Sebulan kemudian.
Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sejati yang tulus dan suci menjamin kebahagiaan buat mereka berdua. Delysha sudah pun menjadi isteri sekarang. Dua bulan lebih mereka berkahwin dan hidup sekali bersama Darren suaminya, membuatkan dia rasa sungguh bahagia.
Hari-hari dia akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan selalu melayan Darren dengan baik. Makan, pakaian semua usah dirisaukan. Semuanya sudah menjadi tugasnya sebagai seorang isteri yang harus melaksanakan semua tanggungjawab itu.
Hidup bersama lelaki yang bergelar suami, banyak mengajar dia dan Darren dalam pelbagai aspek. Setiap hari, pasti Darren akan menjadi imam solat mereka bersama. Kecuali zohor dan asar sahaja yang tidak dapat berjemaah bersama kerana Darren masih belum pulang dari tempat kerja. Sibuk macam mana sekali pun mereka, mereka tidak akan pernah tinggal rutin harian tersebut. Kerana solat jemaah merupakan salah satu kunci kebahagiaan dalam rumah tangga sebuah hubungan.
Delysha tersenyum memandang wajah sang suami. Pagi-pagi macam ni elok pandang wajah suami, dapat pahala free. Hehehe dahlah suaminya itu semakin hari semakin kacak. Tetapi wajah suaminya kali ini sedikit pucat.
Mungkin kerana lelaki itu asyik ulang-alik ke tandas memuntahkan sesuatu sahaja sehingga membuatkan dia rasa kasihan pada suaminya. Pagi ini pun Darren gagahkan juga diri untuk masuk pejabat. Sudah dua hari lelaki itu cuti, tidak masuk kerja kerana tidak berasa sihat. Dia pun sama, tidak sihat juga. Tetapi dia tidaklah sering muntah-muntah seperti Darren.
"Kenapa sayang?"
Delysha menggeleng perlahan. Dibetulkan tali leher suaminya terlebih dahulu sebelum tangan dihulurkan untuk bersalaman. Huluran tangan Delysha disambut baik oleh Darren. Dan suaminya itu akan mengucup dahinya buat seketika sebelum pergi ke tempat kerja. Rutin harian mereka setiap kali lelaki itu ingin ke pejabat.
Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati pula hari ini. Dia risaukan Darren. Selalunya dia tidak pernah rasa begini, tetapi hari ini... entahlah. Perasaan yang aneh menyelubungi diri.
Kenapa dia rasakan sesuatu hari ini? Dia rasa berat hati mahu lepaskan Darren pergi. Mungkin kerana dia risau lelaki itu. Yelah, Darren belum sihat sepenuhnya lagi. Tetapi alhamdulilah dia semakin okay dari sebelum ini.
"Hubby, boleh tak kalau awak tak pergi kerja hari ni? Erm, hubby teman saya pergi klinik boleh? Saya rasa macam tak sedap hatilah. Hubby tak payah pergi boleh?"
Delysha menahan lengan suaminya yang sudah mara ke pintu utama. Darren memandang wajah sang isteri yang sudah bertukar risau semacam. Dia tersenyum kecil. Kepala isterinya diusap lembut.
"Sayang, kenapa ni? Tadi cakap nak pergi klinik sebab tak berapa sihat kan? Kata nak pergi dengan Faiq, kenapa ajak hubby pula ni? Kenapa sayang tak sedap hati? Selalunya okay je biarkan hubby pergi kerja."
Delysha mengeluh. Haih, dia pun susah nak terangkan. Nampak macam Darren bersungguh-sungguh tak nak ikut permintaannya buat kali ini.
"Err, kan hubby selalu mengadu sakit kepala, muntah-muntah teruk semua sejak beberapa hari ni. Jadi jomlah kita ke klinik sekali. Mana tahu ada penyakit serius ke apa kan? Hubby tak payahlah pergi kerja okay? Please, teman saya?" Delysha sudah mula mendesak. Dia memang betul-betul terpaksa halang Darren dari pergi.
Sejak akhir-akhir ni Darren selalu mengadu pening kepala. Tiap-tiap malam mesti suaminya akan memuntahkan segala isi perut yang dimakan pada waktu siang. Ajak makan pun selalu saja tiada selera. Dia pula yang risau. Tapi biasalah Darren, dia akan selalu cakap yang dia baik-baik sahaja. Okay dan terus okay, tak perlu risaukan dirinya. Okay apanya kalau selalu sangat muntah-muntah? Padahal muntah air sahaja selalunya. Risau pula dia.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...