part 54

4K 192 10
                                    

Dalam sekitar jam 1 tengahari, majlis masih lagi berjalan dengan lancar. Walaupun tetamu semakin berkurang namun itu tidak menyebabkan majlis tidak meriah. Masih meriah dan disambut baik oleh tetamu yang diundang.

Dari tadi lagi senyuman tidak lekang dibibir pasangan pengantin baru itu. Ada sahaja tetamu yang ingin bergambar bersama mereka. Dan ramai juga yang mengucapkan tahniah. Entah kenapa, Delysha merasakan hari ini semua orang terlebih menumpukan perhatian kepada mereka berdua. Atau lebih tepat kepadanya. Yelah, dia merupakan menantu baharu dalam keluarga kerabat diraja ini.

Tetapi rata-rata ramai yang memujinya. Adalah segelintir yang seperti tidak menyukainya. Mungkin juga Tengku Iyan Shah Darren berkahwin dengan orang biasa. Bukanlah orang berpangkat dan berharta. Lebih-lebih lagi dia tidak mempunyai kedua orang tua. Lagilah ramai yang mengata dan mengumpat pasal dia. Tetapi dia tidaklah terlampau kisah. Biarlah apa yang orang nak katakan, asalkan dia tidak mengacau kehidupan mereka. Malas mahu ambil peduli. Nanti dia juga yang sakit hati.

Matanya sibuk memandang sekeliling. Mencari suaminya di mana sekarang. Tiba-tiba dia ternampak pula susuk tubuh yang dikenali, pantas dia berlari kecil ke arah orang itu. Senyuman terukir dibibir.

"Kak Wardah!" Kak Wardah sedikit terperanjat sebelum dia membalas pelukan Delysha.

"Tak sangka kak Wardah sudi datang. Eh, hai Isya. Dah tak kenal Kak Sha ke?" Pipi tembam Raisya dicubit geram. Sudah semakin besarlah Raisya sekarang. Terasa kakinya dipeluk erat. Siapa lagi kalau bukan si kenit Raisya?

"Kak Sha! Windulah." Suara pelat itu sungguh petah berbicara. Delysha senyum.

"Rindu Isya juga," jawab Delysha.

"Selamat pengantin baru Lysha, kahwin jugak adik akak ni. Dah jadi bini orang dah, tanggungjawab pun dah berubah. Akak harap Delysha boleh jadi isteri yang baik. Akak tak boleh lama ni, Isya ni dah mula meragam pula," ujar Kak Wardah lalu tersenyum bersalah.

"Lah, nak balik dah? Terima kasihlah kak sebab sudi datang. InsyaAllah Lysha akan jadi isteri yang baik. Terima kasih juga untuk segalanya. Jasa baik akak Lysha akan ingat." Delysha dan Kak Wardah berpelukan seketika sebelum anak-beranak itu beransur pulang.

Delysha senyum. Tadi Faiq, Tengku Dina dan keluarganya juga turut sama hadir. Dan sekarang mereka berdua juga sudah mula beransur pulang. Zara pun sama. Tidak boleh berlama-lama di majlisnya kerana ada hal penting yang perlu diuruskan.

Kini kelibat si suami pula dipandang. Terlihat sekumpulan lelaki di sebuah meja yang sedang rancak berborak tidak jauh dari kedudukkannya sekarang. Delysha berura-ura antara mahu pergi ke sana atau tidak. Disebabkan tetamu mula berkurang, jadi dia pun memilih untuk pergi sahaja ke sana. Lagi pula dia juga teringin mahu berkenalan dengan kawan-kawan suaminya.

"Haah kan? Kau tu Zat. Bila nak kahwin? Single je memanjang. Kau kena ingat, yang kau tu bukan lagi playboy tau. Tak ada niat ke nak kahwin?" soal Darren mengusik. Rizal sudah tersengih-sengih. Masam sahaja wajah Izzat.

"Eleh, kau dah kahwin senanglah kau cakap. Aku ni single bukan sengaja tahu tak? Tak ada jodoh yang sesuai lagilah." Izzat sudah memuncung. Apa ni cerita pasal kahwin pula? Alih-alih dia pula yang kena.

"Ceit, tak ada jodoh yang sesuai apanya kalau dah perempuan keliling pinggang? Tu si Sara tu pun cantik juga aku tengok. Hot pula tu. Dia kan sukakan kau." Rizal menyampuk dengan sinis.

"Eh, tak nak aku dengan Sara tu. Gedik semacam. Kalau boleh aku nak calon isteri aku macam isteri Iyan. Dari jauh pun aku dah nampak yang isteri kau cantik sangat. Ayu je. Ciri-ciri macam tulah aku nak jadikan bini." Sengaja Izzat berkata begitu. Mahu kenakan Darren semula. Tetapi dia memang benar maksudkan ayatnya. Sudah semestinya dia juga inginkan isteri yang baik.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now