part 37

3.4K 183 12
                                    

"Kau okay ke?"

Faiq menyoal dengan risau. Wajah lelaki itu begitu ketara bahawa dia sedang risaukan aku. 

Dahiku sedikit berkerut mendengar soalannya itu. Kenapa aku tak okay pula kan?

"Saya okay je. Kenapa awak tanya?"

"Okay apa kalau muka kau masam macam ni. Tadi kau beria-ria nak pergi jalan-jalan. Aku dah bawa, kau buat muka macam ni pula," rugut Faiq. Dia memandang wajah aku yang sedikit berubah.

Langsung tiada senyuman dibibir gadis itu  seperti selalu. Tak lain tak bukan, pasti Delysha ada masalah yang dia sembunyikan. Faiq mendengus perlahan.

"Ala, saya okaylah. Seronoklah jalan-jalan macam ni. Kita nak pergi mana sebenarnya?" soalku cuba menceriakan suasana.

Ini semua sebab Darren. Kalau bukan sebab dia muncul dalam fikiran aku, tak adanya aku jadi macam ini. Tak kuasa betul nak ingat dekat dia. Tapi fikiran aku asyik teringatkan Darren.  Perjumpaan kami semalam membuatkan aku menjadi tidak tenang. Apa maksud disebalik kata-kata Darren semalam?

Ah, aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam ini. Kenapa ya? Asyik fikirkan kejadian semalam saja. 

Tolonglah Delysha, lupakan dia!

"Aku nak bawa kau jalan-jalan. Kita pergi Jambatan Pulau Pinang nak tak?" soal Faiq agak teruja. Dia pula yang terlebih teruja ini.

Aku berfikir sejenak. Jambatan Pulau Pinang? Ada apa saja dekat situ? Tapi macam menarik!

"Okay je. Macam best juga. Tapi kita boleh buat apa je dekat situ nanti?" soalku ingin tahu. Almaklumlah tak pernah pergi seumur hidup.

"Soalan apa kau ni? Kita tengok lautlah. Cantik. Lagi pun kita boleh naik atas. Nak tak? Jomlah. Lepas tu kita pergi mana yang kau nak pergi pula."

Aku mengangguk setuju. Aku nak pergi mana ya nanti? Aku nak pergi...

"Hah! Saya nak pergi Bukit Bendera. Kita pergi tempat love lock nak tak? Macam best je!"

Aku menjerit sedikit teruja. Hilang terus masalah yang membelenggu diri aku tadi. Hilang sudah bayangan Darren dalam fikiran aku. Yang ada dalam kepala otak aku sekarang hanyalah  jalan-jalan sahaja.

Yeay! Seronoknya!

Faiq menjeling aku sekilas.

"Halah, kau pergi sana pun sebab nak selfie je kan?" sangkal Faiq sambil merenung aku tajam. Aku tersenyum-senyum.

Hehehe, macam tahu-tahu saja mamat ini kan? Dah memang itu dalam perancangan aku. Selfie memang perkara wajib yang harus dilakukan ke mana sahaja. Lagi-lagi ketika bercuti begini. Well, girls memang macam inilah. Tak perlu nak pelik sangat.

"Of course la awak. Boleh jadikan kenangan. Bukan senang awak nak bawak saya jalan-jalan kan? Baik rupanya boss saya ni." 

Faiq menggelengkan kepalanya. Malas agaknya nak layan kerenah aku ini. Dia itu memang begitu.

*****

"Tak acilah macam ni. Awak main tipu! Kata nak tangkap gambar saya! Kenapa awak ajak saya beli aiskrim pula? Awak nak mengelat kan sebenarnya?" Aku dah naik geram.

Tadi dia sudah janji nak tolong aku tangkap gambar dekat love lock ni!

Eee, tengok dia tipu aku. Dia sibuk ajak aku pergi beli aiskrim. Nak mengelat dari akulah itu. Kalau aku tak ikut arahan dia, dia nak tinggalkan aku dekat sini. Pandai-pandailah aku naik teksi ke grab balik hotel nanti.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now