part 5

6.2K 381 9
                                    

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?"

Delysha sudah cuak. Ini bukan jalan balik ke rumah dia. Hah sudah. Apa kena dengan mamat ni? Ke mana lagi Darren nak bawa dia?

"Oh ada suara rupanya. Ingatkan dah bisu tadi," perli Darren sinis. Dia memandang Delysha di sebelah. Delysha mencebik meluat.

Bisu dia cakap? Heh, dia cuma takutlah. Sejak dari dia 'terpeluk' Darren tadi, dia terus mendiamkan diri. Bukan takut sahaja, tetapi malu juga turut dirasakan. Ya, malu yang teramat sekali. Malu terpeluk lelaki itu, dan malu menangis di hadapan lelaki itu tadi.

Argh, macam mana dia boleh terpeluk Darren tadi? Bukan sekejap tau, tapi lama. Siap dengan baju Darren basah lagi tadi disebabkan air matanya yang menitis tidak henti-henti.  Sumpah dia malu. Sudahnya langsung tidak bercakap gadis itu. Tak nak keluarkan suara. Malu!

"Awak! Kita nak pergi mana? Ini bukan jalan pulang ke rumah saya!"

Delysha mendengus geram. Mamat ni buat bodoh saja bila dia tanya? Ugh, memang tak patut betul! Annoying saja selalu.

Bibirnya memuncung sedepa. Tanda proteslah katakan. Delysha kembali mendiamkan diri dan bersandar lemah di kerusi kereta. Ingin melepaskan lelah buat seketika. Buang air liur saja bercakap dengan mamat ini. Bukannya dia akan jawab pun. Buat pekak pulak tu.

Apa gunanya Allah beri nikmat bercakap dan mendengar kalau tidak digunakan dengan sebaik-baiknya?

Darren mengalihkan pandangan ke arah Delysha. Gadis itu kembali diam setelah penat bercakap dengannya. Bukannya dia pekak, tetapi malas nak layan. Tadi diam sangat. Sekarang pandai pulak bersoal-soal. Cuaklah tu.

Dia tersenyum kecil apabila Delysha masih lagi memuncungkan bibirnya. Protes ke tu? Macamlah dia tidak tahu. Comel. Ya, perkataan itu muncul dalam fikirannya. Semua tindakan gadis itu nampak spontan sahaja. Lepas tu nanti, malu dengan tindakan sendiri. Dia tak faham betul apa yang ada dalam kepala otak Delysha ini. Namun semua perbuatan Delysha, comel di matanya.

"Baik kau tarik semula sebelum aku buat something yang kau akan menyesal," ugut Darren sinis tetapi matanya masih tertumpu ke arah jalan raya yang agak sesak. Sesekali matanya akan beralih ke Delysha di sebelah yang masih diam. Jalan raya yang sesak membuatkan dia mendengus perlahan.

Malam-malam pun jalan jammed ke? Hmm tapi itulah, tak semua orang membuta saja malam-malam begini.

Dahi Delysha berkerut seribu mendengar ugutan lelaki itu tadi. Tarik? Apa yang tarik?

"Tarik apa?" 

"Your lips. Muncung macam tu dah kenapa? Nak aku kiss huh?" Darren tersengih nakal lalu dia ketawa.

Dush!

Tsunami! Gempa bumi! Puting beliung! Banjir kilat! Ah, apa aku merepek ni!

Apa benda ni? Telapak tangannya pantas menutup mulut sendiri.

Tak guna Darren! Dia kenakan aku! Dasar mamat pervert! Lain sahaja yang ada dalam kepala otaknya itu.

"Hish diamlah awak. Pervert!" balas Delysha geram.

Darren terdiam. Pervert dia panggil aku? Perempuan ni boleh tahan kurang ajar juga ya.

"Kau minta maaf dengan aku sekarang! Aku bukan pervert!" suruh Darren tegas. Panas hatinya bila dipanggil dengan panggilan itu.

Delysha tersenyum sinis. Bukan pervert konon! Puih! Tak sedar diri ke? Nak dia bagi cermin? Habis tu kalau bukan mamat pervert, apa? Mamat gatal? Mamat miang macam tu?

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now