Hari yang semakin larut malam membuatkan Delysha terjaga dari lenanya. Matanya digosok supaya penglihatannya lebih jelas. Setelah itu, dia cuba berdiri lalu mata memandang sekeliling bilik hotel. Ingin mencari kelibat suaminya.
Dimanakah Darren?
Lekas-lekas dia berdiri lalu menghampiri bilik air. Mana tahu suaminya berada di dalam. Keluhan dilepaskan apabila tiada siapa di dalam bilik air.
"Awak!"
Panggilan Delysha tidak bersahut. Delysha diruntun perasaan risau. Dia cuma terlelap sahaja tadi. Tak akan Darren tinggalkan dia seorang diri? Ke Darren dah pulang ke Kuala Lumpur?
Oh no! Please, jangan kata betul.
Perasaan tak enak di hatinya semakin bertambah apabila langsung tiada satu pun mesej yang diberikan oleh Darren. Di mana lelaki itu sekarang?
Mengenangkan hari semakin lewat malam, semakin risaulah gadis itu. Tak akanlah Darren tinggalkan dia di sini. Dia yang beria ajak datang sini sebab nak berbulan madu bagai. And now what?
Lelaki itu hilang. Tiada.
Ke Darren tak sayangkan dia? Hah, mulalah dia nak fikir bukan-bukan.
Jam di skrin phone dilihat. Sudah 9.00 malam? Darren ke mana malam-malam begini? Kalau ya pun nak pergi jalan-jalan malam-malam ni, tak boleh ke kejutkan aku dulu? Dia tahu kan aku takut sorang-sorang sejak peristiwa hitam aku dulu itu? Eeee! Sampai hati.
Dalam sibuk dia melayan perasaan, matanya tertacap pada sekeping kertas yang berada di atas meja solek. Dengan pantas dia berlari ingin mendapatkan kertas tersebut. Dibaca satu persatu perkataan yang tertulis oleh suaminya.
Sayang cari aku ke? Sorry tinggalkan sayang seorang diri. Aku tunggu kau dekat restoran hotel. Siap cepat please. Your dress ada dalam almari. Pakai okay? I waiting you here.
- your husband.❤️
Lekas-lekas kakinya menuju ke almari. Dibuka almari itu dan dia terpesona seketika melihat dress itu. Wah! Cantiknya dress merah ni! Labuh dan sangat simple tapi tetap cantik. Siap ada shawl sekali di sediakan.
Awhh, so sweet my husband.
Dengan pantas dia bersiap. Tidak mahu suaminya tertunggu-tunggu pula. Nasib baik juga dia tidak boleh solat, lagi banyaklah waktu untuk dia bersiap.
***
Dengan berhati-hati Delysha berjalan masuk ke dalam restoran hotel tersebut. Dress nya yang agak labuh itu menyukarkan untuk dia berjalan dengan laju. Masuk sahaja ke dalam, terus kelibat suaminya di cari. Mana Darren? Dan kenapa restoran ni tak ada orang? Mana pelanggan yang lain? Hairan.
"Excuse me, you're Mrs Darren right?"
Soalan dari seorang pelayan itu membuatkan Delysha menoleh ke arah gerangan suara itu. Mrs Darren, huh? Ahaks.
"Yes, i am. Awak ada nampak suami saya?" Terus Delysha menyoal. Manalah tahu wanita ini tahu di mana suaminya bukan? Yelah, nampak macam pekerja di sini sahaja.
"I'm here, wifey."
Dapat dia rasa lingkaran tangan pada pinggang dan deruan nafas Darren di ceruk lehernya. Tahulah dia bahawa suaminya ada di belakang. Pekerja wanita tadi hanya tersenyum sebelum dia berlalu pergi.
"Awak, kenapa tinggalkan saya tadi?"
Terus Delysha menyoal. Dia bukan apa, dia risau yang Darren tinggalkan dia. Haih, suami dia ni pun. Ingatkan merajuk ke apa tadi.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...