part 22

4K 229 6
                                    

"Tapi awak dah janji dengan saya. Jangan tinggalkan saya." Aku merengek sedih. Sanggup dia buat aku macam ini? Dia tak boleh pergi. Aku perlukan dia.

Aku memandang wajah kacak Darren dengan mata yang berkaca. Dan dia hanya tersenyum manis pada aku.

"Sorry sayang. Aku memang kena pergi. Kau jaga diri kau elok-elok tau? Jaga kesihatan, jangan lupa makan. Ingat, aku sayang kau. Sampai bila-bila. You're always in my heart."

Aku memejamkan mata. Sungguh, aku sebak. Ucapan itu... ucapan yang jarang aku dengar. Aku takut itu adalah ucapan Darren pada aku buat kali yang terakhir.

"Awak jangan tinggalkan saya!"

Aku meraung dengan kuat. Semakin lama bayangan Darren semakin menjauh. Aku menangis teresak-esak melihat dia yang sudah berlalu pergi tanpa berpaling.

No way! Darren tak boleh tinggalkan aku!

Dengan pantas aku mengejar langkah Darren. Namun aku terjatuh ke bawah. Kaki aku mula lemah. Nafas aku mula tidak teratur.

"Selamat tinggal Insyirah Delysha."

Hatiku sayu. Kata-kata terakhir dari Darren itu berjaya membuatkan aku terus menangis seperti orang hilang arah. Aku menangis sepuas-puasnya.

Dia dah pergi.

"Darren jangan tinggalkan... saya." Delysha meracau dalam tidurnya. Matanya masih lagi terpejam dan mulutnya tidak habis-habis mengulangi ayat yang sama.

"Delysha, hey kenapa ni?"

Pipi Delysha ditepuk-tepuk oleh seseorang. Wajah dia mula cemas apabila melihat Delysha meracau dalam tidur. Dahi gadis itu mula berpeluh dan berkerut-kerut.

"Darren jangan tinggalkan saya!"

Aku menjerit. Aku tidak mahukan semua ini berlaku.

"Aku sayang kau Delysha."

Air mata mula jatuh.

"Darren!"

Delysha menjerit lantang sebelum dia tersedar dari lena. Pantas dia mengucap panjang. Nafasnya tidak teratur.

Ya Allah, mimpi apakah itu tadi?

"Yes honey. I'm here."

Delysha terperanjat. Suara itu... suara yang dia rindu.

Suara itu seperti dekat dengannya.

Dan saat itu Delysha mengalihkan pandangannya dengan memandang ke arah tepi katil. Seketika, mata Delysha terbuntang besar. Mulutnya ternganga sedikit.

"Awak?"

Delysha bagaikan tidak percaya. Darren ada di sini sekarang. Dia tak jadi pergi?

Darren hanya mengukir senyuman manis. Senyuman yang tidak pernah lagi Delysha lihat selama ini. Yelah, selalunya Darren hanya menayangkan wajah ketatnya sahaja.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now