Masuk sahaja dalam rumah, mata Darren sudah terbeliak besar. Mulutnya terlopong. Apa dah jadi ni? Pelipis diurut perlahan. Apa lagilah masalah yang dia kena hadap kali ni! Redha sahajalah. Hmm, nasib anak sendiri. Kalau monyet, sudah lama Darren humban dalam hutan sana tu.
"Tengku Dayyan Faliq Tengku Darren! Tengku Dhiya Aurora Tengku Darren!"
Jeritan bergema di ruang tamu itu membantutkan perbuatan sepasang kembar yang sedang berseronok bermain di ruangan tamu itu. Ops, bukan main, seronok sepahkan rumah!
Bila terlihat wajah si ayah yang terjerit-jerit tadi, pantas Dayyan Faliq dan Dhiya Aurora berlari-lari mengejar si ayah. Terus kaki Darren dipeluk erat. Dua beradik itu tersenyum gembira apabila Darren sudah pulang dari tempat kerja.
"Papa! Indu la dekat papa. Kenapa papa alik ambat? Rora osyan la main dengan abang je!" Budak berusia tiga tahun itu berkata dengan mimik wajah monyok. Sedihnya!
"Haah, betul tu pa. Osyan la main ngan adik. Dia lembik, tak kuat cam abang." Si abang pula mula mengadu pada Darren. Sempat dia menjeling adiknya seketika.
Darren tersenyum nipis. Badannya ditundukkan sedikit supaya sama paras dengan kedua anaknya itu.
"Kenapa abang dengan adik tak nak main sama-sama? Janganlah bergaduh, hah tu kenapa rumah bersepah? Papa pesan apa selalu? Kenapa tak nak dengar cakap papa ni, hm?" Suara Darren kini sedikit meninggi. Dia stress.
Stress dengan kerja yang berlambak di office, balik rumah stress dengan sikap anak-anaknya yang degil tak nak mendengar kata. Banyak kali dah dia pesan, jangan sepahkan rumah, jangan nakal-nakal bila dia tak ada. But still, budak tetap budak. Tak nak dengar cakap.
Dayyan dan Dhiya sudah mencebik-cebik. Tunggu masa saja ingin menangis apabila mereka sedar yang papanya sedang mengamuk pada mereka... alahai!
"Corry, papa. Jangan la marah. Kami janji tak nakal-nakal lagi. Papa... nak mama!"
Dayyan sudah menitiskan air matanya. Sungguh, dia sangat rindukan mamanya. Kerana mereka berdua lebih rapat dengan Delysha berbanding Darren sebenarnya walaupun Delysha duduk jauh dari mereka. Kasih sayang seorang anak dan ibu sememangnya tiada ganti walau beribu batu jarak antara mereka.
"Rora pun nak mama... windu mama. Nak peluk mama, nak main dengan mama..."
Dan Dhiya pula yang menangis sekarang. Okay, bagus! Anak kembar ni kalau seorang buat hal, seorang lagi akan ikut sama. Yeah, great! Just great.
Darren mengeluh berat. Ya, dia pun rindukan Delysha. Tipulah kalau dia cakap yang dia tak pernah rindukan isteri sendiri. Setiap hari, setiap detik dan setiap saat dia sentiasa memikirkan isterinya. Lagi-lagi muka Dhiya Aurora saling tidak tumpah seperti Delysha. Lagilah buat dia rindu akan wanita itu.
Kadang terbit perasaan menyesal dalam hatinya kerana mengizinkan isterinya pergi. Kalau mahu pergi sambung belajar pun, dalam Malaysia sahajalah. Tapi ini ke luar negara pula. Ah, dia patut sedar akan hal itu.
Sedar yang dia tidak boleh hidup tanpa Delysha. Lagi-lagi anak kembarnya yang nakal itu perlu dijaga dan diberi kasih sayang sepenuhnya dari kecil lagi. Dia cakap betul, yang dia tak boleh menjaga kembar ini seorang diri. Nasib mama, Tengku Sheila akan selalu menjaga mereka berdua sekiranya dia bekerja. Haih, tak apalah. Demi kehendak isterinya, cita-cita isterinya.
Dia sanggup lakukan apa sahaja. Kalau tiga tahun dia mampu bertahan, apalah sangat beberapa bulan lagi sampai Delysha dapat ijazah Sabar, Darren. Tenangkan fikirkan. Jangan kau pernah menyesal gembirakan hati isteri kau dengan tunaikan permintaan dan hajat dia. Jangan buat keputusan yang akan mengecewakan isteri kau sendiri. Buat Delysha dan anak kau happy ianya juga merupakan satu kebahagiaan aku. Desis Darren dalam hati.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...