2 tahun kemudian.
Awning shawl aku betulkan agar tidak kembung di bahagian atas. Wajahku pula di touch-up untuk sentuhan terakhir lalu aku mengulum senyuman puas melihat penampilan sendiri di hadapan cermin. Okay, perfect sudah.
Tiket penerbangan di atas meja aku ambil dan aku tenung lama tiket itu. Betul ke keputusan aku ini? Huh, relax Delysha. Kau nak tunggu berapa lama lagi? Kau nak biarkan 'dia' berapa lama lagi di sana? Bila kau nak buat keputusan? Bila kau nak bertindak? Cukuplah kau salah ambil tindakan dulu, tetapi bukan lagi sekarang.
You need to be a confident. Cayuk, cayuk!
Handphone yang berdering secara tiba-tiba itu dipandang sekejap. Nyanyian lagu Bunga Citra Lestari pada nada dering itu mengejutkan aku. Pantas panggilan itu dijawab segera.
Yeah, Faiq Idlan yang menelefon aku.
Apa mamat ini nak? Suka kacau mood baik oranglah. Nak berangan sikit pun susah.
"Hello? Saya tak ada masa nak dengar awak membebel ke apa. Tapi tolonglah, jangan ganggu mood saya yang tengah happy sekarang ni. Saya tengah syok usya kecantikan muka sendiri dekat cermin pun susah disebabkan awak ganggu saya tau! Apalah awak ni. Tak pernah nak faham perempuan macam saya ni. Lelaki memang suka kacau perempuan nak bersiap ke apa?" Aku membebel panjang sebaik sahaja panggilan lelaki itu diangkat.
Eleh, macamlah aku tak tahu perangai lelaki tu macam mana. Kalau tak mengganggu ketenteraman aku memang tak bolehlah mamat tu.
Kedengaran Faiq ketawa dihujung talian. Eleh, gelak pula dia. Debik kang.
"Kau tolong la stop berangan tu. Kalau dah tak cantik, tetap tak cantiklah. Lagi pun tak ada siapa yang nak dekat kau tu! Kau tu cuma layak dengan aku je," ujar Faiq berseloroh.
Aku ketawa kecil. Dia perli kita la brother! Eeei, tak guna! Aku mengadu dekat ummi nanti. Biar kena pulas telinga.
"Eleh, saya tahulah saya ni tak laku. Tapi tak perlu lah awak nak kata yang saya ni tak cantik. Hello, sorry sikit eh? Cermin ajaib saya ni pun cakap yang saya ni cantik. Apatah lagi awak, mesti hari-hari terbeliak biji mata awak tu kan tengok muka saya yang terlebih lawa ni hehehe."
Macam biasalah, aku ini kalau sehari tak angkat bakul sendiri memang tak sah. Perangai tak pernah nak berubah. Padahal umur dah meningkat naik. Ish ish ish, apalah nasib.
Faiq ketawa lagi. Lucu dan comel! Sebab itulah dia suka usik aku. Aku suka sangat buat dia mudah terhibur.
"Tak laku? Memang pun. Tulah kau, aku dah pernah ajak kau dah dulu kahwin dengan aku, tapi kau tu yang jual mahal. Cakap hati dah ada orang lainlah apalah. Anggap aku ni sebagai abang je. Sekarang tengok, kau juga yang tak laku. Haha," usik Faiq sengaja menimbulkan lagi kemarahan aku.
Mataku membulat sambil ketawa terhambur keluar dari mulutku. Yeah, aku tahu Faiq bergurau. Sebab mamat tu memang suka bergurau kasar macam itu. Terasa hati? Heh, tak ada pun. Dah biasa dah. Pernah dulu aku kena yang lebih kejam dengan mamat muka poyo itu.
Tapi aku terkejut juga bila Faiq masih ingat apa yang aku cakap padanya dua tahun lepas semasa lelaki itu ajak aku kahwin. Ayatku dulu mula terulang tayang dalam fikiran.
"Saya sebenarnya... cintakan orang lain. Hati saya dah ada pada orang lain. Saya cuma anggap awak sebagai abang saya atau boss saya sahaja. Saya harap awak faham. Dan saya mintak maaf sangat sebab saya tak boleh terima awak."
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...