Dua bulan kemudian.
Dress labuh pada badannya ditenung lama. Dia berdecit halus lalu mata merenung kulit wajahnya yang baru sahaja selesai di make up tadi pula. Entahlah, tak tahulah nak senyum ke nak marah atau nak rasa apa sekarang ni.
Tengoklah badan dia dah berisi sedikit. Perutnya yang membesar itu baru sahaja tiga bulan usianya tetapi besar dah macam lima bulan!
Mungkin dia banyak makan?
Banyak makan apanya kalau dah memang setiap hari dia akan mengidam bukan-bukan. Tambah pula setiap kali makan nasi berlauk pasti dia akan tambah dua tiga kali nasi. Haih tengoklah. Sekarang dah gemuk! Pipi pun dah naik sikit. Dah kembang! Tiba-tiba rasa malu pulak nak pergi majlis ini.
Huwaa! Dia dah kembang.
"Sayang dah siap ke?"
Laungan yang semakin dekat itu membuatkan Delysha menoleh ke arah pintu bilik. Penampilan suaminya ditilik. Suaminya hanya berkemeja biasa berlengan panjang, seluar jeans, dan rambut disikat kemas.
Auchh... so handsome. Melting weh!
"Sayang tengok apa tu? Tak habis lagi ke usya hubby ni?" Lengan isterinya ditarik lalu pinggang isterinya dipeluk erat. Wajah Delysha terasa panas. Erk... kantoi skodeng suami sendiri. Biarlah, siapa suruh kacak sangat. Mata ni sudah tergoda dengan suami sendiri.
"Hubby, saya okay ke macam ni?" soal Delysha sayu. Matanya dikedip berkali-kali. Dia ingin Darren komen penampilannya sekarang.
Darren yang faham, terus merenung isterinya dari atas sehingga ke bawah. Bibirnya automatik senyum. Okay sangat! Semakin comel dan tembam kesayangan beta ini!
"Kenapa tanya macam tu? Hubby tengok cantik dan comel macam selalu je. Kenapa? Takut gemuk eh?" Digomol-gomol pipi kanan isterinya yang semakin membulat. Eee, dah macam kuih pau. Lembut dan bulat. Putih pula tu. Geram!
Delysha mencebik manja. Muka dah masam. Marah betul bila orang kata dia gemuk. Tambah pula yang cakap tu suami sendiri.
"Apa ni? Mana ada orang gemuk lah. Cuma cubby sikit je pun! Kenapa? Dah tak sayang eh kalau saya gemuk sekali pun? Nak cari perempuan lain?"
Renungan tajam isterinya membuatkan Darren sudah ternganga mulut. Jatuh rahangnya.
What? Macam tu pula? Dia dah mula sensitif. Suka sangat overthinking yang bukan-bukan!
" Apa sayang merepek ni? Tak sayang, nak cari lain? Aih, merepek sungguh. Tak akan hubby nak cari lain pula sedangkan hubby dah dikurniakan isteri sempurna macam ni. Tengah mengandungkan anak hubby pulak tu. Sayang tak gemuklah, sayang comel. Walau gemuk pun, tetap comel. Lagi pun anak kita yang buat sayang macam ni kan? So, jangan salahkan diri dan jangan malu pula. Trust me, sayang cubby pun dah nampak comel sangat. Macam anak beruang. Geramm!" Dipicit-picit kedua-dua belah pipi kembung isterinya. Sikit-sikit sensitif sahaja isterinya.
Delysha tersengih-sengih. Eeei, mestilah dia suka kena puji macam tu. Dengan suami sendiri pula tu... tak jadi nak overthinking yang bukan-bukan!
Darren cakap kita comel. Dia sayang kita!"Betul ni... saya nampak comel? Kalau tak, saya tak naklah pergi majlis kahwin Faiq ni. Nanti orang ejek pulak." Delysha buat muka masam.
Darren tersenyum-senyum. "Comel sangat sayang. Jangan risau, tak akan ada yang berani ejek isteri aku selagi aku bernafas. Orang ejek pun sebab sayang nampak cute je. Yelah, baru tiga bulan dah minta macam-macam makanan pelik."
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...