part 11

4.7K 285 2
                                    

Delysha mula gelisah. Tangannya sudah basah akibat peluk yang merembes keluar. Dia mengetap bibir menahan rasa. Mamat ni dah kenapa? Duk tengok-tengok orang pula dari tadi! Kalau tengok saja tak apa, ini tenung orang macam dia ada buat salah pula!

Eeeee, Darren! Tolonglah jangan buat dia macam ni. Perasaan dia sekarang hanya dia sahaja yang tahu. Jantungnya yang berdegup kencang pun, Darren tidak tahu juga. Fuhh, laju gila. Serba-serbi tidak kena apabila lelaki itu merenungnya sedemikian.

"Awak kenapa?"

Setelah penat menunggu Darren berbicara, akhirnya Delysha menyoal lelaki itu. Cungkil biji mata tu nanti baru tahu. Asyik sibuk tenung-tenung anak dara orang! Selalu macam tu tau! Darren tak tahu ke yang lelaki itu buat dia berasa segan?

"What? Kenapa apa?"

Darren senyum senget. Dia memandang wajah cantik Delysha penuh minat.

Delysha mendengus. Eeee, dia ni kenapa? Nak cari gaduh ke? Cubalah jangan nak ego tinggi sangat! Aku tak suka. Jangan tenung aku lagi gila! Eeeee, sabar Delysha, sabar. Tenang. Biar sahajalah mamat ni pun! Dia sebenarnya nak cari pasal dengan kau saja. Kau jangan tunjuk sangat yang kau tak selesa dengan renungan dia. Okay, dia nak main sangat kan dalam permainan ni? Let's go! Fikir aku takut dengan dia? Desis hati Delysha.

Delysha tiba-tiba mengukir senyuman sinis. Kini dia pula merenung anak mata lelaki itu. Sedalam-dalamnya. Sengaja ingin membuatkan lelaki itu berasa tidak selesa juga. Walaupun hati terasa gentar, muka dah merah padam, jantung berdegup macam nak pecah, tapi tak apa. Demi permainan ini, marilah. Kita sahut cabaran! Eyes contact gitu. Dia tak nak kalah.

Kini mata bertentang mata. Mereka merenung sesama sendiri. Pelbagai rasa yang timbul di hati. Pelbagai perasaan timbul di jiwa.  Ah, tapi perasaan apa? Cinta? Benci? Kasih? Atau sayang? Mana satu? Ya Allah! Adakah dia mula menyayanginya lelaki itu?

Darren juga tidak mahu kalah. Dia merenung Delysha sedalam-dalamnya. Sengaja betul. Dia yakin dia tidak akan kalah. Sebab apa? Sebab dia memang sudah mempunyai perasaan terhadap gadis itu. Mana mungkin dia akan kalah dalam permainan ini. Darren sendiri tidak perlu bertentang mata dengan gadis itu hanya mahu merasakan perasaan sayang dalam hati. Kerana perasaan sayang sudah ada di dalam lubuk hatinya.

Tidak perlu lagi pepatah 'dari mata turun ke hati' itu. No! Dia tidak perlukan itu. Dia sudah lama sedar akan perasaan sendiri.

Tetapi lainlah Delysha. Gadis itu masih lagi belum menyayanginya seperti mana dia menyayangi  gadis itu. Tiada perasaan sama sepertinya. Jadi inilah masanya. Biar gadis itu tahu dan sedar perasaannya sendiri melalui permainan ini.

Terkejut juga dia apabila Delysha sudi bermain eyes contact dengannya. Nasib gadis itu faham. Darren tersenyum sinis apabila gadis itu tidak mahu kalah. Haih, nak menang juga! Bagi sajalah yang lelaki menang. Perempuan memang tak nak kalah kan? Tak apa, Darren tiba-tiba mendapat idea. Bibirnya tersenyum sinis. Masa untuk kalahkan Delysha!

"Nurul Insyirah Delysha," panggil Darren, sengaja. Dia menongkat dagu. Mata masih kekal pandang wajah cantik Delysha. 

"Err, ya?" jawab Delysha gugup.

Delysha masih lagi dalam position yang sama. Merenung lelaki itu juga. Dia tidak mahu kalah. Tadi Darren nak main sangat dengan dia kan? Tapi janganlah Darren mengacau dia! Delysha tidak mahu perasaan itu semakin mendalam. Perasaan apa yang baru wujud ini pun dia tidak tahu. Dia tidak pasti, tapi perasaan ini membuatkan dia tidak keruan apabila bersama lelaki itu.

"I like you. Will you be my future wife?"

Oh my gosh.

Mata Delysha membulat. Terkebil-kebil dia. Akhirnya dia menunduk malu. Tak pandang Darren macam tadi lagi. Ah, biarlah dia kalah sekali pun. Sekarang dia malu. Berani Darren sakat dia macam tu! Eeee, dia baru saja nak menang tadi.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now