Semalam mereka sudah selamat sampai di kampung halaman rumah atok dan nenek Darren. Mereka pulang ke kampung awal kerana hendak menyiapkan persiapan raya bersama-sama.
Lagi pula, Tengku Malik dan Tengku Sheila yang menyuruh mereka bertolak ke kampung awal. Banyak persiapan yang perlu diuruskan. Delysha okay saja kerana dia juga turut sama teruja untuk menyambut perayaan di kampung Darren ini. Dapatlah anak-anak kembar mereka rasa suasana beraya di kampung.
Dan alhamdulilah, hampir semua persiapan sudah selesai. Kini malam raya pun menjelma. Delysha sekarang sedang menolong Nek Su, ibu kepada Tengku Sheila menyusun kuih raya ke dalam balang kaca untuk hidangan buat tetamu esok.
Para kaum wanita sibuk menguruskan juadah untuk keesokan harinya, manakala pihak lelaki pula sibuk membakar lemang di luar rumah. Memang semua orang tidak menang tangan. Tak boleh duduk diam. Harus turun padang bantu apa yang patut jugak. Barulah meriah suasana.
"Nek tengok kan, Lysha mudah penat ya sekarang? Lepas tu nek perasan juga yang badan Lysha semakin berisi dari sebelum ni. Tadi masa kita tengah sibuk masak rendang pun, Lysha macam tahan diri dari muntah kan? Lysha sihat dok sebenarnya ni?" soal Nek Su sambil mengisi kuih raya tart nenas ke dalam balang.
Manakala Delysha pula mengisi kuih raya yang lain seperti semperit dan kuih coklat berbentuk bunga ke dalam balang kaca yang telah disediakan. Banyak juga jenis kuih raya yang ada ni. Semua saudara-mara Darrenlah ni yang bawak dari Kuala Lumpur.
Delysha sengih kecil mendengar butir bicara Nek Su. Amboi, Nek Su perhatikan dia ke dari tadi?
"Lysha okay jelah, nek. Nek jangan risau okay?" Dia membalas lembut. Tidak mahu orang tua itu risaukan dia. Masuk kali ini, sudah tiga kali dia beraya di kampung ini sejak dia sah bergelar isteri kepada Iyan Shah Darren. Kampung halaman Nek Su di Melaka. Berdekatan dengan Kuala Lumpur juga. Jadi loghat bual bicara yang digunakan juga tidak terlampau jauh. Kerana itulah Nek Su tidak terlalu pekat loghat yang dituturkan kepada kami semua.
Nek Su memandang dengan dahi yang berkerut. Dia pasti ada yang tidak kena. Seperti ada sesuatu yang disorokkan. Perkara itu asyik bermain di fikiran wanita tua sepertinya.
"Nek pun pernah muda tau. Dulu masa arwah atok Iyan tu ada lagi, arwah selalu juga menempel dengan nek. Macam Iyan ni jugalah. Nek tengok asyik nak melekat aje dengan kamu ya? Kamu sebenarnya... mengandung ke Lysha?"
Tersentak.
Tengku Sheila yang sedang mengelap pinggan di atas meja berdekatan mereka juga turut terdiam. Namun, perlahan bibirnya tersenyum. Dia dengar perbualan dua orang wanita itu dari tadi. Namun dia tidak sangka pulak itu tekaan mak mentuanya pada menantu dia.
"Lysha mengandung ya?" soal Tengku Sheila pula. Bibirnya sudah tersenyum lebar. Anak sulungnya itu sudah bernikah hampir tujuh tahun. Dan hanya dikurniakan sepasang cahaya mata yang sudah semakin besar. Mungkin kali ini adalah rezeki yang Allah ingin kurniakan pada mereka setelah lama menunggu kehadiran cahaya mata yang seterusnya?
Delysha gigit bibir. Berdebar. Dia perlu jujur atau tidak ya? Kerana usia kandungannya tidak sampai empat bulan lagi. Dia bukan apa, dia risau kejadian dulu kembali berulang.
Delysha pernah keguguran sekali dulu. Masa itu, usia kembar baru empat tahun. Dan ketika itu, suaminya Darren sangat-sangat sedih dengan berita ini. Darren suaminya sedih dan kecewa di atas sikap cuainya dulu yang menyebabkan anak mereka mati dalam keadaan tak sempat dilahirkan. Masih di dalam perutnya ketika itu.
Darren memang nampak okay saja di depannya, siap pujuk, teman dia ketika dia di dalam pantang tanpa anak yang sempat dilahirkan. Namun dia juga tahu dalam hati Darren, lelaki itu sangat sedih dengan pemergian anak mereka. Lelaki itu yang beria gembira apabila dapat tahu mereka akan dikurniakan zuriat lagi ketika dia memberitahu lelaki itu secara kejutan.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...