Delysha memeluk lengan suaminya ketika dia ingin menuruni anak tangga satu persatu dengan berhati-hati. Perutnya yang semakin besar sememangnya menyukarkan untuk dia berjalan dengan lebih laju. Haih, nak turun tangga pun mesti tunggu Darren ada dengannya, dan barulah dia boleh pergi ke bawah. Susah betul kalau macam ni.
Nampak macam Darren terlampau overprotective kan? Yelah, dia tahu Darren buat semua tu pun sebab Darren sayangkan dia. Sangat-sangat sayang.
Dia nak marah atau membantah pun tak sampai hati. Sebab ini semua untuk kebaikan dirinya juga. Lagi pun memang agak susah untuk dia naik turun tangga seorang diri. Disebabkan itulah mereka terpaksa menetap di bilik bawah sebentar sementara tunggu dia bersalin. Kata Darren, senang dia nanti nak ke sana ke mari. Tengku Sheila pun setuju dan tidak mahu dia lasak sangat jikalau bilik mereka masih di tingkat atas.
Siapa saja yang tak risau keselamatan isteri bila dah sarat mengandung macam ni? Eh, sarat ke? Baru nak masuk tujuh bulan. Tapi perutnya kembang bukan main. Besar macam belon. Delysha rasa yang dia akan dapat anak kembar.
Yelah, perut bukan main besar lagi. Tapi boleh jadi juga besar kerana dia terlampau banyak makan. Kalau dapat kembar pun okay juga sebenarnya. Dia dan Darren tidak kisah, asalkan anaknya baik-baik sahaja. Harap semuanya dipermudahkan Allah SWT.
"Hubby, kita nak ke mana hari ni?" soal Delysha sebaik sahaja mereka sudah selamat masuk ke dalam kereta Audi 8 milik Darren.
Darren menutup pintu kereta lalu memakai tali pinggang keselamatan. Dah ready nak memandulah kononnya. Sempat dia memandang Delysha sekilas sebelum fokusnya kembali pada jalan raya di hadapan.
"Surprise! Mana boleh bagitahu sayang. It's a secret baby." Darren mengukir senyuman sinis.
Delysha rasa nak hempuk sahaja kepala Darren dekat dashboard ni tahu tak? Dari dia bersiap tadi dia dah tanya banyak kali nak ke mana, nak ke mana, tapi jawapan Darren masih lagi sama. Surprise apa benda entah. Rahsia kononnya! Eee, sabar sahajalah.
"Hubby, beritahu jelah! Tu pun susah ke?" Delysha mendengus geram. Ke manalah Darren nak bawak dia dan anak mereka ini.
Darren menggeleng lagi. Eee, degil! Elok lah tu, sama-sama degil.
"Kenapa? Sayang tak percayakan hubby ke?" Soalan itu menyentak dirinya. Dia... tak percayakan Darren, suami sendiri? Hey, merepek!
"Saya sentiasa percayakan awak. Tapi, saya cuma nak tahu je kita nak pergi mana. Susah ke awak nak jawab soalan saya?" Kini Delysha menyoal dengan lembut. Tiada lagi kasar dan tegas seperti tadi. Dia sebenarnya tak suka menunggu dan Darren suka sangat buat dia tertanya-tanya. Itu yang meluat kadang!
"Kalau sayang percayakan hubby, sayang sabar sekejap tau. Okay?" Delysha mengangguk dalam masa yang sama dia tidak berpuas hati. Mengalah sahajalah! Selagi dia tanya, selagi itulah Darren berdegil tak nak jawab. Baik Delysha diam sahaja. Darren pun diam kerana fokus memandu.
****
Setelah agak lama dalam perjalanan, akhirnya mereka sampai juga ke destinasi yang di tuju. Delysha memandang sekeliling. Dahi sudah berkerut-kerut. Rumah siapa pula ni? Wah, cantik betul rumah ni!
"Rumah siapa ni awak?"
Soalan Delysha membuatkan Darren berpaling ke arahnya sebelum membuka tali pinggang.
"Secret sayang."
Serentak itu Darren menghadiahkan wink kepada Delysha sebelum berlalu keluar. Mata Delysha membulat. Lambat-lambat dia mengukir senyuman kecil.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...