part 32

3.1K 173 0
                                    

Penampilannya dilihat buat kali yang terakhir di hadapan cermin. Tudungnya dibetulkan sedikit. Lipstick cair berwarna peach dicalitkan sedikit dibibir munggilnya bagi menambahkan lagi seri wajah.

Delysha tersenyum segaris. Macam-macam yang dia rasa sekarang ni. Takut, risau, nervous. Yelah, pertama kali kot dia bekerja di sebuah syarikat yang besar. Sebelum ini memanglah dia teringin sangat, tapi bila dah dapat, rasa macam tak bersedialah pula.

Hish, macam-macam perasaan di hatinya saat ini. Delysha sendiri pun buntu. Tapi dia tak mahu melayan sangat perasaan di hatinya. Nanti susah dia nak buat kerja.

Pakaiannya dikemaskan lagi. Delysha hanya memakai baju kurung biasa sahaja pada kali ini.  Itu pun Kak Wardah yang beria-ria mahu belanja dia pakaian cantik seperti ini. Kak Wardah yang membeli baju kurung untuknya. 

Namun, Kak Wardah dan dia sendiri pun masih tidak tahu pakaian di syarikat seperti mana. Nak kena pakai outfit yang bagaimana? Tengku Dina tiada memberitahunya tentang hal ini pula. Tak apalah, asalkan menutup aurat sudah. Jadi, kita pun hentam sahajalah labu baju kurung ini. Baju kurung pun okay apa. Pakaian traditional orang melayu.

 Pakaian traditional orang melayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju kurung Delysha.

Delysha mengeluh kecil. Dia agak gementar sebenarnya. Macam mana kalau dia tidak terbiasa dengan suasana di tempat baru nanti?

'No, kau boleh buat, Delysha. Kau dah dapat kerja ni kan? So, kau harus bersemangat! Yeah!'

Gadis itu tersenyum sendiri. Memberi kata-kata semangat untuk diri sendiri. Tak salah bukan?  Berangan depan cermin adalah satu nikmat dunia.

Sling bag diambil. Tangga diturun satu persatu apabila sempat melihat penampilannya buat kali terakhir.

"Akak, Lysha dah lambat. Lysha pergi dulu ya?" ujar Delysha lantas tangan Kak Wardah disalam. Kak Wardah yang sibuk di meja makan, menoleh.


"Eh, tak nak sarapan dulu ke?"

"Tak sempatlah kak," jawabnya.

"Habis tu, ni nak pergi naik apa ni? Teksi? Eh, jangan! Lambat pulak nanti. Biar akak hantarkan. Okay?" tawar Kak Wardah. Delysha berfikir sejenak.

"Tak menyusahkan akak ke?" soalnya risau. Dia dahlah selalu sangat menyusahkan wanita itu. Serba salah pula rasanya.

"Eh, tak adalah. Akak pun nak kena hantar Isya ke taska sekejap. Lysha tunggu dulu eh? Lepas tu akak hantar Lysa pula." Delysha mengangguk setuju.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now