part 29

3.3K 191 4
                                    

"بِسْمِ  اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم"

Darren menghembus nafas perlahan.

Helaian muka surat pertama dibuka. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum mula menyambung bacaan yang seterusnya.

Baru sahaja dia ingin meneruskan bacaan ayat surah al-fatihah tersebut, tiba-tiba kedengaran ketukan pintu biliknya yang memecahkan kesunyian.

Pantas Darren berpaling ke arah pintu.

"Siapa tu?" soal Darren.

"Aku ni, Rykal." Jawapan diluar pintu tersebut membuatkan Darren mengangguk kecil.

"Masuklah!" laung Darren agak kuat. Terus sahaja kelibat Rykal muncul di hadapan muka pintu sebaik sahaja dia memberi arahan.

"Nak apa, kau?"

"Mama panggil makan," tutur Rykal seraya melabuhkan punggungnya di atas katil milik abangnya itu. Dia memandang abangnya dengan sebuah perasaan hairan.

"Sekejap lagi lah aku turun. Aku tengah mengaji ni kan? Kau boleh keluar dulu. Nanti aku datang," balas Darren berbasa-basi. Mengacau betul adik lelakinya itu.

Berkerut dahi Rykal, adik pertama Darren.

"Sejak bila pula kau mengaji ni?"

Sebaik mungkin Rykal menahan tawanya agar tidak meletus. Takut pula abangnya terasa hati. Buang tebiat ke apa?

Darren menjeling adiknya sekilas. Perli ke apa huh? Dia tahulah dia sangat 'teruk' dahulu. Tapi tak perlulah pandang dia macam dia buat perkara yang salah.

"Sejak bila dan kenapa tu kau tak payah nak sibuk. Yang kau perlu tahu sekarang adalah abang kau ni bukan lagi Iyan Shah Darren yang dulu. Faham?"

Rykal tergelak lepas.

"Apa bezanya sekarang dengan dulu? Aku tengok sama sahaja. Tak nampak perubahan kau pun selain daripada kau mengaji Al-Quran sekarang ni." Sekali lagi Rykal ketawa. Hairan betul dia. Berubah? Abangnya mahu berubah?

Darren sekadar membuat mimik muka tidak berpuas hati.

"Kau apa yang kau tahu hah? Cakap dengan aku. Apa-apa yang terjadi dalam rumah ni pun kau tak akan tahu. Sebab apa? Sebab kau tu sibuk je memanjang! Tinggal dekat rumah ni pun dah jarang dah. Ha itu lah, sibuk sangat nak tidur rumah kawan sampaikan apa yang terjadi dalam rumah ni pun kau tak tahu. Silap hari bulan, bertahun kau tak balik nanti. Apa yang dah jadi dalam rumah ni langsung kau tak ambil tahu kan?" bebel Darren serius. Dia sudah perhati lama perangai adiknya. Perlu ditegur kadang-kadang.

Rykal mencebik. Aku pula kena ceramah?

"Hey relaks la bang. Kau marah sangat ni dah kenapa? Datang bulan eh? Ala, macamlah aku tak ambil tahu langsung apa yang jadi dalam rumah ni. Okay... you tell me, apa yang aku tak tahu? Aku tahulah semuanya. Termasuklah kau tak jadi kahwin sebab kau buntingkan awek lain!" Rykal main lepas sahaja bicaranya.

Darren terkedu. Kalau ikutkan hati nak sahaja ditumbuk wajah adiknya itu. Cakap tak fikir pun hati dan perasaan orang lain.

Tapi apa bezanya Rykal dengan dirinya? Ah, lantaklah. Banyak bezanya.

"Kau boleh diam tak? Serabutlah aku! Ni kau nak apa lagi? Boleh berambus tak?"

"Eleh kau! Ingat aku rajin sangat nak sibuk hal kau ke? Kau kena turun sekarang juga. Papa ada benda penting nak bincang dengan kau," ujar Rykal seraya dia berdiri ingin keluar dari bilik Darren itu.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now