Bab 2

2.5K 83 3
                                    

Akhirnya penerbangan Tiara mendarat di lapangan terbang KLIA. Wah, nikmatnya menyedut udara bumi kelahiran.  Ada rasa manis-manis masam. Ha ha ha.  Gembiranya. Terubat rindu. Boleh dia lebarkan tangan dan jerit sekuat hati? I'm back. Back! Back! Back! Twist bahu. Hayun pinggang. Petik jari. Menari sikit!

Eh, jangan kau berani buat! Memalukan. Cool down, ok? Don't over re-act. Takut orang kata seperti monyet masuk bandar atau Tarzan masuk zoo. Yang mana pilihan you guys? Monyet kot sebab Tarzan lelaki. Dia gadis sunti. Ha ha ha...

Apa-apa jer lah. Yang penting dia pulang dengan segulung ijazah. Berbaloi segala usaha hampir empat tahun di UK. Dia berjaya mencapai cita-citanya. Sekarang dia akan ikut apa saja kemahuan pak long. Kalau pak long nak dia bekerja di syarikat pak long pun, dia akan ikut. Tapi sebelum itu, dia mesti cari suami yang dinikahinya di UK. Pernikahan ini tidak boleh di biar tergantung. Tazzim Ziyyad mesti lepaskan dirinya. 

Yap, misi selepas ini semestinya cari suami. Wah macam tak caya Tiara ada suami misteri! Kalau kawan-kawan di UK tahu, mesti mereka kena serangan jantung. Tiara Shenaaz yang cute mute dan so innocent ini dah kahwin dengan lelaki yang mix pula tu. Kalau dibotak kepala pun, masih tak boleh percaya. He he he...

Setelah mengambil bagasinya, Tiara menuju ke arah pintu keluar. Tiba-tiba dia didekati oleh dua orang lelaki Melayu.  Berjalan di kiri kanannya. Dekat pula tu.  Keningnya mula bertaut. Dahi, kerut merut.  Cik Hati bergelut cuba bertenang. Dah jadi seperti ayam yang tunggu nak kena sembelih.  Tak boleh jadi ni. Dia berhenti. Lihat kanan dan kiri. Kanan semula. Bukan nak melintas jalan. Tapi bersedia nak jerit sekuat hati. 

Relaks dulu Tiara. Tarik nafas. Jangan buat adegan yang memalukan. Lebih teruk kalau adegan tukar jadi panik. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Eh, apahal pula peribahasa tu yang keluar? Cik Akal tepuk dahi. Betullah tuan tanah  dah jadi bingung di bumi sendiri.

Ok ok siapa mereka ni? Orang suruhan pak long? Wah, baiknya pak long hantar orang sambut dia! Senyum sikit. Tapi, lelaki kiri kanan tidak balas pun. Serius gila. Sebab sedikit? Ok, lebarkan senyuman.  Kayakan senyuman anda. Senyuman tu sedekah. Nak juga pahala sedekah. Aip, tetap sama. Dua-dua lelaki suruhan pak long ini seperti tak tahu makna sedekah. Kasihannya.

Sekejap, betulkah orang pak long? Kalau diingat balik perangai pak long, macam tak jer. Malah berani dia kerat jari, pak long tak akan hantar sesiapapun jemput Tiara Shenaaz. Mungkin pak long dah berubah? Dah jadi semesra alam. Kita manusia tak baik buruk sangka, kan? Betul. Cik Akal setuju. Tiara renung jarinya sambil tersenyum. Memandai saja Cik Hati sebut nak kerat jari.

"Puan Tiara Sheenaz, sila ikut kami. Bos kami nak jumpa puan." Ujar lelaki yang agak muda daripada yang seorang lagi. Badan dia bukan main tegap. Kalau buka baju tu, mesti boleh nampak otot otot timbul sana sini. Nak tengok kejap. Tulang mana yang...

Tiara Sheenaz, back to earth please! A O K

Eh, dia sebut puan tadi! Panggilan puan untuk wanita yang dah kahwin. Jadi, mereka tahukah? Kalau mereka orang suruhan pak long bermakna, pak long tahu. Kak Diaz bagi tahu? Tapi Kak Diaz yang minta rahsiakan. Tak boleh beritahu sesiapa termasuk pada pak long dan mak long. Apa-apa tindakan kena tunggu Tahzim dulu. So...

"Bos? Err siapa bos, encik?"

"Nanti puan tahu. Tolong ikut kami."

Kalau pak long bos mereka, tentu mereka beritahu. Jadi dah sah mereka ini bukan orang pak long. Orang jahat yang ada niat jahat terhadapnya? Betullah tu.

"Tak boleh. Kalau bos encik nak jumpa saya, suruh dia pergi rumah pak long saya."

Emmm kita nak pergi rumah pak long? Tinggal sana? Pak long nakkah terima kita? Kalau tak terima, kita akan tambah bilangan gelandangan negara? Ingat, kita ni bukan banyak duit. Sekadar bolehlah tampung hidup dua tiga hari di bumi sendiri. Cik Jantung buat pertama kali bersuara. Berkerut urat-urat jantung. Shoo-shoo tak boleh berfikiran negatif. Kena positif. Allah tak pernah putus rezeki kita. Doa doa doa dan usaha. Kita boleh kerja cuci pinggan di gerai makan mana-mana buat sementara waktu. Lepas duit makan pun jadilah.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now