"Tengku Iyan Shah Darren!"
Panggilan itu bergema di setiap pelosok rumah agam milik Tengku Malik. Tengku Sheila bercekak pinggang sambil merenung wajah anaknya dengan garang. Dengan malas Darren melangkah ke arah mamanya.
"Yes, anything ma?"
"Kamu nak pergi mana Iyan?" Soalan dibalas dengan soalan. Darren mengangkat kening sedikit.
"Iyan nak kerjalah mama. Tak nampak ke Iyan dah pakai baju uniform pilot ni?" Agak sinis pertanyaan itu. Bukan niat nak biadab, tapi dia masih bengang kerana mamanya memaksa dia keluar dengan Arissa. Kini Tengku Sheila pula mengangkat keningnya.
"I know sayang. Tapi awal lagi. You kata you kerja pukul dua belas nanti. Flight pukul 12.30 right? Now, baru pukul 10 sayang. Where are you going now?" Lembut sahaja bicara Tengku Sheila kepada anaknya. Dia perlu tahu. Macamlah dia tak tahu masa kerja anaknya pukul berapa.
Darren tersengih kecil. Kantoi pula dia nak keluar awal sebab nak jumpa Delysha. Dia nak terangkan semuanya pada gadis itu tentang hal kelmarin. Dia tak nak Delysha terus salah faham. Dan dia nak tahu sesuatu dari Delysha. Dia perlukan jawapan untuk segala persoalan yang bermain di minda.
"Iyan kena gerak awal la mama. I have important thing to do. Iyan dah lambat ni ma. Iyan pergi dulu. Dalam tiga hari nanti Iyan balik. Bye, mama assalamualaikum."
Malas menunggu mamanya membebel lebih panjang, lebih baik dia gerak dengan segera. Tangan ibunya itu disalam hormat terlebih dahulu lalu dia menarik luggage kecil khas untuk pembawa kapal terbang ke arah kereta Audi miliknya.
"Nanti balik terus. Jangan nak merayau ke mana-mana pulak," pesan Tengku Shiela sebelum Darren masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan.
Rumah sewa Delysha menjadi tujuan. Harap-harap gadis itu masih ada di rumah sekarang.
Sampai sahaja di hadapan rumah Delysha, dia terus menekan hon beberapa kali lalu keluar dari perut kereta. Dan secara tidak langsung pintu pagar terbuka. Dia menunggu di tepi keretanya dengan penuh kesabaran.
Zara terperanjat. Wah, siapa mamat kacak ni? Cop, cop, cop! Dia ni ke yang Delysha cerita kemarin? Muka Zara berubah teruja.
"Ya, encik cari siapa?" soal Zara ramah kepada Darren. Segak bergaya betul. Ini kalau Delysha tak nak, sudah lama dia kebas dulu. Hehe, kacak mak. Rugi kalau melepas!
"Delysha ada?"
Zara mengangguk. Oh, dia dah agak cari Delysha punya. Amboi, straight forward betul orangnya.
"Ohh, cari Delysha ke? Kejap ya, saya pergi panggil dia." Zara berura-ura mahu menjerit, tetapi Delysha terlebih dahulu sudah keluar rumah. Muncul wajah Delysha yang masam sahaja.
"Siapa yang datang Zara?"
Delysha terpaku memandang lelaki yang sedang bersandar di keretanya sambil mata tidak beralih dari merenungnya. Dia terdiam tidak berkutik.
Darren!
Dia mahu apa lagi?
"Ni hah mamat ni cari kau. Untunglah pagi-pagi lagi mamat hensem dah cari. Bukan macam aku ni. Huhuhu, single forever. Ku bersedih~ kau gembira~ aku yang sendu~ kawanku telah bahagia!" Sempat Zara menyanyi lagu yang dicipta olehnya sendiri dengan sengaja membuat mimik muka sedih. Delysha menepuk dahi.
Zara dah mula dah! Suka buat malu betul! Dahlah depan Darren pulak tu, aduh minah ni.
"Shut up, Zara. Jangan nak merepek," tegas Delysha sambil merenung Zara bak helang. Zara tergelak kecil sebelum dia masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...