♡ special chapter 3 ♡

3.3K 124 10
                                    

Flashback.

"Okay hubby, take care. I love you." Delysha tersenyum manis. Terserlah giginya yang tersusun cantik.

"I love you more, take care too sayang. Sorry tau sebab hubby dah tak boleh call sayang selalu dah lepas ni. I'm so busy with a new project. Kalau sayang rindukan twins, call je Mak Nab atau mama okay? Love you sayang."

Entah kenapa dia berasa sedih mendengar ucapan Darren itu. Darren dah tak akan call dia macam selalu? Hatinya tiba-tiba rasa berdebar semacam. Delysha mengetap bibir.

"Okay hubby. Sayang faham. Jangan buat kerja je sampai tak ingat nak makan. Sayang warning dah ni tau. Jangan sampai jatuh sakit. Sayang risaukan hubby dekat sini." 

Terdengar tawa Darren di hujung talian. Ketawa Darren itu, membuatkan Delysha melepaskan keluhan perlahan. Dia terpaksalah dia faham. Darren banyak kerja kan? Dia nak buat macam mana lagi. Sebagai isteri yang baik, dia haruslah terima segala keputusan suaminya dan memahami lelaki itu.

End flashback.

Okay, memang dulu aku boleh terima disebabkan dia terlampau busy dengan kerja, tapi apabila aku call dia, langsung dia tak jawab. Ini memang dah melampau. Kenapa sampai dua hari tak call aku langsung? Aku call dia, dia tidak jawab pula. Apa masalah Darren ni?

Dia tahu kan isteri dia dekat sini, bukan dekat sana tu. Langsung tak fikir tentang aku ke hmm.

Ke dia tak ingat yang dia dah kahwin? Haih, sabar sahajalah. Faham tak perasaan isteri berjauhan dengan suami ni macam mana? Ingat senang ke percintaan jarak jauh? Aku rindukan Darren. Sangat-sangat rindu.

Tak, perasaan rindu ini bukanlah rindu biasa. Rindu yang luar biasa. Rasa macam dah lama tak jumpa, dan dengar suara. Sudahlah kami berjauhan. Okay sabar Delysha, sabar.

Walaupun Darren kerja, dia tetap tak pernah lupakan kau, Delysha. Jangan nak menggelabah tak tentu pasal. Mungkin petang-petang nanti dia call aku kan? Darren tak pernah tak call aku langsung dalam sehari! Mesej pun cukuplah.

Dia busy macam mana sekali pun mesti dia akan chat aku and say something. Tapi kali ni, Darren diam saja. Telefon pun tidak, apatah lagi mesej aku.

Nasib aku dapat bercakap dengan twins melalui mama. Aku tanya mama pun, mama cakap Darren sibuk. Walaupun aku agak hairan dengan sikap mama yang seperti cuba sorokkan sesuatu apabila aku bertanyakan tentang Darren, anaknya.

Nasib mama jawab call aku. Kalau si kembar pun tak nak bercakap dengan aku, sudah tentu aku akan buat keputusan untuk terbang ke Malaysia sekarang juga! Peduli apa aku dengan pelajaran aku yang masih tertangguh dekat sini lagi. Suami dan anak-anak aku lagi penting dari segala-galanya!

Tapi Darren tak pernah buat perangai macam ni! Itu yang buatkan hati aku tak tenteram. Tak apa, aku bawa banyak bersabar. Think positive. Mungkin Darren betul-betul busy? Dia memang betul-betul banyak kerja? Fine, relaks Delysha. Aku percayakan Darren. Gelabah betul aku ni. Ingat Allah, InsyaAllah semua okay. 

Eh, sekejap mana Lia dengan Erra?

Oh my Gosh! Macam mana aku boleh termenung dekat sini sedangkan kawan-kawan aku dah tunggu aku dekat cafe dari tadi? Haih, kau ni kan Delysha. Sibuk sangat dengan telefon. Aku tunggu call dari Darren sebenarnya dari tadi. Dahlah, jangan fikir sangat. Buat macam biasa saja. Everything will be fine! Trust yourself and trust your husband. Aku angguk perlahan kerana mula yakin dengan diri sendiri dan suami aku semula. Aku cuba untuk tenang sebelum aku mengemas barang dan berangkat pergi.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now