Delysha hanya memandang pemandangan di luar sahaja dari tadi. Jalan agak sesak juga petang-petang begini. Ramai orang berpusu-pusu pulang dari tempat kerja gamaknya petang-petang begini.
Dia mengeluh kecil. Lama lagi ke nak sampai? Tangannya sudah berpeluh akibat tidak biasa dan tidak selesa berdua-duaan bersama lelaki ini. Itu pun nasib jalan sesak dan ramai orang. Kalau jalan raya pun lengang? Mahunya Delysha keluar terus dari kereta lelaki ini. Bukan apa, mamat ni bukannya boleh percaya sangat. Seram dan menakutkan!
"Lama lagi ke nak sampai?"
Dari masuk kereta sehinggalah sekarang, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Delysha. Sekarang barulah dia bersuara. Dia tiada mood. Nasib juga lelaki ini turut sama mendiamkan diri. Selalunya Faiq ada sahaja kata-kata yang bakal menyakitkan hati dia. Walaupun baru sahaja mereka berjumpa sekali, tetapi Delysha bagaikan sudah masak dan sangat kenal dengan perangai lelaki itu. Sakitkan hati orang sahaja!
"Aku ingatkan kau betul-betul ada masalah mulut sebab kau akan bercakap bila ada perkara penting je yang kau mahukan. Tapi rupanya kau normal," ujar Faiq selamba. Matanya memandang sedikit wajah gadis itu sebelum Faiq kembali menumpukan perhatiannya semula pada pemanduan.
Delysha mendengus geram. Masalah mulut? Hampeh betul dia ni.
"Saya okay. Saya tak ada sakit apa-apa," balas Delysha sebal. Faiq tersenyum senget.
"Ada aku tanya kau okay ke tidak?"
Sinis sahaja bunyinya. Delysha hanya mampu mendiamkan diri. Lagi dilayan, lagi sakit hatinya. Dia fikir mamat ni dah insaf dari terus nak sakitkan hati dia. Tapi rupanya tidak. Sama sahaja perangai tu. Haish!
Suasana kembali senyap seperti tadi. Masing-masing buat hal sendiri. Tiada sebarang suara di dalam kereta sehinggalah mereka selamat sampai di sebuah restoran yang agak asing bagi Delysha. Restoran ini sangat mewah.
"Kita buat apa dekat sini?" soal Delysha hairan.
Faiq parking betul-betul keretanya berhampiran restoran tersebut. Dia memandang wajah Delysha yang sedari tadi asyik terpinga-pinga sahaja.
"Dah sampai... jom keluar. Ummi aku dah tunggu tu," balas Faiq singkat. Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta, Delysha terus menyoal lagi.
"Kalau ummi awak tanya kenapa kita naik sekali macam mana?" soal Delysha cemas. Dia baru teringat akan hal ini. Apa yang dia nak jawab pula nanti kalau wanita itu tanya soal ini sedangkan Tengku Dina tahu hubungan mereka tidak baik.
Faiq tersenyum sinis. Keningnya terangkat.
"Kenapa? Takut? Takut ummi aku marah?"Delysha diam.
Dia bukan takut, tapi erm entahlah. Lebih kepada risau nak menjawab soalan-soalan cepu emas Tengku Dina itu nanti sahaja.
"Ummi aku yang suruh ambil kau tadi. Kau ingat aku ambik kau ni sebab aku hadap sangat ke dengan kau? Sorry to say but aku banyak lagi kerja lain yang aku boleh buat dari ambil kau. Dahlah jauh pula tu. Hish... turun cepat."
Sebaik sahaja Faiq mengungkapkan sebegitu, terus Faiq keluar tanpa berpaling lagi. Malas dia tunggu perempuan itu. Terhegeh-hegeh dari tadi!
Delysha sudah menggenggam buku lima. Panas sahaja hatinya sekarang ini.
"Ingat aku hadap sangat ke hah nak naik kereta dengan kau? Tak inginlah! Kau tu yang sibuk ambik aku. Siap nak dukung aku bagai la kalau aku tak ikut kau. Heh, dia salahkan aku pula sekarang ni? Gila ke apa mamat ni? Annoying!" desis hati Delysha.
Delysha berjalan perlahan-lahan sambil matanya melilau mencari susuk tubuh seseorang. Dan matanya tertumpu pada sebuah meja kayu. Baru sahaja dia ingin senyum, terus senyumannya kembali pudar apabila melihat susuk tubuh lelaki itu turut sama ada di situ. Menyakitkan hati betul!
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...