Delysha termenung seorang diri. Sekejap dia tersenyum sekejap dia tersengih. Seperti orang kurang siuman pula dia sekarang.
Mujur juga customers tiada. Kalau tidak, malu sahaja jika ada orang melihat keadaan dia sekarang yang tidak ubah seperti orang kemaruk bercinta. Bercinta dengan siapa pun dia tidak tahulah. Yang penting, hatinya sedang berbunga-bunga. Bolehlah dia membayangkan wajah jejaka tampan yang berjaya mencuri hatinya.
"Rumah kau dekat mana ni?"
Delysha tersenyum. Eleh, tadi tak nak tanya. Sekarang barulah nak terhegeh-hegeh tanya dia. Annoying tapi comel.
Eh?
"Rumah saya dekat Cheras. Bahagian rumah sewa Bukit Mawar. Awak tak kan tak tahu tempat tu?" jawab Delysha sambil terkedip-kedip matanya memandang Darren yang sedang khusyuk memandu.
"Tahu."
Itu sahaja dibalasnya. Eh, sombong. Tapi nasib dia cepat tangkap apa yang dia katakan tadi.
"Okay," jawab Delysha bersahaja. Setelah hampir dua minit masing-masing mendiamkan diri semula setelah pulang dari restoran, Darren memulakan bicara.
"Aku belum kenal kau lagi. Nama kau apa?"
Darren menyoal ingin tahu. Dia sudah cakap, dia ingin tahu luar dalam dan semua tentang gadis ini. Hatinya tertarik ingin tahu. Entahlah, dia pun tidak tahu kenapa dengan hatinya sekarang.
Delysha diam mendengar soalan itu. Baru sekarang dia nak tanya? Baru sekarang dia nak tahu? Untuk apa? Heh, dari tadi dia asyik panggil-panggil dia Delysha itu apa? Dah tahu dah kan namanya?
"Delysha." Ringkas dan pendek, Delysha tetap membalas. Darren mengetap bibir menahan geram.
"I know. Nama penuh kau?"
Ya Allah. Banyak pula soalan mamat ni!
"Untuk apa awak nak tahu?" Soalan dibalas dengan soalan. Delysha mengangkat kening. Tiba-tiba sahaja nak tahu nama dia pula.
"Saja. Senang nak lafaz akas nikah nanti." Darren mengukir senyuman. Bukan senyuman sinis, malah senyuman nipis yang berjaya membuatkan Delysha yang memandang, menjadi terpaku.
Dia pantas mengawal riak wajah dan berdehem kecil. Tiba-tiba rasa menyesal pulak tanya soalan macam tu dekat Darren. Tengok, dia berjaya buat dirinya blushing seketika.
" Nama saya Nurul Insyirah Delysha Binti Tashriq."
Nah, ambil. Siap nama bapak lagi dia bagi. Pakej. Nak sangat tahu kan?
Darren senyum kecil. "Nice name, future wife. Tak nak tahu nama aku?" soalnya lalu tersenyum sinis.
"Tengku Iyan Shah Darren. I know already." Malas-malas Delysha menjawab. Namun hatinya berdebar sakan mendengar perkataan 'future wife' dari mulut seksi lelaki itu.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...