Buku novel yang berjudul 'Kau Bidadari Milikku' itu ditutup rapat dan buku tersebut diletak di atas meja kembali. Kerusi ditarik untuk duduk dan aku menongkat dagu. Terfikirkan sesuatu.
Langsung fokus aku pada bacaan hilang apabila fikiran aku menerawang tentang kejadian beberapa hari yang lalu. Di mana aku dianggap merajuk dengan Darren. Correction! Bukan merajuk tapi aku cuma ermm, lebih kepada tiada mood nak melayan dia. Aku tahu bukan salah Darren, tapi aku cuba untuk hidup tanpa dia. Ternyata amatlah sukar.
Berkali-kali telefon aku berbunyi minta diangkat. Siapa lagi yang call? Semestinya Darren. Mesti dia hairan kenapa aku terus berubah mendadak begini. Menjauhkan diri darinya, tidak melayannya seperti selalu. Aku bukanlah merajuk, tetapi aku cuma ingin hidup tanpanya buat sementara waktu. Mungkin ini yang mama Darren mahukan?
Flashback.
"Mak ayah kerja apa?"
Semua terdiam. Dan aku terkelu tidak tahu ingin menjawab bagaimana. Mak ayah?
"Err, mak ayah saya dah meninggal dunia Tengku. Ayah saya meninggal ketika saya berumur 18 tahun dan ibu saya meninggal dunia ketika saya berumur 16 tahun," jawab aku jujur. Walaupun sedikit sebak hadir tetapi aku tahan sebaik yang mungkin. Ibu meninggal sebab aku. Dan abah? Disebabkan hutang dia yang sering berjudi, nyawanya jadi taruhan penjahat.
Allahuakbar!
"Err, minta maaflah kami tak tahu. Lagi satu, tak perlulah nak bertengku-tengku bagai. Panggil je aunty," ujar Tengku Malik bagi pihak isterinya. Aku mengangguk lemah. Wajah Tengku Sheila aku pandang. Tegang saja. Kenapa agaknya?
Wajah Darren pula aku pandang, dan ternyata Darren memang sedang merenungku dari tadi. Lambat-lambat aku mengukir senyuman nipis untuknya yang nampak seperti risaukan aku sebelum aku sambung makan semula.
"Hah Mira nak tanyalah, akak tinggal dengan siapa dekat KL ni?" Sampuk Elmira dengan ceria. Mungkin nak hilangkan suasana kekok di meja makan sekarang?
" Oh dengan kawan akak, Zara. Akak tumpang rumah dia," jawabku.
"Oh kawan akak tu kerja apa?"
Dush!
Aku tergamam. Hah sudah. Tak akan aku nak bagi tahu perkara sebenar? Ouh tidak! Mungkin aku tiada pilihan lain selain jujur sahaja tentang perkara yang sebenar?
"Ermm, akak erk..."
Ya Allah, kenapalah aku gugup semacam pula. Wajah aku habis berubah cuak.
"Hish kau ni Mira banyak pulak tanya. Sibuk hal orang. Yang penting kerja tu 'halal' sudah!"
Darren bersuara bagi pihak aku. Mungkin dia perasan yang aku perlukan bantuan dia?Terbit senyuman lega dibibir aku. Zara tiada kena mengena dalam hal ini jadi sebab itulah aku tak nak orang tahu tentang dia. Tapi kerja halal? Darren sendiri tahu yang aku dan Zara sebenarnya kerja... hm, entahlah.
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...