Aku melepaskan lelah di sebuah bangku kayu panjang di tepi jalan itu. Zara juga duduk di sebelahku dan kami mula mencarik nafas masing-masing. Penatnya!
Haih, aku dengan Zara sekejap ke sini sekejap ke situ. Banyak tempat yang kami pergi hari ini untuk jalan-jalan. Seronok itu memanglah, tapi penat juga terasa. Mungkin kerana jarang sudah kami mendapat peluang begini.
"Babe, kita nak pergi mana lagi lepas ni?" soal Zara ingin tahu. Aku memandangnya sekilas.
"Kita rehat dulu ya? Aku letih doh. Kau tak penat ke? Mesti kau penat jugak kan."
Sampai sahaja kami semalam di bilik hotel, terus tertidur tanpa sedarkan diri. Pagi ini kami sudah mula bersiar-siar ke tempat-tempat yang menarik untuk melihat keindahan yang tercipta di bumi Amsterdam ini. Sampailah ke petang, baru nak berehat. Haih, mananya tak penat kalau begini. Tak sabar sangat nak hang out, dan terlampau excited lah yang menyebabkan kami abaikan perasaan letih masing-masing.
"Aku pun penat jugak ni. Tapi penat aku tu hilang lepas dapat tengok pemandangan yang cantik-cantik dekat sini. Kita nak rehat dalam bilik ke macam mana ni?"
Aku menggeleng perlahan. "Taklah. Aku lapar. Jom cari restoran halal nak tak?" Mata sudah memerhati sekeliling. Ramai orang asing dekat sini. Yelah, negara orang. Tak akanlah orang-orang di sini mahu pakai tudung pula. Memang ada, tapi tidak ramai. Sekurang-kurangnya masih ada juga orang beragama Islam di sini.
Kemudahan awam seperti surau dan masjid pun banyak. Memudahkan urusan orang yang beragama Islam seperti kami ini untuk menunaikan solat. Alhamdulilah tak perlulah aku dan Zara bergegas balik hotel semula hanya disebabkan tiada surau berdekatan untuk menunaikan solat.
"Okay juga. Lepas ni, kita pergi Stedelijk Museum Amsterdam nak tak? Dekat sana macam best juga. Walaupun aku tak berapa suka muzium-muzium ni semua sebab membosankan. Tapi kali ni, kita pergi nak? Macam best juga. Apa salahnya kita pergi melawat tempat macam tu kan?" cadang Zara sambil tangannya ralit meneroka pak cik Google untuk mencari tempat-tempat menarik di sini.
Aku angguk sahaja. Aku pun tak suka pergi muzium. Tetapi nasib baik subjek Sejarah sewaktu SPM dulu aku tetap dapat skor A. Walaupun tak dapat A+ kerana aku tidak sukakan subjek yang perlu menghafal begitu.
"Tapi kan, aku pulak teringin nak pergi Keukenhof. Nak tengok bunga tulip dekat sana. Semua cantik-cantik tau. Kalau tangkap gambar mesti cantik kan?" Aku dah mula berangan. Berangan dan aku, memang berpisah tiada.
"Okay juga tu. Jomlah gerak. Nanti malam baru kita balik hotel." Aku mengangguk setuju.
****
"Zara, kau okay tak ni?" soal aku risau. Tadi dalam pada kami sibuk berjalan-jalan ke tempat yang menarik, tiba-tiba sahaja perut Zara meragam buat hal. Sebab makan banyak sangat mungkin.
Zara yang memegang perutnya itu mengangguk perlahan. Padahal muka dah merah padam dah. Tahan sakit macam itulah. Lagi nak cakap diri itu okay.
"Kau ni kan! Aku dah cakap dah jangan makan banyak sangat. Kita pun tak biasa makan dekat sini. Kau pula makan ke melantak tadi?" perli aku sengaja bercampur geram dengan sikapnya yang tidak mahu mendengar nasihat aku tadi.
Yelah, tadi aku dengan Zara elok sedap makan, tiba-tiba pula Zara mengadu sakit perut. Padahal kami makan makanan yang sama. Mustahil lah kalau keracunan makanan atau sebagainya. Kalau Zara kena, mestilah aku pun kena sekali. Tapi kami makan makanan halal. Cuma Zara makan lebih dari aku kerana dia sememangnya seorang yang kuat makan, berbanding dengan aku yang mudah kenyang.
Zara pandang aku tajam. Dia tengah sakit perut ni... sempat lagi aku membebel padanya. Yelah aku risau tau dekat dia. Sudahlah ini bukan Malaysia. Aku nak minta tolong sesiapa pun susah kalau apa-apa terjadi kerana risaukan keselamatan kami berdua pula nanti. Kami berdua dahlah perempuan. Itulah yang bahaya.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...