part 33

3K 173 2
                                    

Sudah hampir sebulan aku bekerja dengan Faiq. Menjadi sebagai PA kepada lelaki itu. Selama sebulan ini juga aku asyik dibuli. Jahat ke boss aku itu? Yes! Jahat sangat. Dia suka buli aku. Huwaaaa!

Tapi tak adalah buli teruk sangat. Lagi pun kadang-kadang Faiq ni sweet. Tiba-tiba nak bersweet dengan aku, nak berayat manis. Malu juga aku kadang.

Kadang-kadang pelik juga kerana sekejap lelaki itu sweet, sekejap tegas, sekejap lagi menyakitkan hati orang pula. Eeee, nasib aku dapat bertahan dengan perangai berubah-ubah si boss sengal tu. Dengan pekerja lain tak ada pula perangai dia macam itu. Sengaja cari pasal ke apa?

Tapi alhamdulilah aku makin biasa dengan perangai Faiq yang setiap hari berubah-ubah. Penampilan aku pun dah berubah sekarang. Nampak lagi cantik mungkin? Ah, sama sahaja. Aku sentiasa cantik. Giteww uhuks.

Aku mengetuk pintu bilik lelaki itu seperti biasa.

"Come in!"

Laungan di dalam bilik itu membuatkan aku sedikit gugup. Lambat-lambat aku masuk juga ke dalam.

See?

Workaholic betul boss aku ni. Nasib dia tak paksa aku teman atau minta aku bantu dia buat kerja. Maybe dia dah terbiasa kan? Lagi pun itu semua kerja dia. Dia yang bertangungungjawab lakukan sampai siap.

"Err boss, hari ni boss ada meeting dengan client di Sabah. Tengahari boss ada lunch dengan Dato' Ridwan. Then, petang boss ada minum petang dengan client dari Cheras," beritahuku serius. Buku catatan itu ditutup dan wajah Faiq dipadang semula.

"Okay. Kau kena ikut aku. Sebagai PA aku, kena ikut dan dengar arahan aku. Faham?" soal Faiq tegas.

Aku hanya mencebik kecil. Aku tahulah itu tugas aku. Selama ni pun aku okay je ikut dia. Apa masalah dia sekarang ni?

"Ya, boss. Saya tahu kerja saya. So, ada apa-apa lagi?" soalku berbaur sindiran. Nak kena cakap baik-baik saja dengan dia ini. Muka sehabis baik dimaniskan. Malas mahu bergaduh.

"Erm, one more thing before aku terlupa. Kita terpaksa pergi Pulau Pinang esok. Ada masalah dengan bangunan projek dekat sana. Tadi client dah mengadu dekat aku pasal projek tu. Nak tak nak terpaksa juga kita pergi. Kau kena ikut aku. Tak ada alasan. Okay?" Faiq tersenyum sinis.

Keluhan terlepas dari bibir. Aku pergi pun sebab tanggungjawab sebagai pekerja. Kalau tidak, memang taklah aku nak ikut dia. Hish!

"Bila kita pergi? Eh kejap! Kita dua je ke?"

Tolong jangan cakap kita dua je... tolonglah! Tak sanggup aku.

Faiq tergelak kecil mendengar soalan aku itu.

"Dah tu kau nak ajak satu office ni ikut kita? Masalah dekat sana tu kecik je. Aku boleh handle sorang. Tapi aku perlukan PA aku... faham? Kita pergi lusa," balas Faiq langsung tidak peduli raut wajahku yang sudah bertukar tegang ini.

Berdua dengan dia? Fuh, ini first time kot. Selama ini tak ada pula dia nak ajak aku pergi jumpa client jauh-jauh begini.

Hish, apa benda yang aku tengah fikir ni hah? No! Aku tahu Faiq bukan lelaki yang jenis suka ambil kesempatan dekat perempuan.

"Okaylah saya ikut awak... tapi saya nak awak jangan dekat dengan saya. Sebab saya tak percayakan awak. Lagi-lagi berdua nanti. Huh!" Aku menjeling dia. Tapi bila aku cakap macam tu, tiba-tiba rasa gerun pula.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now