part 7

5.4K 332 7
                                    

"Kau pergi mana malam semalam?"

Zara bercekak pinggang sambil merenung Delysha dengan pandangan tajam. Dia sudah menelan air liur dengan kesat. Alamak! Tak akan dia nak menipu pula?

"Panjang cerita dia weh," ujar Delysha menunduk. Dia malas sebenarnya nak beritahu Zara tentang semalam. Tapi itulah, selagi dia tidak cerita, selagi itulah kawannya akan tanya.

"Pendek kanlah. Tak ada, aku tak kira. Aku nak tahu jugak. Sebab aku pelik Black tiba-tiba beritahu aku yang kau dah balik awal. Dia pun nampak okay je, tak kisah tentang kau. Apa citer? Kau beritahu aku sekarang!"

Ewah ewah, mak cik ni. Senang saja dia. Eee, lepuk kang! Sekejap, Black okay sahaja? Ini mesti Darren ada buat apa-apa yang dia tak tahu.

"Okay aku cerita. Tapi kalau ya pun janganlah tenung aku macam tu. Takut aku tahu tak? Dah jomlah duduk dulu. Kau ni suka serius sangat tau," gumam Delysha. Tangan Zara ditarik ke sofa panjang di ruang tamu rumah sewa mereka itu. Zara hanya menurut dengan wajah kekal serius.

"Banyaklah kau. Ada je kan hal kau ni? Takde takde, aku nak kau cerita jugak. Susah tau aku nak cover line kau depan orang lain selain Black bila mereka tanya pasal kau. Kau ni! Lain kali bagitahu aku awal-awal. Tak adalah buat aku risau."

Mak cik ni mulalah nak membebel. Adalah nasib badan? Huhu, sila tadah telinga sahajalah nampak gayanya.

"Iya iya, aku minta maaf. Thanks cover line aku malam semalam. Sejujurnya aku tak suka kerja situ. Kau tahu kan? Orang akan pandang serong je dekat kita ni. Hmm." Delysha mengeluh kecil. Bahu Delysha diusap-usap oleh Zara. Memberi kekuatan dan semangat. Cepat sahaja mood Zara ini berubah.

"Sebenarnya aku balik awal sebab... aku hampir kena rogol malam semalam."

Delysha menunduk kepala. Matanya dipejam. Mula membayangkan nasib malangnya malam semalam. Hampir sahaja dia kehilangan benda berharga dalam hidupnya. Mujur Allah mengirimkan seseorang buatnya. Dia tak sangka, Allah masih sayangkan dia. MasyaAllah.

Zara sudah tergamam. Mata terbeliak besar. Mulutnya juga ternganga sedikit. Dia terkejut. Sangat terkejut!

"Kau cakap apa ni? Betul ke?" Suaranya meninggi. Seriuslah Delysha hampir kena rogol? Siapa yang berani buat? Kenapa dia tidak tahu semalam?

"Kau kenal Adrian?" soal Delysha pula. Zara terdiam memikirkan gerangan bernama Adrian yang disebut, sebelum dia mengangguk.

"Kenal. Dia selalu datang tempat kita kerja jugak. Sekarang ni aku kerap nampak dia dekat situ. Kenapa dengan mamat tu?"

Zara seperti dapat menghidu apa yang Delysha cuba sampaikan. Delysha mengeluh. Peha Delysha ditampar kuat oleh Zara apabila dia sudah dapat tangkap melalui riaksi wajah gadis itu.

"Kau jangan cakap dia yang... buat. Serious lah? Betul ke dia?"

Zara akhirnya dapat menangkap apa yang cuba dimaksudkan oleh Delysha. Delysha mengeluh lagi. Dia mengangguk kecil. Memang lelaki itu... yang cuba lakukan perkara terkutuk itu padanya  Zara sudah terbaring lemah di sofa itu. Dia terkejut.

Benarkah semua ini?

"Tapi bukan dia tak kenal kau ke? Kau pun tak kenal dia juga kan? Macam mana korang boleh... korang buat... hish!" Susah untuk dia ungkapkan. Dia masih lagi tidak percaya.

"Entahlah babe. Lelaki kalau dah bernafsu tak fikir dah kenal ke tidak. Kan?"

"Betul-betul, aku setuju! Kau betul ni tak apa-apa? Dia tak ada cederakan kau kan? Tapi korang... dah... dah..."

Kali ini peha Zara pula ditampar. Malah lagi kuat. Mulut tak reti jaga langsung. Tak ada insurance ke? Dia tahu apa yang Zara fikir, tapi dia masih suci dan masih dilindungi.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now