Selepas dua hari peristiwa hitam itu terjadi, Darren sentiasa menemani aku di sini. Ke mana sahaja aku berada, pasti turut ada Darren bersama. Sehingga hari graduation aku nanti.
Selepas peristiwa hitam itu, Qalish sudah pun dibuang dari universiti. Walaupun dia anak Dato' yang mempunyai pangkat, dia tetap dibuang juga kerana kesilapan lelaki itu sangat teruk dan tidak layak dimaafkan.
Dan ternyata, bukan aku seorang sahaja mangsa lelaki itu. Ramai lagi. Cuma mereka hanya mendiamkan diri kerana takut untuk jujur tentang perkara sebenar. Aku tak sangka, lelaki itu gilakan seks rupanya.
Nauzubillah min zalik. Minta dijauhkan dari perkara buruk seperti itu lagi. Malah Qalish bukan sahaja dibuang universiti, dia juga berada di lokap sekarang atas pertuduhan merogol. MasyaAllah aku tak sangka lelaki itu sekejam itu. Alhamdulilah juga aku selamat dari menjadi mangsa yang seterusnya.
Bukan itu sahaja, kes ini sudah kecoh satu universiti. Mereka sememangnya tidak menyangka perkara ini sama sepertiku. Aku sebenarnya agak kasihan dengan nasib Qalish.
Mesti sekarang masa depannya sudah gelap. Dahlah hari graduation tidak lama lagi. Namun aku tidak kisah, kerana bagi aku nasib perempuan-perempuan yang menjadi mangsa lelaki itu lagi penting. Akhirnya orang kejam seperti Qalish mendapat balasan yang sepatutnya walaupun tak setimpal dengan apa yang dia dah buat.
Malah aku tetap bersyukur kerana semuanya berakhir dengan baik. Sekarang Darren sentiasa teman aku, walaupun aku masih ada class. Aku sudah tidak lagi tinggal sekali dengan Erra dan Lia. Mereka pada mulanya terkejut dengan apa yang terjadi padaku dan mereka sangat serba salah pada aku. Tapi aku okay sahaja, mereka tidak salah. Aku yang lambat ikut mereka ke perpustakaan sehingga kejadian buruk itu terjadi.
Mereka juga sudah berjumpa dengan anak-anak dan suami aku. Aku sudah pun memperkenalkan Darren pada kawan-kawan housemate aku. Diorang pun apa lagi, terkesima betul masa mula-mula nampak wajah kacak suami aku. Itulah aku dah cakap, suami aku handsome tapi tak nak percaya.
Yang sebenarnya, kami honeymoon lagi sekali tetapi kali ini di Perth, Australia pula. Tetapi bukan kami berdua sahaja kali ini, malah kami berempat. Sekali dengan twins rupanya Darren bawa ke sini.
Darren minta cuti pada papa semata-mata nak datang sini surprisekan aku dan teman aku sampai tamat pengajian. Tak lama pun lagi, hari graduation aku akan berlangsung. Setelah itu, aku akan bebas dan tidak lagi menjadi seorang pelajar. Aku pulang ke Malaysia bersama Darren dan kembali menjadi seorang isteri dan ibu.
Tapi aku masih tidak menyangka kehadiran Darren yang sanggup cuti lama di sini. Siap bawak anak-anak kami lagi. Awhh, seriously? Aku serius speechless masa tu. Rasa nak menangis. Ya Allah, betapa beruntungnya aku kerana mendapat suami sebaik Darren ini. Sungguh, dia sangat memahami aku. Faham diri aku, kehendak aku.
Dia tahu isteri dia ni rindukan suami, rindukan anak-anak. Jadi Darren buat keputusan nak memberi kejutan buatku dengan kehadiran mereka ke sini. Darren datang tepat pada waktunya. Waktu aku betul-betul perlukan dia untuk selamatkan aku.
Seriously... I'm so lucky!
Patutlah beria-ria tak jawab call aku, tak call aku langsung dua hari sebelum dia ke mari. Rupa-rupanya nak surprise aku. Kononnya tak nak aku tahu atau syak apa-apa kerana dia mahu muncul sendiri depan mata aku nanti. Sengaja nak menguji aku. Heh, Darren suka buat aku rasa macam nak hilang nyawa. Aku risau tahu tak? Bila dia tak call aku macam selalu, dia seperti menghilangkan diri, serius aku dah fikir macam-macam. Nak sahaja aku pulang ke Malaysia. Tapi rupanya dia sudah plan nak datang sini.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...