Wajah Delysha yang ketakutan itu direnung sedalam-dalamnya. Delysha juga sama, merenung lelaki itu sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Segan yang dirasakan.
Kenapa lelaki ini muncul sebagai hero dalam hidupnya?
Darren menahan ketawa melihat wajah Delysha yang sudah merah kerana malu mungkin dengannya.
"Kau okay?"
Delysha terkedu. Soalan jenis apakah ini? Orang hampir kena rogol boleh dia tanya okay ke tidak? Tak ada soalan lain ke apa mamat ni!
"Okay," balas Delysha pendek dan sepatah. Darren mengangguk dan tangan Delysha ditarik kasar. Delysha terpinga-pinga lalu meronta-ronta minta dilepaskan. Dia takut.
Darren berhenti berjalan seketika. Pegangan tangan Delysha dilonggarkan sedikit. Wajah ketakutan Delysha membuatkan dia tersenyum kelat.
"Aku. Hantar. Kau. Balik." Satu-persatu patah perkataan yang Darren sebut. Dia tidak mahu Delysha salah sangka dengan tujuan sebenar dan niat baiknya pada gadis itu.
Delysha menggeleng pantas. Dia tidak mahu balik sekarang. Lagi-lagi dengan lelaki ini.
"No, it's okay. Saya pulang dengan kawan saya, Zara. Kejap lagi kami nak balik juga," jawab Delysha pantas. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Darren merenung tajam anak mata gadis itu sehinggakan Delysha terpaku sendiri.
"I said no. Aku hantar kau. Kau nak dengar cakap ke tidak?" Tekan Darren tegas. Dia tak suka orang yang melawan kata-kata dia.
Sekali lagi Delysha menggeleng laju. Mana boleh dia pulang sesuka hati. Dia masih perlu bekerja sehingga tengah malam. Dan barulah dia boleh pulang kerana waktu bekerja sudah selesai.
Darren mendengus geram. Degil! Gadis ini sungguh degil. Keras kepala!
"Kau nak balik ke tidak?"
Darren menghampiri Delysha lalu tubuh itu dihimpitnya pula. Kedudukan yang sama seperti Adrian lakukan tadi. Tiada ruang lagi untuk gadis itu hendak melarikan diri. Delysha tergamam. Dia sedikit gugup dan gementar. Tetapi dia tidaklah berasa takut seperti tadi walaupun Darren melakukan perkara yang sama seperti Adrian.
"Sa... saya kerja lagi," terang Delysha gugup. Waktu kerjanya belum berakhir.
Darren terdiam. Kerja? Sekarang, barulah dia faham. Tangan gadis itu digenggam erat.
"Don't worry, aku selesaikan. Dah jom."
Tangan Delysha ditarik lalu membawa gadis itu ke arah kereta. Delysha mengeluh dalam keterpaksaan. Dia akur sahajalah. Lagi pun dia sudah tiada mood untuk bekerja lagi. Tetapi jujur Delysha katakan, dia berasa lebih selamat bersama dengan lelaki ini. Entah kenapa, perasaan itu muncul.
Pintu kereta Audi 8 Darren dibuka olehnya untuk Delysha masuk. Gadis itu nampak terkejut melihat kelakukannya itu. Mungkin tak menyangka bahawa dia akan membuka pintu untuknya. Lambat-lambat gadis itu masuk juga ke dalam kereta. Darren tersenyum sinis. Dia pula masuk di bahagian pemandu.
Enjin kereta dihidupkan. Delysha masih diam di sisi tepi sambil merenung di luar tingkap. Entah apa yang menarik pun dia tidak pasti.
Darren yang memandu itu merenung segenap raut wajah putih mulus Delysha. Walaupun dari tepi, Delysha masih nampak cantik di matanya. Dia sendiri terkejut apabila gadis yang dia lihat sebentar tadi adalah Delysha. Gadis yang sedikit sebanyak telah mencuit hatinya. Hurm, entahlah. Hatinya yang tergerak untuk membantu Delysha tadi.
"Kenapa kau tak call aku?"
Delysha yang ralit memerhatikan pemandangan malam di luar tingkap, mula tergamam mendengar soalan itu. Call dia? Seminit berfikir barulah dia mengerti apa maksud lelaki itu.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...