part 18

3.8K 237 2
                                    

"Jadi ini bakal menantu mama?"

Aku terkaku. Perasaan resah dan gelisah mula menghampiri. Terkulat-kulat aku memandang Darren. Berharap agar dia dapat membantu aku saat gentir begini.

Haish! 

Kenapalah aku nak takut semacam ni? Mama Darren bukannya makan orang pun!

"Hish mama ni, janganlah tenung Delysha macam tu. Seram dia tengok mama," balas Darren apabila dia faham maksud tersirat di sebalik wajah aku. Mungkin dia baru dapat tangkap yang aku sedikit gugup dengan pandangan maut mama.

"Tak adalah, mama tanya aje. Betul ke?"

"Yes, ma. Why?" jawab Darren selamba.

Aku hanya menunduk sedari tadi. Macam kepala ini ada gam supaya aku tak angkat kepala. Aduh, teruk sangat dah aku sekarang ni. Seperti tengah menghadap polis sahaja.

"Tapi mama rasa-"

"Ada apa lagi tu, Ila? Tetamu datang tu. Nak soal jawab dalam rumah. Malu jiran tengok," tegur Tengku Malik yang sudah berdiri di sebelah isterinya. Tengku Sheila mencebik bibir. Kacau saja suaminya itu!

"Entah mama ni. Macam-macam betul. Dah, jom masuk Lysha. Buat macam rumah sendiri eh?"

Tutur Darren yang sememangnya ingin menyelamatkan aku dari soalan cemu emas mamanya. Namun, aku tahu yang sebentar saja lagi pasti Tengku Sheila akan menyoal pelbagai perkara yang dia mahu tahu pada aku juga. Kepala mengangguk faham pada Darren yang menunggu.

"Eh buat rumah sendiri apanya kalau ini memang rumah dia juga nanti. Delysha kan namanya?"

Aku angguk perlahan. Agak malu dengan lelaki tua itu.

"Insyirah Delysha... erm Tengku." Aku beritahu.

Haih, aku tak tahu nak panggil apa. Nanti panggil uncle macam selamba sangat bunyinya. Bukannya aku anak saudara dia pun.

"Lah, apa tengku-tengku pulak ni? Panggil je uncle. Hah tak pun, panggil papa. Yelah biasa-biasa kan lah diri tu dulu. Nanti lepas dah kahwin, senang. Kan, Ila?" Gurau Tengku Malik dengan senyuman mengusik. Tengku Sheila hanya tersengih menyampah. Buat-buat sahaja depan suaminya.

Aku termalu sendiri. Papa? Tak naklah aku. Kang nampak sangat yang aku ni desperate. Lagi pun awal lagi nak jadi menantu dalam rumah ini.

Tapi aku rasa yang Tengku Malik ini baik orangnya. Belum kenal aku lagi dah bergurau senda dengan aku. Mula-mula memang aku terfikir ayah Darren ini mesti seorang yang garang, muka sombong, kerek sebiji macam anak dia masa mula-mula aku jumpa Darren dulu.

Rupa-rupanya... fuhh, baik gila alhamdulilah. Hmm kenapalah aku fikir papa Darren jenis yang  macam tu tadi. Cepat sangat judge orang.

Tapi hmm... itulah. Tengku Sheila, mama Darren pula berbeza character dengan Tengku Malik.  Dia macam tak suka aku sahaja. Ke memang betul yang dia tak suka aku? Atau aku yang salah sangka?

"Uish wow, papa eh? Dah tak menyempat papa ni kan! Malulah budak tu nanti. Dia dahlah pemalu orangnya," perli Darren. Sengaja perkataan 'pemalu' itu ditekankan.

Eee, sabarlah dengan perangai mamat ni! Tahulah depan mak ayah dia. Nak buli aku ke?

"Err, uncle pun okay. Saya bukanlah sesiapa pun untuk panggil teng... err uncle macam tu," balas aku sopan dan agak kekok.

Tengku Malik tersenyum senang. Gembira dengan pilihan hati anak sulungnya ini. Lebih sempurna dari perempuan-perempuan yang pernah anaknya kenal.

Almaklumlah anaknya itu merupakan seorang playboy yang terhangat di pasaran. Pelik juga dia bila diberi tahu bahawa Darren ingin membawa calon isteri ke rumah. Nak kenal-kenal bersama mereka berdua.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now