lah berangan."
Suara lelaki menjengah. Darweena membuka mata lalu menolak lelaki itu. Dia tergamam memandang wajah lelaki itu.
"A-ariz."
"You know me?"
Darweena menunduk beberapa saat. Kemudian dia mengangkat semula kepada memandang lelaki di hadapannya itu.
"No. Thank you for the help." Darweena menunduk sedikit kemudian laju melangkah pergi.
Nur dan Hani juga cepat-cepat membuka langkah mengikut bos mereka yang sudah jauh di hadapan.
Ariz... Masih terasa pelukan lelaki itu padanya. Darweena menggigit bibirnya menahan rasa.
Kenapa Ariz tidak mengenalinya. Tidak ingatkan dia pada Darweena yang dikenalinya dulu.
BUK
Bahu Darweena terlanggar seseorang yang berjalan bertentangan dengannya.
"I'm sorry." ucap Darweena.
"It's ok. No big deal."
Darweena memandang. Sekali lagi dia terkejut. Haura Aryana di hadapannya. Orang yang dia langgar.
"Bos." Nur dan Hani muncul di sebelahnya.
"Bos ok ke?" tanya Hani kalut.
"Ok je. Errr. Jom lah. Saya minta maaf langgar awak. Saya tak perasan."
"Ah takpe. Sikit je. Saya minta diri dulu." pamit dia.
Darweena mengangguk lalu memandang gadis itu berlalu pergi.
"Kenapa bos nampak terkejut je dengan perempuan tu dan laki tu?" Nur menyoal.
Darweena memandang Nur dan Hani. Dia kemudian menggeleng kepalanya dan tersenyum nipis.
"Jom. Nak pergi mana lepas ni?"
"Ikut bos lah."
"Ok."
🌼🌼🌼🌼🌼
Dia menghempas badan di atas katil. Fikirannya masih teringatkan gadis yang diselamatkannya tadi. Wajah itu seperti pernah dilihat. Dia juga memanggilnya Ariz.
Otaknya memproses memori-memori silamnya. Sampai berkerut-kerut dahinya mengingatinya.
Kemudian dia bangun dari pembaringannya. Dia sudah ingat tentang gadis itu.
Darweena.
Bibirnya mula mengukir senyuman sinis. Perempuan sundal tu ada dekat sini rupanya. Patut lah lama menghilang.
Datang sini dengan sugar daddy ke? Orang miskin kan. Ada yang sanggup buat macam-macam demi duit.
Entah-entah dia jual badan dekat sini. Dia tersenyum sinis
"Abang senyum apa tu? Teringat dekat awek mana-mana ke?" satu suara perempuan menjengah telinga.
Dia memandang si isteri yang menghampirinya.
"Takde lah sayang. Awak sorang je dalam hati abang sekarang ni."
Haura tersenyum manis. Dia duduk di sebelah Ariz lalu kepalanya disandarkan pada bahu Ariz.
"Abang janji tau jangan duakan saya."
"Mesti lah."
Ariz mengusap lembut kepala isterinya. Tak sia-sia dia berkahwin dengan Haura. Haura lebih baik dari perempuan sundal tu.
Ariz kejam...
YOU ARE READING
Only You [C]
RomanceTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...