part 20

4.4K 241 4
                                    

Baju uniform  yang dipakainya itu dikemaskan sedikit agar ianya kelihatan lebih kemas. Topi pula dipegang sahaja. Malas hendak memakainya lagi. Butang baju juga dibetulkan. Dan juga turut tali leher.

Apabila penampilannya kelihatan sempurna, Darren tersenyum senget. Bangga dengan kekacakan diri sendiri.

 Bangga dengan kekacakan diri sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

iPhone di atas katil dicapai. Seperti biasa, pasti nombor Delysha yang akan didail. Hampir dua minit menunggu, ianya tetap sama. Panggilan itu masih tidak dijawab. Malah masuk voice mail pula.

Kemanakah kau, Delysha?

Berkali-kali Darren cuba untuk menelefon Delysha. Tapi hampa. Satu panggilan pun tidak dijawab. Kenapa dengan Delysha? Dia ada buat salah ke? Puas dia fikir apa salah dirinya, namun Darren masih tiada jawapan untuk soalannya itu. Delysha betul-betul buat dirinya risau!

Dah masuk tiga hari Delysha menyendiri tanpa sebarang khabar berita. Selalu kalau dia datang ke rumah Delysha, pasti gadis itu tiada di rumah. Sengaja ke apa? Tak akanlah tak dengar yang dia bagi salam? Di kedai Kak Reena pun Delysha tiada. Sudah banyak hari gadis itu tidak datang kerja.

'Where are you, sayang?' bisik hatinya.

Untuk ke sekian kalinya, Darren mengeluh berat. Adakah gadis itu merajuk dengannya?

Sebab Delysha dia tidak dapat tidur lena. Apa salah dia? Sejak pulang dari rumah mama dan papa terus gadis itu berubah begitu. Diam menyepi tanpa khabar berita. Adakah dia sudah melakukan kesalahan tanpa dia sedar? Tak pun,  keluarganya yang sudah melakukan kesalahan pada gadis itu?

Atau... mama?

Ah, buntu. Apa yang harus dia buat sekarang ini? Dia nak tahu kenapa Delysha buat dia macam ni!

Darren:
Delysha, aku ada kerja di Paris.
Take care, I miss you.

Darren terdiam. Berfikir sejenak sebelum mesej tersebut di deleted semula. Ah, buat apa nak bagitahu dia?

Malas berfikir panjang lagi, Darren lekas  mengorak langkah ke bawah. Sapaan mamanya tidak dijawab. Pagi-pagi dia sudah tiada mood.

Dia tidak pernah rasa begini dengan mana-mana perempuan sebelum ni.

Selain mama dan Mira, tiada lagi perempuan yang boleh membuatkan hatinya tidak keruan begini. Risau akan gadis itu semakin membuak-buak. Rindu juga semakin menggebu. Kenapa Delysha buat dia macam ni? Mengapa?

Persoalan itu berlegar-legar di mindanya.

******

"Kau betul ke nak pergi ni, Lysha?"

Dah ke seratus kali rasanya Zara mengulangi soalan yang sama. Dah kenapalah dengan kawan aku ni?

"Ya, Zara. Kau dah kenapa?" Keningku terangkat memandangnya.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now