part 21

3.8K 233 2
                                    

Baru dua hari selepas kejadian itu dan Darren menghilangkan diri, aku mula demam panas. Masa aku pengsan kelmarin keadaan aku masih  okay lagi. Tapi semalam tiba-tiba sahaja aku demam. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba betul. Mungkin sebab aku terlampau banyak fikir agaknya.

Hmm, tak akanlah Darren hilang sekejap saja aku dah mula rindukan dia? Aku rasa aku betul-betul dah mula cintakan Darren. Aku tak dapat hidup kalau dia tak ada. Sebab dialah satu-satunya lelaki yang selalu ada untuk protect aku. Kalau dia tak ada, mungkin aku akan selalu ditimpa musibah.

Handphone di tepi katil aku ambil, ingin melihat sama ada Darren ada meninggalkan apa-apa pesanan atau tidak.

Namun, hampa. Satu pun tiada. Aku berharap yang dia call aku. Mesej aku pun jadilah. Aku bukan apa, aku risaukan dia.

Ke Darren betul-betul pergi tinggalkan aku?

"Morning mak cik, dah bangun?" sapaan Zara itu  membuatkan aku tersenyum. Sekurang-kurangnya masih ada juga orang sayangkan aku.

"Dah. Aku tak larat lah Zara. Aku ingatkan hari ni demam aku makin kebah. Ini tidak, makin tak larat adalah..." aduku berbaur sedih.

Tak dapat aku nak pergi kerja. Nasib Kak Reena izinkan aku cuti tiga hari. Kalau demam aku tak elok juga, kak Reena suruh aku cuti sampai aku betul-betul sihat. Baik betul boss aku itu. Syukur dapat boss macam Kak Reena. Memahami pekerja.

"Hah, itu lah kau! Aku ajak pergi klinik tak nak. Mana tahu serius ke apa sakit kau ni? Ni hah, aku ada bawa breakfast untuk kau." Dulang di tangannya itu diletakkan di tepi meja katil.

Aku tersenyum nipis. "Aku okaylah Zara. Ala, macamlah tak biasa. Aku ni memang mudah dijangkiti penyakit kan? Tapi selalunya kebah awal jugak kan? Esok lusa okaylah tu," terangku cuba untuk memujuk. Zara menjeling.

Degilnya!

Kawannya itu tetap berdegil. Dah sakit-sakit pun masih nak degil lagi!

"Yang kau bawa breakfast sampai dalam bilik ni kenapa? Aku boleh turun bawahlah. Susahkan kau je. Kau masak apa? Tak pernah-pernah kau rajin masakkan untuk aku. Mimpi apa semalam ni?" Aku sengih.

Yelah, selama ini aku saja yang selalu masak untuk dia. Pelik lah pula tiba-tiba minah ni masakkan untuk aku. Selalunya busy saja memanjang.

"Eh eh eh, kau tak payah mengada-ngada nak turun bawah bagai. Kang aku juga kena marah dengan Darren!" Aku tersentak.

Darren?

Ah, kenapa mesti nama itu juga disebut. Hmm... kenapalah Darren nak marah pula. Dia bukannya kisah pasal aku.

Zara yang perasan air muka aku berubah terus  terdiam. Sedar akan kesilapan sendiri. Tengoklah aku sudah sedih semula.

"Eh weh, makanlah. Aku masak special untuk kau tau." Cepat- cepat Zara mengubah topik perbualan. Mangkuk bubur diambil dan dikacau terlebih dahulu.  Masih panas lagi.

"Kau masak apa?" Terus aku kembali ceria. Yeay, dapat makan. Laparnya!

"Bubur."

Mata yang bersinar-sinar tadi terus hilang dan digantikan dengan riak wajah tidak berpuas hati. 

Bubur? Bubur je ke?

Ceh, macam tak ada makanan lain sahaja yang dia nak bagi aku makan!

"Alaa, kenapa bubur? Aku tak naklah." Aku protes.

Zara mencebik bibir.

"Lah, dah kau tu sakit, makanan apa lagi yang sesuai selain bubur cik kak oi?" Aku mencebik bibir menahan geram. Clichénya!

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now