Wait... baru teringat adik Delysha, Dani macam mana kan? Kalau korang tak ingat, pergi baca balik bab prolog ada watak Dani. So here this chapter.
Kiranya belum epilog lagi tau. Ceit tak menyabar eh siapa yang nak cite ni habis tu! Lepuk nanti kang! Lol.😂****
Happy reading!❤️Delysha tersandar lemah di kerusi buaian itu. Fikirannya sudah melayang entah ke mana. Bila teringatkan hal beberapa hari yang lepas, dia tersenyum bahagia. Beberapa hari lepas, Delysha, Darren, keluarga Darren dan juga Tengku Dina sekeluarga pergi bercuti bersama-sama di Pulau Perhentian, Terengganu.
Semua orang yang Delysha sayang turut hadir semasa percutian itu. Pada mulanya memanglah Darren tak izinkan dia ikut mereka sama ke sana. Yelah sebab perut dia dah semakin membesar. Risau apa-apa bakal terjadi pula. Siapa sangka usia kandungan Delysha sudah mencecah lima bulan. Sekejap sahaja masa berlalu.
Dan akhirnya, Darren izinkan juga isterinya ikut kerana Delysha beria-ria menangis semasa itu. Huh, emosi ibu mengandung ni memang pelik. Tengok, dia dah menangis hanya kerana tidak dapat pergi. Merajuk dengan Darren masa tu.
Nasib Darren juga terpaksa ikut. Takut sangat agaknya jadi apa-apa pada dia dan baby. Alahai, dia bercuti pun bukan dengan orang asing, semua kenalan mereka juga.
Oh, Zara pun ikut. Alhamdulilah sekarang ni Zara dah banyak berubah. Tak kerja sebagai pelacur lagi. Delysha adalah orang yang pertama gembira bila dapat tahu tentang perkara itu. Akhirnya... Zara juga ikut jejak langkah Delysha keluar dari tempat terkutuk itu.
Tapi Zara dah ada buah hati pengarang jantung sekarang. Nak tahu siapa? Mestilah Tengku Faiz Idham. Adik Tengku Faiq Idlan.
Seriously dia pun tak sangka mereka yang selalu gaduh dan tak pernah sebulu, rupanya jatuh hati sesama sendiri. Mungkin dulu tu hanya gaduh manja saja kan? Nasib juga Tengku Dina tak kisah siapa Zara yang dulu. Dia terima seadanya sama seperti Faiz. Kerana Faiz jugalah yang banyak membantu kawannya itu berubah sedikit demi sedikit. Sungguh bertuah hidup seorang gadis bernama Zara Safira. Dia ditemukan dengan orang yang baik-baik yang dapat menerima kekurangan dirinya. Keluarga kandung Zara juga sudah mula menerima Zara dalam keluarga semula. Syukur alhamdulilah. Dia tumpang gembira buat kawannya itu. Kadang dia rasa agak cemburu kerana Zara dapat yang terbaik Setelah apa yang sudah terjadi dalam hidupnya.
Haih, dia pun apa kurangnya. Dia bertuah sangat mempunyai keluarga Darren yang sangat menyayanginya dan dapat suami seperti Darren. Memahami sungguh! Dahlah sayangkan dirinya sepenuh hati. Cintakan dia sangat-sangat dan ketat-ketat sampaikan Delysha tak cukup nafas pulak tu. Ok hiperbola.
Handphone bergetar menyentak Delysha dari lamunan yang sangat menggembirakan hati. Pantas chat dari suami tercinta dibaca. Haih, baru saja teringatkan dia... dah muncul.
Hubby.
Sayangg, miss you.
Damn, I really miss you baby.Delysha tersengih membaca mesej itu. Hah itulah, gatal nak tinggalkan dia lagi. Tengok dah rindu bagai.
Darren outstation ke luar negara sebenarnya. Tiga hari dah dia tinggalkan isteri dia ni seorang diri dekat rumah. Okay hiperbola betul!
Tinggalkan dia dekat rumah mama dan papa sebenarnya. Darren sibuk sangat dengan kerja, sekarang baru nak rindu-rindu dia. Semalam tak nak pun telefon. Eh, boleh jalanlah. Bila rindu... baru pandai nak cari isteri ke? Kita tengok sejauh mana permainan dia.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...