"Aku terima nikahnya Nurul Insyirah Delysha Binti Tashriq dengan emas kahwinnya seribu ringgit tunai."
Darren sudah melafazkan ayat keramat itu dengan senang tanpa sebarang gugup di dalam hatinya. Dia sudah kata, dia sudah bersedia lama dah menanti saat ini. Namun hatinya sedikit gelisah apabila risau memori hitam yang lama datang kembali saat majlis akad nikah mereka yang pertama dahulu. Tapi dia percaya, InsyaAllah kali ini akan dipermudahkan.
"Sah?"
Semua saksi yang ada mula menganggukkan kepala. Pak Su Delysha sebagai wali gadis itu mula mengukir senyuman kecil. Anak saudara perempuannya telah pun selamat bernikah.
Dengan sekali lafaz sahaja Delysha sah bergelar isteri kepada Tengku Iyan Shah Darren. Air mata kegembiraan mengalir perlahan-lahan di pipi gadis itu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa hari ini, detik ini dan saat ini dia sudah pun menjadi isteri orang. Tanggungjawabnya juga semakin bertambah. Dia berharap agar ini merupakan satu permulaan sinar kebahagiaan yang diberikan Allah untuknya. Setelah apa yang mereka tempuhi, alhamdulilah inilah masanya untuk mereka berdua hidup bahagia bersama.
Tengku Sheila di sebelah Delysha terus memeluk gadis itu erat. Dia juga turut berasa sebak apabila anak yang dijaga selama ini telah pun berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri. Walaupun Darren bukan anak kandungnya, dia tetap menganggap lelaki itu seperti anak kandungnya sendiri. Akhirnya dia dapat tebus kembali dosa-dosanya yang lampau kepada pasangan ini dengan melihat hari bahagia anaknya hari ini dengan senang hati.
Selepas sahaja mengaminkan doa dan pihak pengantin lelaki sudah selesai menunaikan solat sunat, kini tibalah masanya acara batal air sembahyang dilakukan. Darren sudah siap sedia berlutut di hadapan gadis yang sudah sah bergelar isterinya itu.
Satu kotak baldu yang dihulurkan itu diambil baik oleh Darren. Seutas cincin yang berkilauan itu diambil lalu perlahan-lahan disarungkan pada jari manis isterinya. Dapat Darren rasakan bahawa Delysha gementar kerana tangan putih gadis itu sejuk apabila pertama kali dia menyentuh secara halal untuk menyarungkan cincin sebentar tadi.
Setelah itu, Delysha menyalam tangan suaminya dan dilabuhkan ciuman di telapak tangan Darren. Darren pula mengambil bahagian dengan mengucup dahi isterinya dengan penuh syahdu. Delysha sudah memejamkan matanya apabila terasa dahinya disentuh dengan seulas bibir hangat suaminya.
Photographer pula mula memainkan peranannya. Pelbagai gambar ditangkap untuk dijadikan sebuah kenangan buat pasangan pengantin baru itu.
Darren menjauhkan mukanya dari dahi licin Delysha. Sempat dia membisikkan sesuatu di telinga Delysha apabila mata mereka bertemu lalu air mata lelaki Darren juga turut sama mengalir. Akhirnya gadis yang dia cinta menjadi miliknya yang sah.
"Thank you for accepting me as your husband. I will take care of you always and forever, my wife." Itulah ucapan yang Darren katakan tadi.
Perlahan-lahan senyuman terukir dibibir masing-masing. Senyuman bahagia. Mereka bahagia. Alhamdulilah.
***
Setelah penat melayan tetamu yang hadir, Delysha terlebih dahulu meminta izin untuk naik ke bilik dan dia mula mendaki tangga lalu pintu bilik suaminya dibuka dengan perlahan. Matanya terus terpandang katil. Jadi apa lagi, terus tubuhnya dibaringkan di atas katil itu. Dia tersenyum nipis. Walaupun terasa penat, namun dia rasa berbaloi. Kerana dia bahagia.
Cincin yang tersarung pada jari manisnya dibelek. Senyuman terukir dibibir lagi. Dia tak sangka hari ini dia sudah sah bergelar isteri. Cincin ini merupakan lambang cinta yang terdekat antara mereka berdua. Cincin tanda bahawa dia milik suaminya.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...