part 44

3.8K 187 5
                                    

"What? She at hospital now?"

Darren tersandar lemah di kerusi. Pelipis diurut perlahan. Delysha masuk hospital? Kenapa dia baru tahu? Semakin bersalah rasanya dia saat ini. Dan dia juga risaukan gadis itu. Entah kenapa hatinya sakit mendengar berita tentang gadis kesayangannya itu.

"Yes, yesterday. I'm so sorry because I telling you late. I'm sorry again." Semakin berasap telinga lelaki itu. Dia mengetap bibir menahan geram. Tangan membentuk buku lima menahan rasa. Wah, senang-senang minta maaf macam itu sahaja? Dia suruh pantau gerak geri Delysha, jaga gadis itu dari jauh, itu pun susah nak buat ke? Apa-apa sahaja yang berkaitan Delysha, perlu beritahu dia segera. Dia berhak tahu!

"You know what?You are fired!" 

Selepas menyatakan hasratnya itu, terus lelaki itu mematikan talian. Tak boleh pakai langsung! 

Semalam masuk hospital, tengahari ini baru pekerja yang diupahnya itu beritahu berita penting ini? Memang marahlah dia. Apa gunanya dia bayar mahal-mahal tapi tak boleh buat kerja dengan bagus? Memang layak pun dipecat olehnya! Tak membantu langsung! Kalau apa-apa yang terjadi pada gadis itu, dia memang tak akan dapat maafkan dirinya dan pekerja upahan itu memang habis di tangan dia!

Darren mendengus geram. Hatinya sakit mengenangkan Delysha yang berada di hospital. Baru semalam dia lihat gadis itu, dan hari ini berita begini pulak yang dia dapat

Persoalannya... kenapa Delysha masuk hospital? Ah, ini sudah pasti kerana dia.

Darren harus ke sana segera. Dia menekan butang interkom, ingin bercakap dengan pembantu peribadinya.

"Melly, I have to go. Cancel all my appointment today because i have important things to do." Darren berkata sarkastik. Dia sudah nekad untuk membatalkan segala temu janji bersama klien hari ini.

"But boss, one of our client is already waiting..."

"Don't you hear me, Melly? Just do what i said!" Panggilan itu dimatikan sahaja. Dia tidak kisah apa-apa sekarang ini kerana Delysha lagi penting. Hatinya tidak tenang dari tadi lagi.

Dengan pantas Darren berdiri dan menapak keluar. Tempat parking di tuju dengan laju.

***

Pam!

"Hey! Kau kenapa? Rosaklah pintu tu nanti," tegur aku sebaik sahaja melihat Zara menghempas pintu masuk bilik wad aku. Mukanya masam sahaja.

"Biar rosak. Kau tu! Eeeei, aku geram betul lah. Kenapa kau masuk hospital hah? Aku dah cakap dah jangan nak gatal sangat keluar sorang! Yang tak sabar sangat nak jalan-jalan tu dah kenapa? Tahu tak aku risau? Nasib pihak hospital ada call aku cakap ada orang jumpa kau pengsan tepi jalan!"

Aku gigit bibir. Erm... dia mula dah. Habislah aku kena tadah telinga mendengar bebelan Zara itu.

"Lain kali nak buat sesuatu tu, fikir dulu boleh tak? Kau suka kan buat orang risau?" Zara membebel dengan marah. Geram dengan sikap degil aku. Keras kepala betul. Betapa lajunya jantung dia tapi bila dia dapat tahu aku boleh pengsan tepi jalan.

Aku mencebik bibir. Dia marah aku pula... keluar dah perangai baran Zara ni. Period ke apa?

Eh, memang pun! Habis tu yang semalam sakit perut senggugut semua itu? Period la jawabnya.  Patutlah garang semacam.

"Alaa, kau ni. Macamlah tak kenal aku ni macam mana. Selagi aku sihat, selagi tu la aku tak perlukan bantuan sesiapa. Walaupun aku... err, sesat semalam. Hehehe janganlah marah." Simbol peace ditunjuk. Gigi disusun rapat. Sengaja aku buat muka comel di hadapannya.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now