part 34

3.1K 168 12
                                    

Benci! Benci! Benci!

Disebabkan Faiq tersalah beritahu masa dekat aku, tengok aku dah lambat dah ni! Nak kemas pakaian aku lagi, barang-barang office lagi. Sudahlah aku yang bertanggungjawab membawa segala fail untuk meeting nanti.

Eeee, benci!

Faiq ni memang sengaja. Semalam dia cakap dengan aku yang...

'Kita gerak malam esok. Aku malas nak bangun pagi sangat.'

Jadi, aku buat keputusan untuk kemas barang pagi nanti saja.

Tapi disebabkan Faiq menggedik nak pergi petang pula, terpaksalah aku kelam-kabut macam ini. Stres betul lah dengan dia itu. Cakap tak serupa bikin. Buat aku panas hati betul!

Bila aku memberontak, mulalah nak guna kuasa sebagai 'boss' dia itu. Sabar sajalah dapat majikan macam itu.

Alasan dia masa call aku tadi macam ni...

'Nanti malam bahaya pulak kalau nak pandu jauh-jauh. Lagi pun senang kalau sampai awal.'

Alasankan macam itu?

Tapi ada betulnya juga apa yang Faiq cakap. Yelah, malam-malam memandu, kalau dia seorang diri tak apa juga. Ini dia bawa aku sekali. Tapi yang lagi aku risau bila berdua-duaan dengan mamat itu malam-malam. Dalam kereta pulak tu.

Bukannya aku bermaksud yang aku tak percayakan dia, tapi aku lebih berjaga-jaga sejak aku hampir dirogol dulu. Ah, aku benci ingat semula peristiwa tu. Sebab aku akan ingat wajah lelaki yang selamatkan aku ketika itu.

Iyan Shah Darren.

Lelaki itu... bakal suami tak jadi aku. Aku rindu dia.

Hish, dah... dah jangan merepek. Lupakan dia! Lupakan lelaki tu! Dia dah bahagia dengan perempuan lain.

No! Jangan ingat dah!

Ting! Satu mesej selamat sampai.

Mamat sewel:
Aku datang rumah kau pukul 4.00 nanti.
Ingat! Jangan lambat!!!

Bebola mataku naik ke atas apabila membaca mesej tersebut.

Benci betul! Jangan lambat konon. Aku kena kemas cepat ni! Nanti lambat dia bising. Kalah mak nenek kalau dia bising. Menyampah!

******

Dum!

Bergegar kereta bila aku hempas pintu sebelah penumpang sekuat hati. Padan muka! Sengaja nak tunjuk protes.

Faiq memandang aku dengan tajam.Sabar sahajalah dia dengan aku. Jahanam kereta dia nanti... memang kena bayar ganti rugi!

Saat Faiq memandu, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Malas buka mulut nak bercakap. Apatah lagi tanya dia kenapa lambat sampai. Tadi dia janji nak datang pukul empat petang tapi pukul lima petang baru dia munculkan diri.

Aku berialah kelam-kabut kemas barang semua. Sampaikan nak tidur sekejap pun risau terlambat dan risau nanti dia akan marah aku ke apa. Tapi dia pula yang lambat. Kau rasa? Kalau setengah jam tu aku bolehlah sabar lagi. Ini satu jam aku tunggu dia. Dahlah cakap macam apa-apa.

Janji entah apa-apa dengan aku. Mananya aku tak marah dengan dia? Eee, sabar sahaja la dapat boss tak tepati janji macam dia ni! Cakap lain,  buatnya  lain. Hah bagus la tu. Bagus! Aku tersangatlah suka.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now