part 26

3.6K 197 2
                                    

Suara seseorang yang terbatuk-batuk itu membuatkan Delysha terjaga dari lenanya.  Matanya ditenyeh-tenyeh dengan tangan agar penglihatannya menjadi lebih jelas. Delysha menguap kecil sambil menggaru pipi.

Cahaya yang terang membuatkan matanya sukar untuk melihat keadaan sekeliling. Dia tertidur sambil duduk di tepi katil itu terasa lenguh belakang seketika. Segera kedudukannya di atas kerusi dibetulkan. Lenguh nanti susah nak berjalan pula.

"Delysha dah bangun?"

Terjeda.

Pantas Delysha melihat ke arah suara itu. Dia tersengih apabila wanita yang menjadi mangsa ragut tadi merenungnya tidur.

Alamak!

Buat malu sahaja. Delysha tayang wajah tidak bersalah.

"Aunty dah sedar?"  soalnya masih mamai.

"Dalam setengah jam tadi. Kenapa Delysha tunggu sini? Tak nak balik?" soal Tengku Dina. Lembut sahaja suaranya. Tak macam orang baru lepas kena ragut.

"Alhamdulilah, aunty dah sedar. Saya cemas sangat sebab itu saya ikut Pak Din ke sini. Aunty tak apa-apa kan? Hah, luka dekat siku tu macam mana? Dah letak ubat?" soal Delysha risau.

Tengku Dina tersenyum. "Aunty okay la. Luka ni dah letak ubat dah rasanya. Entahlah. Tapi dah tak banyak darah mengalir. Dah okaylah tu," terang wanita itu.

"Boleh saya tengok luka aunty?" pinta Delysha sopan.Tak manis pula main tengok macam itu sahaja tanpa meminta izin tuan badan sendiri.

Tengku Dina mengangguk. Delysha senyum kecil lalu siku Tengku Dina dilihat. Betul lah darah tidak lagi mengalir seperti tadi. Lukanya juga telah berbalut dengan bandage. Ini mesti doktor yang merawat tadi. Delysha menghembus nafas lega.

"Alhamdulilah. Nasib tak serius sangat luka aunty. Risau juga teruk ke apa nanti." Sekali lagi Delysha berasa lega.

Saat itu dia terpandang wajah Tengku Dina. Agak tergamam juga dia apabila Tengku Dina memandangnya sambil tersenyum.

Ermm, adakah dia terlebih over tadi?

"Err, aunty nak makan apa-apa? Nak minum ke? Boleh Delysha pergi beli sekejap," pelawa Delysha terus apabila sedari tadi Tengku Dina merenungnya. Malu pula dia jadinya.

"It's okay, Delysha. Aunty tak rasa haus pun. Tadi Pak Din dah tolong aunty belikan air mineral," balas Tengku Dina sambil tersenyum.

Delysha mengangguk faham. Nampak sangat dia dah terlajak tidur di sini. Cadangnya dia hanya ingin menemani Tengku Dina sahaja sampai wanita itu sedar, namun tidak sangka dia pula yang tertidur. Penat sangat rasanya. Yelah, dia cari kerja pun berjam-jam. Mana tak letih?

"Err aunty, doktor ada cakap apa-apa ke tadi? Kenapa aunty pengsan pula tadi? Erm, sorry la kalau Delysha tanya ni."  Serba salah pula Delysha dibuatnya.

Yelah, dia pun sikit-sikit nak menyibuk. Busy body betul dalam hal orang.

"Doktor cakap tekanan darah aunty tinggi. Aunty pengsan pun sebab tak boleh tengok darah. Fobia dengan darah sahaja. Sebab itu pengsan tadi bila tengok siku aunty berdarah," terang  Tengku Dina. Delysha mengangguk faham. Oh, fobia tengok darah rupanya.

"Err, actually nama aun... Tengku apa ya?" Delysha tersengih janggal.

'Haih, kau pun satu Delysha. Sekarang ni baru kau nak tanya? Heh'.  Desis Delysha.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now