part 38

3.3K 178 17
                                    

"Encik Iyan buat apa ni?"

Terus aku menyoalnya dengan marah. Apa dia ini? Sesuka hati dia saja masuk campur. Tumbuk-tumbuk orang pula. Tak malu ke?

Darren berdiri betul-betul di hadapan aku. Dia memandang aku.

Bila Darren tengok aku, hilang sedikit perasaan marahnya terhadap Adrian. Terus riak wajahnya berubah seperti biasa. Tidak setegang tadi.

"Aku buat apa? Kau tak nampak ke apa yang dia cuba buat dekat kau?" soal Darren panas hati.

Aku mengeluh. Darren dah salah faham ini.

"Encik Iyan, tolonglah jangan masuk campur. Encik siapa je yang nak sibuk dalam urusan saya? Saya hormat Encik sebagai client pada boss saya. Tapi tolonglah, jangan masuk campur dalam urusan saya."

Aku mendengus kecil. Entah macam manalah aku dapat kekuatan cakap macam itu dekat Darren. Padahal aku pun tak sampai hati juga sebenarnya.

Darren tercengang. Dia memandang aku seolah-olah tidak percaya. Benarkah ini diri aku yang dia pernah kenal selama ini?

"Kau suruh aku tak payah sibuk dalam urusan kau? Kau cakap kau hanya hormat aku sebagai client boss kau? Kau tak kenal aku? Betul-betul tak kenal atau pura-pura tak kenal aku?" Darren menyoal. Aku  menundukkan kepala. Tak berani nak pandang wajah kecewa Darren. Suara dia macam dia tengah kecewa dengan aku.

Salah aku ke?

"Ya, encik tak faham lagi ke?" soal aku, cuba memberanikan diri.

Darren berdecit. Rambutnya diramas geram. Habis kusut. Tapi bagi aku, dia tetap nampak kacak.

Eh? Hish, sempat lagi mata ni.

Aku memandang Adrian seketika. Dia hanya diam melihat drama tak berbayar dari kami sahaja. Sesekali dia pandang aku, sesekali dia pandang wajah Darren.

"Adrian, saya maafkan awak. Tapi tolonglah,  Jangan kacau saya lagi. Saya harap awak faham. Assalamualaikum." Sebaik sahaja berkata begitu kepada Adrian,  terus aku melangkah pergi.

Tetapi malangnya lengan aku ditarik oleh Darren pula ke satu sudut kerusi yang agak sunyi. Tanpa sesiapa di situ. Aku hanya akur. Walaupun aku rasa yang dia ini tak faham bahasa. Aku sudah cakap jangan kacau aku, lagi dia buat.

Rasa takut? Tak ada langsung walaupun tempat ini agak sunyi. Sebab apa? Sebab aku percayakan Darren dan aku tahu dia seorang lelaki yang seperti mana. Tak akan pernah ambil kesempatan dalam kesempitan terhadap wanita seperti sekarang ini.

Tapi aku betul-betul tak faham dengan mamat ni. Orang cakap jangan kacau tu jangan kacaulah. Entah macam manalah aku boleh terserempak dengan dua orang lelaki yang aku pernah kenal dulu dekat Pulau Pinang ini. Dalam masa yang sama pula itu.

Apa? Ingat dekat sini tempat orang berjumpa semula setelah lama tak berjumpa ke apa?

Sampai sahaja di kerusi tersebut, lengan aku dilepaskan. Aku menunggu ayat yang bakal keluar dari mulutnya sekejap lagi.

"Kita kena bincang," putus Darren senada.

Aku mengangguk perlahan. Ya, aku perlu selesaikan semuanya dengan Darren. Aku tak nak lagi ada kaitan dengan dia. Aku nak dia faham dan tidak mengganggu aku lagi.

"Okay, jadi awak cakaplah dulu." Aku membalas. Sudah bersedia untuk mendengar semuanya.

Darren tengok aku. Dia berdecit kecil.

"Aku tahu kau kenal aku kan? Tolonglah, Delysha. Aku masih lagi belum lupakan kau. Perasaan aku pada kau masih lagi sama. Kenapa kau tak faham? Kenapa kau dah berubah? Kenapa kau pergi dari hidup aku? Kau tahu tak aku tak bersalah? Semua tu fitnah? Kenapa kau pergi?"

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now