Pagi-pagi lagi rumah aku sudah dikunjungi oleh seorang tetamu yang tidak 'diundang.' Elok sahaja selepas subuh menjelma, tetamu tidak diundang itu telah terpacak di hadapan rumah bersama dengan kereta mewahnya. Uish, terperanjat betul aku.
Dia nak apa pagi-pagi datang rumah anak dara orang ini?
Pagar rumah aku buka. Kaki mengorak langkah ke arah Darren yang termenung di samping sisi keretanya itu. Termenung apalah mamat itu. Pagi-pagi lagi dah terpacak depan rumah anak dara orang.
"Darren, awak nak apa ni?"
Aku berdiri di sebelah Darren lalu bercekak pinggang. Darren agak terkejut melihat kehadiran aku di situ. Fokus sangat berangan sampai tak perasan aku sudah keluar dan berdiri di sebelahnya. Dia tersenyum nipis memandang aku.
"Hey, baby. How are you today?"
Ceh, soalan apa ni? Dia cuba nak jadi caring ke? Tapi tak apa. Practice make perfect. Try again, Darren. Aku tak cair kali ini.
Semenjak aku mula menerima lelaki itu, Darren nampak pelik. Lelaki itu selalu memanggil aku dengan panggilan yang manis, dan mengungkapkan kata-kata manis pada aku. Aku agak kekok pada mulanya, namun sekarang aku mula menerima. Mungkin lelaki itu cuba untuk lebih menghargai aku atau dia sememangnya menyayangi aku.
"Alhamdulilah saya sihat je. Awal awak datang? Nak apa ni datang sini pagi-pagi?"
Darren turun dari duduk di atas kereta dan berdiri betul-betul di hadapan aku. Dia datang dekat... dan dekat dengan aku.
Aku gelisah dah jadinya. Dia nak apa ni? Ya Allah, jantung aku pagi-pagi lagi dah laju. Tapi jantung ni memang begini kalau dengan Darren. Semakin lama aku pun semakin penat dengan masalah jantung sendiri yang tak henti-henti nak berdebar semacam. Cubalah bawak bertenang sikit.
Pantas mata tertutup rapat apabila aku dapat rasakan deruan nafas hangat pemuda itu yang menghampiriku. Maksudnya, dia memang sangat hampir dengan aku. Tolong, tolonglah! Jangan buat hal! Nanti jiran tengok! Aku hanya mampu menjerit di dalam hati sahaja. Agak resah dengan kelakuannya.
Mata automatik terbuka semula apabila terasa rambut aku diusap lembut olehnya. Ya, Darren yang lakukan. Apa dia ni?
"Aku rindu kau sangat sayang. Sebab tu aku datang sini. Kenapa terkebil-kebil macam tu? Takut ke?" sakatnya lalu tergelak kecil. Macamlah dia tak nampak Delysha teguk air liur berkali-kali. Risau dia lakukan sesuatu lah tu.
Pantas aku menjelingnya dan menjarakkan sedikit ruang antara kami. Suka buat aku tak tentu arah tau!
"Hish, awak ni. Kenapa datang awal sangat? Baru semalam jumpa saya hari ni dah rindu?"
"Yes. Aku rindu gila dekat bakal isteri aku ni. Kalau boleh, aku tak nak jauh langsung dari kau. Semenjak kau hadir dalam hidup aku, hanya kau orang yang tak akan pernah jemu untuk aku tengok. Walau kau tidur sekali pun, aku nak teman kau dekat tepi. Nak perhatikan kau. Kau tu pulak, tak rindu aku ke? Tak suka aku datang?"
Hah, sudah. Apa aku nak jawab? Apa bakal isteri pulak ni hah? Gelinya tekak dengar. Tengoklah. Inilah yang aku cakap tadi. Kata-kata yang diungkapkan kepada aku, semakin lama semakin manis. Walaupun aku malu, tapi aku suka mendengarnya. Terasa betul-betul dihargai.
"Tak rindu!"
Laju aku menjawab. Dan tidak menyangka, jawapan spontan aku itu membuatkan wajah Darren berubah terus. Darren agak berkecil hati. Dia mengundurkan diri ke belakang dan duduk semula di atas keretanya seperti tadi tanpa langsung memandang wajah aku. Aku tergelak kecil. Laaa, merajuk pulak ke? Sebab tu pun nak merajuk dengan aku? Aih, pak cik tua ni. Cakap orang saja kuat merajuklah apalah. Sama sajalah dengan dia tu!
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...