part 14

4K 255 4
                                    

"Dia bakal isteri aku. Apasal?"

Pengakuan berani Darren membuatkan Black terkejut. Aku juga turut terkejut.

Apakah ini semua?

Tiba-tiba terdengar ketawa sinis dari Black. Eh, salah. Ketawa mengejek. Kenapa pulak dia ni? Nampak hina sangat ke aku ini?

Darren sudah siap sedia mengepal penumbuk. Bila-bila masa sahaja ianya akan melayang di muka Black sekejap lagi.

"Hahaha, bakal isteri kau? Perempuan murah ni juga yang kau pilih? Pfft, lawak sangat!"

Black kembali ketawa. Terus berubah air muka Darren. Aku juga sama berubah.

Perempuan murah? Wow. Hebatnya dia! Syabas sangat! Dia siapa nak kata aku macam tu? Apa hak dia? Panas pulak hati aku.

"Baik kau diam sebelum penumbuk ni melayang dekat muka kau!" ugut Darren menahan marah. Siapa lelaki itu untuk menghina wanitanya. Dia tidak suka dengar.

Black terdiam seketika. Lalu senyum mengejek lagi pada kami berdua. Dia pandang aku.

"Kau tahu tak yang perempuan ni dah jadi milik aku untuk selamanya? Dia akan kerja dekat sini sampai bila-bila. Dia banyak bagi keuntungan dekat kelab malam aku. Ramai pelanggan suka dia. Ada yang datang sini semata-mata nak tengok dia je. Dan kau mesti tak tahu yang dia dan aku dah pernah..."

Mata aku terbeliak besar.

"No! Tak awak. Dia tipu! Saya tak pernah di sentuh sesiapa!"

Aku memotong percakapan Black yang mahu menfitnah aku yang bukan-bukan itu di hadapan Darren. Aku pandang wajah Darren dengan redup. Ingin dia percayakan kata-kataku. Black dan aku tak pernah ada apa-apa dan buat apa-apa lagi. Kalau betul pernah, sudah lama aku larikan diri dari sini!

Darren mengangguk kecil. Dia membalas pandangan aku. Bukan semudah itu untuk Darren percayakan akan kata-kata Black. Kerana dia lebih mengenali Delysha.

"Huh, cerita rekaan apa yang kau cuba nak buat ni mangkuk? Aku lebih percayakan Delysha dari kau lah. Dan kau cakap... dia akan kerja dekat sini sampai bila-bila? Pfft, lawak apa ni? Mana kau belajar kalau pekerja nak berhenti kerja, tapi boss tak izinkan? Melainkan korang ada kontrak yang sah. So, ada ke?" 

Darren berfalsafah di situ. Nampaknya Darren lagi bijak dari Black.

Tengoklah tu, Black dah terkulat-kulat tak tahu nak jawab apa bagi soalan dari Darren itu.

Dan yang buat aku gembira bila Darren lebih percayakan aku dari Black. Jadi maknanya dia percayakan aku kan? Yes, huh lega. Tak perlulah aku nak berbalah dengan Darren dan memperbetulkan keadaan tentang isu tidak masuk akal begini.

"Tak ada awak. Kami tak pernah buat kontrak sebelum ni. Saya tak pernah berjanji atau setuju apa-apa pun dekat dia. Saya kerja dengan dia pun sebab arwah ayah saya je. Jadi saya tak ada kena mengena dah sebab saya tahu ayah saya dan saya tak ada dan tak pernah signed apa-apa kontrak pun sebelum ini. Percayalah cakap saya," jawab aku tenang. Mata mencerlung memandang Black yang terdiam. Tahu kalah!  Huh, suka buat fitnah lagi.

"See? Apa lagi yang kau nak buktikan? Aku nak tanya kau ni... kenapa kau tak bagi Delysha keluar dari sini? Kau syok dia ke? Kau suka dia?" soal Darren serius.

Kalau betul lah apa yang dia sangkalkan ini, dah lama dah muka mamat ni pecah Darren kerjakan. Berani ke nak suka hak milik aku? Kubur datang marilah brother! Langkah mayat dia dulu. Dia tak akan lepaskan Delysha! Lagi-lagi pada orang jahat seperti Black!

"Hahaha, kau buat lawak jenaka apa ni hah? Aku tak sukalah perempuan murah macam dia! Banyak lagi awek lain yang aku boleh dapat. Walaupun dia cantik, tapi aku tak suka perempuan baik, yang suci macam Delysha ni. Hmmm now let me asking you, kenapa kau pilih perempuan ni? Banyak lagi perempuan lain yang lebih cantik, yang lebih sexy dari perempuan ni. Kenapa kau pilih dia? Kalau kau nak, aku boleh tolong carikan..."

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now