Delysha bersandar lemah di sofa empuk itu.
Penatnya!Sakit badan masih terasa.Hari kedua dia mencari kerja tetapi hampa. Masih tiada rezeki untuknya di luar sana itu.
Delysha mengeluh kecil.
Mungkin rezeki dia bukan di negeri Terengganu ini? Perasaan menyesal segera diusir jauh-jauh.
Dia menghembus nafas.
' Tak baik Delysha kau cakap macam tu. Mungkin rezeki kau datang lambat. Kau dapat kenal, jumpa dan bekerja dengan Kak Wardah itu bukan namanya rezeki juga ke? Tak baik mengeluh. Cuba lagi lepas ni. Jangan mengalah. Sabar itu penting!' Desis hati Delysha.
"Kak Sha!"
Delysha terkejut mendengar jeritan nyaring Raisya itu. Beria gadis kecil itu berlari ingin mendapatkannya. Tubuh Raisya segera dipeluk erat apabila Raisya menghampirinya.
Dan seperti biasa, pipi tembam Raisya pasti digomol-gomol. Pipi kiri dan kanan pula dicium dengan bertalu-talu. Siapa suruh tembam sangat? Dahlah comel!
Kan dah mendapat.
"Isya okay? Sihat tak hari ini? Rindunya dekat budak bambam ni. Meh, sini kiss pipi kak Sha! Tak rindu Kak Sha ke? Hmm?" Delysha sengaja mengembungkan isi pipinya.
Raisya sengih-sengih. "Tak nak kiss akak! Akak busuk tak mandi! Hehehehe." Petah sahaja Raisya berbicara.
Delysha mencebik bibir. Dia busuk?
"Hey! Budak bambam ni kan! Dah pandai eh cakap Kak Sha busuk ya sekarang? Nak kena dia ni! Nak Kak Sha gigit pipi pau awak tu ke?"
Belum sempat Raisya melarikan dirinya, Delysha lebih pantas menangkap tubuh kenit itu dan digeletek sepuas hatinya.
Raisya apa lagi? Mengekek dia ketawa akibat kegelian. Raisya suka mengusik. Puas hatinya dapat kenakan budak kecil itu.
"Ibu!" jerit Raisya bagaikan mahu menangis.
Delysha tersentak. Oh, pandai ya budak ini sekarang? Dia tersenyum kecil.
"Ya Allah, kenapa Isya bising ni? Sampai ke atas boleh dengar tahu tak? Ada apa sayang?"
Lembut sahaja Kak Wardah bertanya. Berkerut dahinya apabila Raisya anaknya seperti ingin menitiskan air mata. Ini tak lain tak bukan mesti Delysha mengusik si kenit itu.
Bibirnya mengukir senyuman.
"Ibu, akak Sha uwat," adu Raisya tersebek-sebek. Segera dia berlari dan memeluk kaki Kak Wardah. Delysha tersengih tidak bersalah.
Mengada betul budak tu! Mananya dia tak geram.
"Kenapa ni, Sha? Sampai ke atas boleh dengar suara Isya ni. Delysha buat apa ni?" soal Kak Wardah lembut. Dia bukannya marah tetapi hairan dan pelik dengan situasi sekarang.
"Isya nakal akak. Dia cakap Lysha busuk. Itu yang Lysha geletek dia puas-puas tadi. Hehehe." Delysha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu pula buat anak orang macam itu. Selamba betul dia!
Kak Wardah menggeleng kecil.
"Raisya sayang, kenapa cakap dengan Kak Sha macam tu? Pergi minta maaf cepat," pujuk Kak Wardah pada anaknya yang masih memeluk kakinya itu. Kaki jelah yang mampu dipeluk. Biasalah, pendek kan?
"Tak nak! Kak Sha jahat. Tak nak kawan dengan Kak Sha." Raisya mencebik-cebik.
Delysha tersenyum nipis.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...