part 57

4K 164 9
                                    

Senyuman tidak lekang dari bibir Delysha. Entah kenapalah dia rasa sangat bertuah kerana dapat suami seperti Darren. Serius sweet nak mampus. Walaupun annoying juga kadang-kadang. Tapi dia bahagia! Alhamdulilah.

Sepanjang lima hari di sini, Delysha rasa dia sudah terlalu jatuh cinta pada Darren, suaminya. Bukan sahaja sikapnya, tapi perangai dan percakapan semua baik-baik sahaja. Kadang tu suka mengusik juga. Cis!

Rasa cepat sahaja masa berlalu, esok mereka akan pulang ke Kuala Lumpur semula. Lima hari di sini, rasa macam tak cukup. Yelah kalau dah bercinta, semuanya terasa indah. Orang kata, bau kentut pun wangi. Ahaks. Angau kedaunlah tu sampaikan bau kentut pun wangi.

Bila terpandangkan wajah sang suami, kejadian yang terjadi malam tadi terlayang di mindanya. Dia tersenyum nipis. Semalam menjadi sejarah memori cinta mereka. Dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sebenar. Erti kata lain, isteri yang melayan kehendak suami. Nafkah batin telah mereka jalankan. Entah kenapa dia rasa malu sangat bila teringatkan hal semalam. Haih, lupakan... lupakan!

"Hubby," panggil Delysha. Entah kenapa dia semakin hari semakin terbiasa memanggil begitu. Walaupun kadang-kadang panggilan 'awak, saya' itu masih digunakan juga.

Malu? Semestinya masih ada. Tetapi sudah berkuranglah dari sebelum ini. Dari masa ke semasa, ianya akan berkurang.

Darren memandang wajah sang isteri. Lalu dia tersenyum penuh makna. "Yes, sayang. Kenapa? Malam ni nak sambung macam semalam ke? Hubby on." Darren tersenyum gatal.

Puk!

Lengan Darren dipukul dengan kuat. Eeee, tak senonoh! Gatalnya! Tak ada benda lain ke yang dia nak fikir? Tahu tak dia malu?

Eeee, suami siapa la ni!

"Ish, diamlah awak. Gatal tak habis-habis." Darren tersengih-sengih. Itu pun nak malu. Haihlah isteri hamba. Kenapalah comel sangat? Rasa geram nak gomol-gomol saja pipi tembam itu. Geram!

"Sayang nak apa?"

"Kita buat apa dekat pantai ni?" Ombak yang kuat menjadikan kedinginan petang semakin terasa.

Tiba-tiba terasa pinggangnya dipeluk. Erat. Siapa lagi kalau bukan Darren. Hilang sedikit rasa sejuk apabila Darren memeluknya begini.

"Saja. Esok kita nak balik dah. Sayang ingat tak tempat ni?" Gila tak ingat!

"Masa awak buat candle light dinner? Mestilah saya ingat. Baru je beberapa hari lepas. Kenapa?" Diletakkan kepalanya di atas bahu Darren. Dari jauh sudah nampak mereka seperti pasangan bahagia. InsyaAllah sampai syurga hubungan halal mereka ini.

Kekalkanlah kebahagiaan ini sehingga akhir hayat, ya Allah. Aamin!

"Sayang ingat tak sayang pernah tanya hubby pasal Arissa, ayah, dan papa? So, hubby dah ready nak cerita. Sayang nak dengar yang mana satu dulu?" Darren menongkat dagu.

Dia sudah bersedia untuk menceritakan segalanya. Yang nak tahu pun isteri sendiri kan? Jadi, tiada halangan untuk dia masih merahsiakan hal tersebut.

"Saya nak tahu pasal uncle Hadi dulu. Dia dekat mana sekarang? Saya tak faham macam mana awak boleh jadi anak angkat papa dan saya tak faham kenapa awak kata yang awak nak pindah dari kampung tu... kenapa awak kata yang awak nak pindah? Macam mana dengan ayah awak. Dan macam ma..."

"Sayang, satu-satu please. Macam mana aku nak jawab ni? Haih, kau ni pun. Banyak sangat tanya." Dicubit sedikit pipi isterinya.

Delysha sudah mencebik bibir.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now