part 55

4.5K 174 6
                                    

Sudah masuk dua hari Delysha dan Darren melancarkan perang dingin. Mereka berdua akan berlakon seperti pasangan bahagia apabila berdepan dengan mama dan papa sahaja. Bercakap pun bila depan mereka sahaja.

Tidur pula memang sebilik, tetapi Delysha akan lebih pantas berbaring di bawah. Sengaja membiarkan suaminya tidur di atas katil manakala dia pula tidur di bawah lantai hanya berlapikkan tilam nipis sahaja.

Darren pula akan mengambil alih mengangkat tubuh isterinya ke atas katil apabila gadis itu sudah tidur dengan nyenyak. Dan dia pula yang akan berbaring di bawah. Tak sanggup untuk dia  membiarkan isterinya tidur di bawah seperti itu. Dan seperti itulah pada hari-hari yang seterusnya. Entahlah, baru sahaja kahwin dah gaduh macam ni. Nasib badanlah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruklah padahnya. Hah sesuai sangatlah peribahasa itu dengannya. Kerana mulut, peperangan ini terjadi.

Puas juga dia memujuk isterinya, namun tidak jalan. Delysha hanya buat tidak tahu sahaja. Seolah-olah dia tidak wujud di hadapan gadis itu.

"Kita nak pergi mana ni?"

Dia berpaling memandang isteri di sebelah. Darren tersenyum. Rasa macam dah lama tak dengar suara isteri sendiri.

"Honeymoon."

Jawapan Darren itu membuatkan Delysha melepaskan keluhan. Honeymoon apanya? Patutlah tadi beria-ria ajak dia keluar. Siap suruh bawa banyak pakaian lagi. Rupanya nak berbulan madu.

Sebenarnya kalau ikutkan hati, memang taklah Delysha nak ikut. Tapi disebabkan mama dan papa ada sekali masa tu, terpaksalah dia setuju. Ewah Darren ni. Dia main mama papa eh sekarang? Tahu saja kelemahannya. Tak akanlah dia nak menolak permintaan Darren di hadapan kedua orang tua lelaki itu. Tak sopan dan tidak manis pula dia buat begitu. 

Delysha memilih untuk berdiam diri. Dia berpaling keluar tingkap lalu cuba melelapkan mata. Apabila kereta berhenti kerana lampu isyarat, terasa pula dahinya dikucup lembut. Siapa lagi kalau bukan Darren?

Perkataan yang dibisikkan oleh Darren semasa dilabuhkan ciuman tadi hanyalah 'maaf.'

Maaf, maaf dan terus maaf. Itu sahajalah ayat yang dia selalu dengar semasa mereka berperang dingin. Dia bukan nak dengar ayat itu, dia cuma mahu Darren memujuknya sahaja. Susah sangat ke Darren nak faham?

Akhirnya dia terlelap. Biarlah suaminya itu memandu sendirian. Malas dia mahu fikir. Baru kahwin, dah gaduh macam ni. Pengalaman betul!

***

"Sayang, bangunlah. Kita dah sampai ni." Pipi Delysha diulus lembut. Darren merenung wajah si isteri. Haih, tidur pun cantik.

Dia tersenyum kelat bila teringatkan hubungan mereka yang semakin renggang hanya kerana percakapannya yang sudah mengguriskan hati si isteri.

Kerana mulut, badan binasa. Ego dan cemburu punya pasal la ni.

"Sayang," panggil Darren lembut. Delysha terpisat-pisat. Matanya terbuka sedikit lalu dia menguap kecil. Pandangan dihalakan ke arah sang suami yang terlalu dekat dengannya. Delysha merenung Darren tajam.

"Awak buat apa ni hah?" Lekas-lekas dia menjarakkan ruang antara mereka. Darren tersenyum sinis. Apa punya soalan ini?

"Kejut kau bangunlah."

"Boleh percaya ke?"

"Apasal? Kau tak percayakan suami sendiri?" Keningnya terangkat.

Delysha tersenyum kelat. "Dah suami sendiri pun tak percayakan isteri, macam manalah si isteri nak percayakan suami dia. Fair kan?" Darren tersentap. Delysha perli di ke apa?

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now