Kelam-kabut aku membelit tudung di kepala. Jarum diletakkan di atas kepala bagi mengelakkan tudung shawl itu bergerak-gerak. Sedikit bedak diletakkan pada mukaku bagi menambah seri wajah.
Setelah memerhatikan penampilan di hadapan cermin, aku tersenyum sedikit. Okay dah siap! Dah nak malam buat apa nak cantik sangat kan?
Kalau cantik pun, bukannya Faiq itu nak terpikat dengan aku. Jadi, baik simple macam ini sahaja. Aku pun selesa dengan penampilan diri sendiri.
Sling bag diambil lalu kaki mengorak langkah ke cafe seperti yang dijanjikan. Jam tangan dipandang seketika.
Aduh!
Dah lewat sepuluh minit ini. Matilah kalau mamat tu mengamuk. Harap dia tak tunggu aku.
Sampai sahaja di cafe, kelibat lelaki itu dicari.
Pap!
Itu dia!
Dia tunggu aku ke? Dia dah lama sampai ke? Melihat wajah Faiq yang tegang membuatku menjadi sedikit gerun.
Ah, pergi sahajalah kan dekat dia? Apa yang aku nak takutkan sangat.
"Err... awak belum order ke?" soalku sebaik sahaja duduk di kerusi berhadapan dengan lelaki itu.
Faiq memandang aku tajam. Dia diam langsung tidak menjawab pertanyaan aku tadi.
"Apa pandang-pandang?" soalku berani.
Faiq berdecit geram. Melihat wajah selamba aku membuatkan Faiq berasa panas hati.
"Lambat! Perempuan memang selalu lambat. Dah la tak reti nak mintak maaf." Faiq menjelingku.
Aku tersenyum sinis mendengar ayatnya itu.
"Perempuan je ke yang lambat? Habis lelaki tak? Macam tu? Yang petang tu awak lambat apa cerita? Awak perempuan lah kiranya?" perliku sengaja menaikkan lagi kemarahannya. Dia fikir dia punya marah sahaja. Habis aku ini yang penat menunggu dia tadi bagaimana pula? Tak ada pun aku nak bising-bising.
Faiq hanya memandang aku. Tajam, bak pisau. Aku tersenyum suka. Padan muka dia!
Tadi dia buat boleh pula kan? Aku lambat sepuluh minit pun nak kecoh. Yang tadi tu dia lambat satu jam ada aku kecoh atau marah-marah dia? Kalau marah pun mesti aku akan kalah juga dengan dia. Tak adil betul!
"Aku nak kau orderkan aku makanan. Aku nak makan nasi goreng ayam dengan air laici. Kau pergi beli. Nah duit," suruh Faiq serius sambil menghulurkan not 50 kepadaku.
Aku merenungnya tajam. Eee, senang-senang dia je suruh aku!
Aku terus merampas duit tersebut ditangannya sebelum berdiri. Baru sahaja aku ingin melangkah setapak, aku kembali duduk.
Ah!
Masa inilah ramai pulak lelaki dekat situ. Sibuk betul! Aku nak beli makanan pun jadi takut bila lelaki-lelaki itu duk tenung-tenung aku. Semacam sahaja renungan mereka. Seram!
"Eh, cepatlah pergi beli. Apa yang kau tunggu lagi ni?" soal Faiq keras.
Aku resah. Aku tak ada cara lain selain ajak Faiq teman aku. Tak adalah lelaki-lelaki miang keladi itu nak kacau aku kan?
"Awak, boleh tolong temankan saya?" soalku lembut. Tak jadi nak marah dia pasal tadi. Sebab sekarang ini aku memang perlukan dia.
Bila aku terpandang salah seorang lelaki di situ, aku kembali gugup. Dia tengok aku semacam... dengan senyuman dia lagi. Eeei sumpah takut!
Aku memang selalu lalui situasi ini dulu, sewaktu aku masih bekerja di tempat terkutuk itu. Namun itu dulu. Semenjak kejadian aku hampir dirogol, aku jadi semakin takut dengan lelaki. Lagi-lagi kumpulan lelaki yang berkumpul begini. Aku tahu apa yang berada dalam fikiran mereka selain berniat jahat terhadap wanita.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...