Hidungku kembang kempis menahan geram. Tangan digenggam kuat menahan rasa di dalam hati yang semakin membengkak.
"Eeee Darren jahat! Darren kejam! Darren monyet! Darren buaya! Dasar mamat... Arghh, segala binatang dalam zoo lah! Geramnya aku!" Aku menjerit tidak puas hati. Peduli apa aku orang sekeliling memandang aku ketika ini.
Dasar buaya...
Eh?
Kenapa aku cakap dia binatang pula ni? Astagfirullah, MasyaAllah. Jahatnya mulut aku ini. Segera mulutku ditampar perlahan.
Haih, geram tahu tak! Aku dah nampak dah dia tadi tapi macam mana dia boleh hilang pulak? Cepat betul! Hilang macam itu sahaja.
Ke dia ada ilmu ghaib? Hah! Tak pun ilmu hitam ke? Hish, nauzubillah! Tak baik fitnah orang. Ke dia dah nampak aku tadi? Sebab itu dia larikan diri?
Dia blah sebab tak nak jumpa aku? Nak mengelak dari aku? Macam tu? Eeei jahatnya! Beranilah dia buat aku macam itu. Aku datang sini pun disebabkan dia tau. Kalau dia buat macam tu, aku mandulkan dia baru tahu!
"Sampai hati! Sampai hati! Dia jahat! Sampai hati! Sampai hati... argh!"
Aku merintih kesakitan. Ya Allah, siapa pula yang langgar aku ni? Badan macam batu! Keras! Sakit bahu aku tahu tak?
Eee dia ni memang nak kena!
"Excuse me, what do you want? Are u blind? You know that you just..."
Apa benda mat salleh ni bising-bising? Badan aku yang sakit, dia pula yang cakap aku buta. Tidak menunggu lama, aku angkat kepala merenung lelaki itu yang tiba-tiba terdiam.
"Awak?"
Aku terkesima. Ya Allah, betul ke apa yang aku nampak di depan mata aku ini?
Cepat-cepat aku menggosok mata. Berkali-kali aku melakukan perkara yang sama. Manalah tahu aku tersalah orang atau aku yang terlampau fikirkan Darren sampaikan orang yang langgar aku pun aku anggap dia.
Eh tapi betul lah dia lelaki yang langgar aku!
Betul lah Darren gerangannya. Aku tak salah orang. Aku tak salah tengok, dan mata aku tak salah!
Dia... ada depan mata aku!
Aku pandang Darren dengan terpegun. Darren juga memandangku. Dan yeah, kami sama-sama terkejut macam nampak beruk di tengah bandar Amsterdam!
"Awak kenapa..."
Aku tak sanggup untuk teruskan ayat. Betul ke ini Darren yang aku kenal? Ya Allah, lainnya muka dia. Bertambah handsome rawr! Gatal!
"Kau... err sorry miss. I have to go now! Sorry again," pamit Darren tanpa nada dan nampak gugup. Dia terus melangkah meninggalkan aku setelah menyatakan perkara tersebut. Dan wanita di samping Darren itu juga mengikut langkahnya dengan tanda tanya.
Aku masih lagi terkebil-kebil di tempat itu. Tak faham dengan situasi sekarang. Miss dia panggil aku? Dia tak kenal aku ke?
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...