"Delysha?"
Delysha tersenyum lantas mengangguk kecil mendengar suara tua yang cukup dia kenal itu.
"Mak Nab!" Terus tubuh yang sudah berusia itu didakap dan dipeluk erat. Rindunya!
Walaupun baru pertama kali mereka berjumpa dulu dan hari ini merupakan kali kedua, dia tetap ingat wanita di hadapannya ini. Sudah dua tahun masa berlalu. Wanita ini masih lagi bekerja dan berbakti di rumah agam Tengku Malik. Kagum sekejap dia dengan kesetian Mak Nab sebagai pekerja.
"Ya Allah, jadi betul ya ini Delysha? Jumpa pun kamu semula. Ingatkan dah tak sudi dah datang sini. Rupanya muncul juga kamu ya? Tak sangka dapat jumpa kamu lagi."
Mak Nab berkata dengan sebak setelah pelukan dileraikan. Delysha mengangguk sedikit. Dia pun tidak menyangka bahawa dia akan muncul semula di sini, di rumah ini.
"Mana ada tak sudi lah Mak Nab. Lysha tak berkesempatan je nak datang. Ni Lysha dah datang balik, happy tak?" Mendapat anggukan dari wanita itu, ketawa kecil terhambur dari bibir Delysha. Comel sahaja Nak Nab ini!
"Hmm Mak Nab ni. Iyan yang dah dua tahun tak balik rumah ni, Mak Nab tak peduli pun. Delysha juga yang Mak Nab ingat. Mak Nab macam tak nampak je kewujudan Iyan dekat sini. Sedihlah macam ni."
Darren yang senyap dari tadi akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hati. Lebih kepada ingin bergurau sahaja dengan wanita tua yang sudah dianggap sebagai ibu sendiri.
Mak Nab mencebik. "Konon je tak balik dua tahun, habis tiap-tiap hari raya tu siapa yang balik? Kalau ada masalah atau perlukan tanda tangan papa pun Iyan akan balik ke sini juga kan? Jangan nak mengada dengan Mak Nab ya," jawab Mak Nab menjelaskan perkara yang sebenar seraya itu Darren dan Mak Nab sama-sama ketawa.
Delysha pula masih lagi terpinga-pinga. Apa Mak Nab cakap tadi? Iyan selalu pulang ke Malaysia? Kenapa hal yang satu ini dia tidak pernah tahu langsung?
Dan kenapa lelaki ini tidak pernah mencarinya selama ini? Terbit rasa geram di lubuk hatinya.
Darren perasan perubahan muka gadis itu apabila Mak Nab memberitahu hal yang sebenar. Dia hanya tersenyum kecil. Nak marahlah tu!
"Eh, tercegat apa lagi dekat luar ni? Mari masuk," pelawa Mak Nab. Baru teringat ingin menjemput mereka kerana terasa sudah lama bersembang di depan pintu.
"Mama dengan papa ada?" soal Darren hairan apabila melihat keadaan dalam rumah hanya senyap dan sunyi sahaja.
"Papa ada dalam bilik bacaan tu hah, mama kamu pula awal-awal lagi dah ke butik. Nanti baliklah tu rasanya. Tambah pula anak kesayangan dia ni dah balik. Rykal dan Mira ada je dalam bilik mereka tu, berperap je memanjang. Delysha, masuklah. Macam tak biasa pula."
Delysha tersenyum nipis. Dia macam tak biasa? Memang tak biasa pun! Desisnya.
Sebaik sahaja Mak Nab masuk ke dalam rumah, wajah Darren di padang lama. Bukan sebab hal tadi, tapi kerana dia risau. Bukan kali pertama dia menghadapi situasi begini, kali ni sudah masuk kali yang kedua.
"Kenapa pandang aku macam tu? Marahlah ni sebab aku tak bagitahu kau yang aku selalu juga balik Malaysia huh? Ala, sorry. Aku bukan balik saja-saja. Aku ada hal kalau balik sini," terang Darren tanpa dipinta. Dari pandangan wajah Delysha pun dia sudah tahu gadis itu ingin menyoalnya tentang perkara tadi.
Delysha mencebik. Ada hal pun tetap tak nak cari dia. Merajuk macam baby tualah dia ni.
"Itu satu hal, satu lagi hal... saya takutlah awak. Mama awak pun tak ada dekat rumah, jadi kita balik jelah nak?"Darren mengeluh kecil. Dah keluar dah perangai yang satu gadis ini. Suka buruk sangka! Paranoid saja memanjang.
"Mama, papa, keluarga aku akan okaylah. Berapa kali nak pesan, jangan risau. Kalau diorang tanya apa-apa, jawab je macam biasa. Lagi pun aku ada selalu dengan kau. Kita kan dah janji nak tempuhi segalanya sama-sama. Jangan risau tau? Dah jom, masuk."
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...